Home Tip beli rumah Tak payah kumpul deposit? 2 dosa orang ‘gomen’ buat sebelum beli rumah...

Tak payah kumpul deposit? 2 dosa orang ‘gomen’ buat sebelum beli rumah pertama

2037
0
SHARE
Sumber gambar - blog.wonderlist.property
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Banyak kelebihan buat korang yang bekerja dalam sektor awam bila nak membeli rumah.

Dan tahniah sebab korang dah mulakan langkah beli rumah pertama. Mesti rasa tak sabar nak pegang kunci rumah, kan?

Sebelum korang berangan nak buat apa dengan rumah tu, pastikan korang tak buat 2 kesilapan yang biasa terjadi ni.

Mungkin ramai yang menganggap, pembiayaan 100% tu, tak perlukan pembeli untuk mengumpul duit deposit untuk beli rumah.

Tapi, betul ke? Jemput hadamkan perkongsian ilmu Tuan Mohd Fadhli Mohd Fauzi ini.

Belum apa-apa lagi, dah rugi? 

Untung jadi penjawat awam sebab lepas sah jawatan.

Korang boleh buat pembiayaan rumah kerajaan dengan margin pembiayaan 100% pada had kelayakan pembiayaan tertinggi.

Tapi malangnya, ramai yang terperangkap dengan 2 kesilapan ni, iaitu margin pembiayaan 100%, dan had kelayakan pembiayaan yang tinggi.

Kalau korang atau pasangan (atau kenalan korang) penjawat awam, baca dan kongsikan artikel ini supaya lebih ramai celik hartanah.

Dosa #1 : “Dah dapat had pembiayaan 100%. Buat apa nak kumpul duit?” 

Penjawat awam banyak yang terperangkap apabila tahu margin pembiayaan rumah kerajaan adalah 100%.

Bermakna, jika korang layak meminjam RM270,000, korang boleh beli rumah RM270,000 dengan pembiayaan penuh.

Penjawat awam yang belum celik hartanah (terutamanya yang baru bekerja) pasti akan menyangka, mereka tak perlu keluar duit sendiri sebab margin pembiayaan adalah 100%.

Jadi, buat apa nak ambil kisah untuk simpan duit deposit rumah, kan?

Dan sebab tu jugak, ramai yang baru mulakan kerjaya, buat personal loan (pembiayaan peribadi), diikuti dengan loan kereta.

Nak tak nak, kena keluarkan duit jugak

“Tabung rumah? boleh dapat pembiayaan penuh, kan?”

Hmmm… Takpe. Nanti masa mereka mula survey untuk beli rumah, korang akan tahu pembiayaan penuh pun, kena bayar deposit juga.

Biasanya, 10%. Kadang-kadang, ada yang perlukan 3%, dan jarang-jarang ada yang bagi 1%. Walaupun ada jugak yang boleh dapat 0%.

Dan deposit ini pulak, korang akan dapat balik bila loan rumah fully-disbursed.

Kalau deposit 0% pun (untuk kes rumah under construction), korang kena jugak keluar duit lepas rumah siap untuk renovasi atau sekadar beli perabot.

Nota : Kalau dapat beli rumah yang ‘cuci kaki je, boleh terus masuk,’ itu lain cerita. Cuma, susah nak dapat rumah macam ni. Bukan takde, tapi kena cari.

KLIK SINI UNTUK BACA : Kira kelayakan loan rumah kerajaan. Gunakan 3 langkah mudah ini 

Dosa #2 : “Alang-alang dah layak, beli rumah yang paling mahal terus”

Korang boleh rujuk gambar had kelayakan pembiayaan rumah penjawat awam kat bawah ni. Sangat tinggi, kan?

Sumber gambar – Mohd Fadhli Mohd Fauzi (FB)

Ramai penjawat awam terperangkap dengan had kelayakan tinggi ni, dan terus beli rumah idaman sebagai rumah pertama, yang biasanya mereka jadikan rumah terakhir mereka juga.

Ada yang gabungkan had kelayakan suami dan isteri (sebab kedua-dua mereka adalah penjawat awam) demi membeli rumah idaman harga daripada gabungan kelayakan tadi.

Dua-dua pulak, setiap seorang layak dapat RM340,000. Maka, beli la rumah harga RM680,000. Pilihan antara rumah landed, under construction, dan rumah besar.

Rumah idaman, kan?

Mampu ke anda tanggung beli rumah mahal? 

“Dah layak. Kena la manfaatkan kelayakan ini, kan?”

Ya, memang tak nafikan korang layak beli. Tapi, korang tak kaji dulu sama ada korang mampu tanggung atau tak.

Bila gaji mula kena potong untuk bayar rumah, baru perasan baki gaji yang ada cukup-cukup untuk bayar pembiayaan kereta dan peribadi.

Nak jadi cerita, dua-dua kena pindah tempat kerja. Rumah idaman tu, jadi kosong tak berpenghuni. Nak sewakan, rasa sayang pulak. Hmmm…

Korang, jangan jadi macam ni.

Penjawat awam yang bijak akan memanfaatkan kelebihan ni untuk memiliki 3 rumah dengan modal yang minima.

Bukan terperangkap dengan kelebihan ini.

KLIK SINI UNTUK BACA : Checklist beli rumah pertama. Dah periksa ke 14 perkara ini? 

Dah baca sampai sini? Tahniah Tok ucapkan sebab korang takkan buat dah 2 kesilapan ini.

Kita beli rumah untuk untung, bukan sebab nak rugi. Tak kisah la untuk pelaburan atau sekadar nak duduk sendiri.

Jemput SHARE ilmu best ni kat kawan korang yang kerja kerajaan tu. Korang jugak yang dapat pahala sebab mudahkan kerja mereka.

KLIK SINI UNTUK BACA : Orang ‘gomen,’ beli banyak-banyak rumah pelaburan guna cara ini 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here