Core SOHO Suites, Kota Warisan – Lokasi pelaburan yang ada 4 booster?

Core SOHO Suites, Kota Warisan – Lokasi pelaburan yang ada 4 booster?

594
0
SHARE
Sumber gambar - kip.com.my
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Kalau korang masih ingat lagi, Tok ada reviu tentang Core SoHo Suites yang dekat Kota, Warisan, Sepang beberapa minggu lepas.

Ala, projek SoHo dengan harga dan macam-macam yang menarik tu. Kalau tak ingat, klik sini untuk baca balik.

9 April yang lepas, KIP Group ada buat pelancaran tentang projek ini di showroom mereka.

Tok tengok, memang ada banyak booster yang akan ada kat sini nanti. Sama ada untuk tujuan pelaburan atau duduk sendiri, terpulang.

Apa-apa pun, beli lepas korang dah buat segala kajian yang perlu (due diligence). Dan sebelum buat keputusan tu, jemput hadamkan apa yang Tok nampak dekat projek ni.

Kota Warisan, Sepang

 

KIP Central @ Sepang adalah projek komersial seluas 39 ekar dalam kawasan bandar Kota Warisan.

Projek ini dekat dengan KLIA (ambil masa 10 minit perjalanan), dan juga beberapa universiti terkenal seperti Xiamen University, INTI International University, dan juga Universiti Sains Islam Malaysia.

Boleh kata, memang dekat sangat untuk korang ke Xiamen University (ambil masa 5 minit je). Projek ini akan memenuhi keperluan asas untuk penduduk sekitar dan juga populasi pelajar universiti yang semakin meningkat.

Projek 3.2 ekar Core SoHo Suites mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM140 juta. Pembangunan unit SoHo ini terdiri daripada 2 blok – Blok A (288 unit) dan Blok B (178 unit).

Core SoHo Suites yang sedang dalam pembinaan. Sumber gambar – Tok Penghulu

Blok B dah pun dilancarkan pada 16 September 2016, dan berjaya dijual sebanyak 80%.

Unit seluas 450 kaki persegi ni dijual pada harga bermula daripada RM238,800, atau pada purata RM530 untuk setiap kaki persegi.

Blok kedua (blok A) pula, dah mula dibuka untuk jualan. Dan bagi yang nak tau pasal status tanah, seluruh KIP Sentral termasuk Core SoHo Suites adalah pembangunan pegangan bebas (freehold).

#1: Jaringan hubungan Kota Warisan

Sumber gambar : ptlm.com.my

Core SoHo Suites terletak di lokasi yang strategik dalam nukleus Kota Warisan, bandar yang sedang pesat membangun di Sepang.

Ada 11 lebuh raya yang korang boleh gunakan untuk ke sini, seperti:

  • Maju Expressway (MEX),
  • ELITE Expressway,
  • Putrajaya-Cyberjaya Expressway,
  • KLIA Expressway,
  • SKVE,
  • LDP,
  • SILK,
  • North-South Expressway,
  • Jalan Nilai-KLIA,
  • Jalan Bangi-Dengkil,
  • Jalan Banting-Dengkil.

Tak cukup dengan tu, korang jugak ada akses mudah ke LRT dan KTM via ERL (Express Rail Link) Stesen Salak Tinggi.

Dekat sini, ada banyak jugak dengan pusat pentadbiran kerajaan dan syarikat multinasional seperti:

  • NTT,
  • T-Systems,
  • Dell,
  • DHL,
  • Kampus HP,
  • HSBC,
  • OCBC,
  • IBM,
  • Shell, dan banyak lagi.

#2: Kemudahan kehidupan yang lengkap

Sumber gambar : ptlm.com.my

Xiamen University, pusat pengajian top-rated di China pula, terletak sejauh 2KM daripada Core SoHo Suites.

Kampus yang semakin besar ini menempatkan 1,300 orang pelajar. Dan nombor ini dijangka akan meningkat kepada 10,000 selepas siap fasa ke-2.

Persekitaran dan suasana dekat sekeliling projek SoHo ini, boleh kata tenang dan damai sebab korang masih boleh nikmati landskap yang masih hijau.

