CORE SoHo Suites – Peluang pelaburan dengan 4 jenis booster

/, Projek Hartanah/CORE SoHo Suites – Peluang pelaburan dengan 4 jenis booster

“Kan best kalau ada kediaman yang lengkap dengan kemudahan, beserta suasana tenang dan nyaman?”

Kalau korang tanya pendapat Tok, ini memang resipi kediaman yang terbaik.

Siapa yang tak suka rumah dengan gandingan mantap ni? Senang, tak perlu keluar jauh dan korang boleh menetap dekat situ dengan tenang.

Oh, korang tengah cari projek kediaman macam tu?

Korang tak payah susah-susah cari. Ni, Tok ada satu yang baik punya nak kongsikan dekat korang. Siap ada peluang untuk buat sebagai rumah pelaburan lagi.

Lengkap dengan 76 shoplot. Turun bawah, terus jumpa kedai

Projek yang Tok nak kongsikan ni, diberi nama CORE SoHo Suites. Dan bertempat betul-betul sebelah CORE Avenue, sebuah projek komersial KIP Group.

Dekat CORE Avenue pulak, akan ada 76 unit shoplot yang tunggu masa diserang peniaga.

Tempat parking, bukan lagi satu masalah untuk pembangunan ni. Sebanyak 778 tempat letak kereta disediakan untuk kemudahan pelawat yang datang singgah ke sini.

Dan seperti yang korang sedia maklum, kawasan yang dekat dengan kemudahan komersial, boleh pergi jauh berbanding tempat yang takde booster seperti ini.

Macam mana? Saja Tok bakar korang dengan semua maklumat ni. Bagi korang panas dan rasa nak terus beli.

“Saya dengar, unit SoHo ada banyak masalah. Betul ke?” – Azman

Sumber gambar – KLIA Ekspres

Cukup dah Tok bercerita tentang apa yang ada dekat kawasan tu. TIba masa untuk fokus dekat CORE SoHo Suites pulak.

Sebab apa Tok cakap projek ni menarik?

Ini adalah projek SoHo (Small Office / Home Office) yang sulung di kawasan Kota Warisan ni. Sebelum ni, tak pernah ada lagi projek macam ni. Memang unik.

Dah la projek ni berstatus freehold (pegangan bebas). Dan bila nak beli projek SoHo, mesti korang risau sama ada projek ni, Non-HDA atau HDA, kan?

Untuk CORE SoHo Suites ni, Tok boleh jamin ada HDA. Korang dah tak perlu risau lagi pasal tu.

Kemudahan yang ada pun, boleh tahan banyak. Lengkap dengan kolam renang, dewan serbaguna, dan banyak lagi.

Terletak di Kota Warisan, Sepang, Kuala Lumpur International Airport (KLIA) hanya terletak sejauh 12KM daripada sini.

Dan buat korang yang bekerja dekat sana, korang boleh pilih untuk naik kenderaan sendiri atau gunakan perkhidmatan ERL Salak Tinggi, yang terletak hanya 4 minit dari CORE SoHo Suites. Boleh sampai ke KLIA dalam masa 7 minit, dan KLIA2, 11 minit. Dekat gila!

Tak cukup dengan tu, korang jugak ada akses mudah ke LRT dan KTM dekat sini. Bukan lagi satu masalah kalau korang bekerja di Pusat Bandar dengan adanya kemudahan ini.

Korang jugak senang-senang boleh sampai ke semua tempat ni tanpa gunakan banyak masa :

  • UniKL MIAT (12.3KM),
  • INTI International University Nilai (10.3KM),
  • NIlai University (12.8KM),
  • Manipal University (13.1KM),
  • University Sains Islam Nilai (16.4KM),
  • Xiamen University (dalam pembinaan) (3.7KM).

Senang tak nak datang ke CORE SoHo Suites ni?

Sumber gambar – Malay Mail Online

Ada 11 lebuhraya yang korang boleh gunakan untuk ke sini, seperti:

  • Maju Expressway (MEX),
  • ELITE Expressway dengan akses ke jalan baru (B29),
  • Putrajaya-Cyberjaya Expressway,
  • KLIA Expressway via B32,
  • SKVE,
  • LDP,
  • SILK,
  • North-South Expressway via B32,
  • Jalan Nilai-KLIA,
  • Jalan Bangi-Dengkil,
  • Jalan Banting-Dengkil via B48.

Dekat sini, ada banyak jugak dengan pusat pentadbiran kerajaan dan syarikat multinasional seperti:

  • NTT,
  • T-Systems,
  • Dell,
  • DHL,
  • Kampus HP,
  • HSBC,
  • OCBC,
  • IBM,
  • Shell, dan banyak lagi.

Pusat membeli-belah yang ada dekat kawasan ni? Banyak jugak, seperti :

  • Uptown Salak Tinggi,
  • KIP Mart & Home Mart,
  • TESCO Nilai,
  • Giant Nilai,
  • Mitsui Premium Outlet,
  • HVO (Horizon Village Outlet).

Dari sini, korang pasti dah nampak peluang pelaburan yang ada. Dan ini tak berhenti setakat itu saja. Teruskan bacaan.

5 minit saja untuk sampai ke 2 tempat penting ini

XiaMen University. Sumber gambar: The Star Online

Bagi Tok, ini kelebihan yang paling menarik kalau korang beli CORE SoHo Suites ni.

