PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

EkoTitiwangsa – Pembangunan terbaru Ekovest ke arah transformasi taraf hidup di Sentul

Jaringan lebuhraya yang mantap, kemudahan dan persekitaran hidup adalah ciri-ciri yang semakin berkembang di Sentul.

Transformasi ini sedang diterajui oleh Ekovest melalui pembangunan Lebuhraya Duke dan River City KL.

Lebuh raya Duke dijangka akan menyumbang kepada pembangunan KL City Bypass. Apabila siap nanti, KL City Bypass akan meningkatkan hubungan antara bandar Kuala Lumpur dan seluruh Lembah Klang.

Apa yang membuatkan KL City Bypass ini unik?

Kajian bebas telah mengenal pasti 10 lokasi kemudahan bersepadu Park & Ride, serta jaringan lebuhraya yang akan bantu mengurangkan aliran trafik ke pusat bandar KL.

Tingkatkan hubungan antara komuniti

Setiap stesen Park & Ride dijangka mempunyai kira-kira 2,000 ruang letak kereta dan dibina bersebelahan dengan sistem pengangkutan awam seperti KTM Komuter, Monorel, LRT, dan laluan dan juga stesen MRT.

Pengguna jalan raya tak perlu keluar dari KL City Bypass dan berhadapan dengan trafik yang lembap di jalan raya utama untuk sampai ke stesen-stesen ini.

Pembangunan lebuhraya Duke dijangka meningkatkan hubungan dan menyumbang kepada pembangunan di seluruh Utara Kuala Lumpur, yang meliputi kawasan-kawasan perumahan seperti:

  • Bandar Sri Damansara,
  • Kepong, Mont Kiara,
  • Bandar Baru Sentul,
  • Setapak, Gombak,
  • Batu Caves,
  • Wangsa Maju,
  • Ukay Heights,
  • dan pusat Bandar Kuala Lumpur.

Titik intergrasi tumpuan bagi sambungan ke semua kawasan-kawasan perumahan ini berpusat di persimpangan Pasar Sentul Lebuhraya Duke.

Lokasi ini berbaloi dikaji sebab ia adalah persimpangan di mana Lebuhraya Duke, stesen Park & Ride, City River KL bertemu.

Setaraf dengan peningkatan taraf hidup

River City KL, dengan  EkoGateway, EkoQuay, Eko Titiwangsa dan EkoRiver Centre menjadi kompenennya, adalah tak lain dan tak bukan menggambarkan pencapaian luar biasa dari segi pembangunan yang standard.

Ia menggunakan sistem Gombak River Enhancement dan sistem Tunnel (GREAT) yang pertama seumpamanya di peringkat global, untuk mengurangkan banjir tanpa perlukan kos yang banyak.

Konsep sistem GREAT adalah sama seperti terowong Sungai San Antonio yang terkenal, di mana terowong banjir dan saluran sungai dicipta untuk menyampaikan aliran normal dari hulu Sungai Gombak oleh aliran graviti.

In menjimatkan ruang dan kos mengepam yang banyak.

Apabila banjir berlaku, aliran banjir akan dialihkan secara automatik ke dalam struktur salur masuk terowong banjir melalui limpahan weir yang rendah.

Dengan Sungai Gombak menjadi 10 – 15 meter lebar, akan ada ruang yang mencukupi untuk pelbagai aktiviti rekreasi, landskap, landskap, berjoging dan laluan berbasikal, infrastruktur dan sistem pemintas.

Semua faktor-faktor ini akan menyumbang untuk kualiti hidup yang lebih baik bagi penduduk di kejiranan dan usaha dalam mengubah Kuala Lumpur untuk menjadi salah satu daripada 20 bandar-bandar utama yang paling sesuai didiami di dunia.

Pengarah Urusan Ekovest Bhd, Datuk Seri Lim Keng Cheng berkata, “Pertama, kita mencipta suasana. Kedua, kita akan selesaikan masalah banjir yang disebabkan oleh air banjir hiliran.”

“Akhir sekali, kami meningkatkan pembangunan hartanah di samping menghubungkan kedua-dua belah komuniti.”

Sumber gambar: Star Property

Sumber gambar: Star Property


[Sumber berita asal: Star Property]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *