Bermula dengan RM100 sebulan, anda boleh cipta duit pencen RM1.9 juta. Tak...

Bermula dengan RM100 sebulan, anda boleh cipta duit pencen RM1.9 juta. Tak percaya?

7614
10
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Tok nak tanya satu soalan yang mungkin agak sensitif sikit.

Bila gaji korang naik, apa perkara pertama yang korang nak buat?

Tok harap, takde la yang jawab “tukar kereta baru” atau “nak shopping sakan.” Rugi la duit yang susah korang nak dapatkan tu.

Apa kata gunakan peluang tu hasilkan duit pencen untuk hari tua korang?

Teknik yang Tuan Khairul Ezuwan kongsikan ni sesuai untuk korang yang tak mampu nak mula banyak.

Berapa ramai yang ada simpanan persaraan yang cukup?

Tok ada baca satu artikel mStar berkaitan topik ni (klik sini untuk baca sekarang).

Daripada 13 juta pencarum KWSP, kajian mendapati hanya 7.37% mempunyai baki simpanan lebih RM150,000 untuk persaraan.

70.89% pula hanya ada kurang daripada RM50,000.

Bayangkan. Berapa lama kita boleh bertahan dengan duit sebanyak ni? Takkan lepas 5 tahun, kena banting tulang 4 kerat untuk bekerja balik?

Perkara ni boleh diubah. Mulakan langkah pertama dengan hadamkan perkongsian ini.

Siapa kata gaji kecil tak boleh ada duit pencen RM1 juta?

Katakan, korang mula bekerja masa umur 25 tahun. Tak mampu nak bermula dengan amaun simpanan yang besar sebab gaji permulaan masih kecil.

Yang korang mampu simpan hanya dalam lingkungan RM100 sebulan. Target utama nak buat dana pencen untuk umur 55 tahun.

Ya, korang boleh boleh simpan duit pencen yang banyak.

Langkah #1: Buka akaun ASB Financing RM20,000

Buat pembiayaan ASB RM20,000 untuk tempoh pembiayaan 30 tahun. Komitmen bulanan adalah RM108 saja.

Dividen jangan usik sehingga tempoh matang 30 tahun.

Langkah #2: Buat pembiayaan jumlah yang sama pada tahun ke-2

Tahun ke-2, tambah lagi pembiayaan ASB RM20,000 untuk tempoh pembiayaan 29 tahun.

Komitmen bulanan untuk pembiayaan ini adalah RM109. Macam tadi, dividen jangan usik sampai tempoh matang 29 tahun.

Komitmen bulanan sekarang adalah RM108 + RM109 = RM217.

Langkah #3: Sama juga untuk tahun ke-3

Tahun ke-2 pula, tambah lagi pembiayaan ASB RM20,000 untuk tempoh pembiayaan 28 tahun. Komitmen bulanan untuk pembiayaan ini adalah RM111.

Jangan usik dividen sehingga tempoh matang 28 tahun.

Komitmen bulanan sekarang adalah RM108 + RM109 + RM111 = RM328.

Langkah #4: Ulang buat langkah ini untuk tempoh 20 tahun

Begitulah juga dengan tahun-tahun berikutnya.

Tambah pembiayaan RM20,000 setiap tahun sehingga penuh pembiayaan ASB RM200,000 + ASB2 RM200,000 = RM400,000.

Bermakna, korang perlu tambah pembiayaan RM20,000 setiap tahun selama 20 tahun.

Setiap tahun tambahan RM20,000 itu, kurangkan tempoh pembiayaan 1 tahun pada setiap pembiayaan yang ditambah.

Boleh rujuk pada gambar bawah ni untuk simulasi penuh.

Kalau suami isteri buat strategi ni sama-sama, pencen nanti, korang berdua akan ada RM3,800,000++. Banyak tak?

Selamat beramal. Boleh share kalau perkongsian ini bermanfaat.

P/S: Kiraan dividen berdasarka purata 7.5% setahun.

Ini adalah contoh kiraan semata-mata, dengan menganggap gaji korang akan meningkat dari tahun ke tahun. Buat strategi ni ikut kapasiti gaji masing-masing ya.

Sikit-sikit, lama-lama membukit la duit pencen korang tu. Tak gitu?

Apa-apa pun, ukur baju di badan sendiri dulu. Yang mana kita mampu, itu yang kita buat.

10 COMMENTS

  1. teknik ni nampak realistik tapi pada hakikatnya sukar dicapai kerana adanya beberapa sebab yang logik untuk diterima.
    1.Adanya perbelanjaan yang tak dijangka.
    2.Bebanan kos sara hidup yang setiap tahun akan meningkat
    3.Bebanan hutang wajib semasa-(rumah dan kenderaan)

    Jika mengikut teori ekonomi jika seseorang yang berkerjaya itu ingin memastikkan yang dirinya akan selamat dari bebanan kewangan maka sebanyak sekurang-kurangnya 10% dari pendapatan bulanannya haruslah disimpan.Simple method jika gaji RM1000.00 sebulan maka RM100.00 haruslah disimpan dan simpanan ini seharusnya boleh digunakan apabila seseorang itu menghadapi kesulitan.

    Jika seperti yang disyorkan seseorang itu menyimpan dalam ASB dan setiap tahun nilai pelaburan ditingkatkan sehingga Rm20K dan tidak boleh diusuk sehingga berusia 55 tahun ianya hanya realistik kepada orang yang mungkin pendapatannya RM10K sebulan.

    untuk golongan yang berpendapatan RM5K kebawah ianya hampir mustahil untuk direalisasikan.

LEAVE A REPLY