Bagi Tok, masa 5 minit untuk sampai ke sesebuah tempat, dah kira dekat. Bayangkan, pejam celik je, dah boleh sampai ke 2 tempat ni.

Tempat yang Tok maksudkan adalah Xiamen University (sedang dalam pembinaan) dan juga Stesen ERL Salak Tinggi. Dan Tok dengar cerita, akan ada perkhidmatan shuttle bas dari KIP Mall ke 2 tempat ni.

Bermakna, target tenant (penyewa) korang, boleh jadi student dan mereka yang bekerja di KLIA dan KLIA2.

Penyewa korang, boleh jimatkan kos minyak, tol, dan jugak mileage kereta. Naik motor pun, tak susah mana. Ala, 5 minit je pun. Apa la sangat.

Apa lagi booster yang berpotensi dekat kawasan ini?

Ini ada 2 booster yang Tok suka nak kongsikan dekat korang :

KL Aeropolis

Sumber gambar – beritadaily.com

Tanah seluas 404.7 hektar dekat sekitar KLIA, akan digunakan sebagai bandaraya lapangan terbang penting di Asia dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang.

KLIA Aeropolis dijangka akan menarik RM30 bilion sumbangan keluaran dalam negara (KDNK) dalam tempoh 15 tahun, dan akan wujudkan 56,000 peluang pekerjaan.

Peluang pekerjaan? Ini adalah kata kunci (keyword) penting, if you know what Tok mean.

Alibaba’s Regional e-Fulfillment and Logistic Hub

Sumber gambar : mstar.com.my

Syarikat e-commerce gergasi China, Alibaba Group dibawah pimpinan Jack Ma akan tubuhkan satu hab perdagangan dan logistik, di Digital Free Trade Zone (DFTZ) dalam kawasan KLIA Aeropolis.

Bermula tahun 2019, hab e-fulfillment di Malaysia ni akan jadi hub Alibaba yang pertama di luar negara China.

Ia juga berpotensi untuk meningkatkan kadar perdagangan barangan SME sebanyak 2 kali ganda, dan wujudkan sebanyak 60,000 peluang pekerjaan.

Fasa pertama DFTZ melibatkan pembangunan e-commerce serantau dan hab logistik di bekas terminal LCCT berhampiran KLIA.

Hab ini berfungsi sebagai pelepasan kastam, gudang, dan berfungsi memenuhi kemudahan bagi Malaysia dan rantau sekitarnya, cepatkan proses import dan eksport, serta mengikut ‘gelombang’ e-commerce.

Alibaba Group akan bekerjasama dengan MDEC dalam pembangunan hab, yang akan perkenalkan Alibaba One Touch, platform yang akan hubungkan Malaysia terus ke zon dagangan Hangzhou.

Bermakna, SME boleh berdagang dengan pantas dan mudah antara kedua-dua buah negara.

Apa lagi yang penting anda patut tahu tentang CORE Soho Suites?

Buat korang yang berminat nak beli (sama ada untuk duduk sendiri atau pelaburan), Tok sediakan semua yang korang patut tahu dekat sini.

Projek 3.2 ekar ini mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM140 juta. Dan CORE SoHo Suites ini terdiri daripada 2 blok – Blok A (288 unit) dan Blok B (178 unit).

Projek ni, boleh dikira sebagai low density (berkepadatan rendah). Hanya sebanyak 466 unit saja yang dibina. Senang cerita, korang takkan semak dengan jumlah penduduk yang padat.

Setiap unit pulak, berkeluasan 450 kaki persegi, dengan nilai RM530 untuk setiap kaki persegi.

Anggaran kadar sewa dekat sini? Bermula daripada RM900 ke RM1,200 untuk unit high-rise. Mungkin boleh dapat lebih lagi kalau korang sewakan secara fully-furnished, lengkap dengan kemudahan Internet.

Nanti dulu. Ada lagi yang Tok nak bagitahu kat korang ni. Setiap pembelian unit CORE SoHo Suites, korang jugak akan dapat :

  • 1 unit penghawa dingin,
  • Kabinet dapur yang lengkap dengan hob,
  • 1 unit kipas siling.

Korang tak payah lagi keluarkan duit lagi untuk pasang semua ni.

Berminat nak jadi pemilik CORE SoHo Suites?

Ini tawaran baik punya untuk korang. Korang boleh beli unit CORE SoHo Suites pada harga bermula RM258,000.

Dan korang tak perlu bayar harga ni, sebab korang akan dapat rebat sebanyak 10%.

Jadi, korang hanya perlu bayar :

  • RM258,000 X 10% =
  • RM232, 200

Dan korang jugak hanya perlu sediakan 2% down payment saja, sebanyak RM5,160.

Kos guaman untuk SPA dan Perjanjian Pinjaman (Loan Agreement) pulak, ditanggung beres oleh pemaju (tak termasuk duti setem dan yuran pendaftaran). Korang boleh jimat banyak dekat situ.

Tak perlu tunggu lagi. Daftar pada borang bawah ini dan rebut peluang emas ini sekarang :

By |2018-03-07T03:34:44+00:00March 7th, 2018|Featured, Projek Hartanah|