Sekarang, kawasan ni boleh dikelaskan yang mempunyai ekonomi yang tersendiri, dengan beberapa kemudahan asas tersedia seperti:

  • Affin Bank,
  • McDonalds yang lengkap dungeon drive-thru,
  • 7-Eleven,
  • Domino’s Pizza,
  • Stesen minyak Shell,
  • 99 Speedmart,
  • Pasar mini,
  • Restoran tempatan,
  • Hotal bajet, dan
  • Kafe.

Tak cukup? Ada lagi KIP Mall yang hampir siap dibina dan akan dibuka dalam masa terdekat.

Kalau ikut kata KIP Group, bisnes yang dicadangkan untuk masuk ke situ adalah:

  • Secret Recipe,
  • KFC,
  • MBG,
  • Subway,
  • Watsons,
  • EconSave,
  • Mr. D.I.Y, dan banyak lagi.

Bila siap nanti, Core SoHo Suites juga dikelilingi oleh 76 unit podium runcit (retail podium) – kedai runcit Core Avenue (Core Avenue retail shops).

#3: Booster sekitar Kota Warisan

Kita borak pulak pasal pemangkin (catalyst) yang akan memacu pembangunan di sekeliling kawasan Core SoHo Suites ni:

Universiti Xiamen, kampus Malaysia (Jarak : 2KM)

Sumber gambar : The Star Online

Xiamen University, atau dikenali juga sebagai “Xia Da,” adalah sebuah pusat pengajian tinggi yang tersenarai di tempat ke-11 daripada 2,000 universiti di China.

Ranking dunia? Xiamen sekarang berada pada tempat ke-275. Not bad.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1921, Xiamen dah lahirkan lebih 200,000 pelajar dan graduan.

Nak fakta lagi? Xiamen University kampus Malaysia adalah kampus cawangan luar negara pertama untuk universiti di negara China.

Xiamen University yang sedang dalam pembinaan. Sumber gambar – Tok Penghulu

Dibina atas 148 ekar (60 hektar) tanah, kampus yang bernilai RM1.3 bilion dengan kemudahan penuh ni dapat menampung sehingga 20,000 pelajar bila siap sepenuhnya.

Pendaftaran 500 pelajar pertama dah dibuat pada September 2015, dan sekarang, bilang ni dah meningkat kepada 1,300. Dan ini dijangka meningkat sehingga 5,000 pada tahun 2020.

Kebanyakan pelajar Xiamen University adalah dari Malaysia, China, dan negara-negara ASEAN yang lain.

Horizon Village Outlet (Jarak : 2KM)

Sumber gambar : The Edge Property Malaysia

3KM ke arah Utara pulak, ada HVO (Horizon Village Outlet) pada tanah seluas 30 ekar. Boleh kata, ni tempat impian buat korang yang kaki shopping.

Horizon Village Outlet akan berikan pengalaman membeli-belah seluas 400,000 kaki persegi. Macam-macam brand global ada dekat situ nanti.

Direka oleh tim arkitek antarabangsa daripada Ross Adam USA, struktur HVO akan menyerupai abjad L.

Mengikut perancangan, HVO akan menempatkan lebih 150 brand mewah, jenama fesyen kasual, dan F&B yang terkenal.

Dibangunkan secara JV (joint venture) antara Horizon Group Properties dan Mainstay Holdings Sdn Bhd, HVO tampilkan persekitaran luar (outdoor environment) dengan 100% laluan berbumbung untuk keselesaan pengunjung.

Akan ada 2,000 ruang parking bawah tanah.

KL Aeropolis (Jarak : 8KM)

Sumber gambar : beritadaily.com

Tanah seluas 404.7 hektar dekat sekitar KLIA akan muncul sebagai bandaraya lapangan terbang penting di Asia dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang.

KLIA Aeropolis dijangka akan menarik RM30 bilion sumbangan keluaran dalam negara kasar (KDNK) dalam tempoh 15 tahun, dan wujudkan 56,000 peluang pekerjaan.

Alibaba’s Regional E-Fulfillment and Logistic Hub (Jarak : 8KM)

Sumber gambar : mstar.com.my

Syarikat e-commerce gergasi China, Alibaba Group dibawah pimpinan Jack Ma akan tubuhkan satu hab perdagangan dan logistik, di Digital Free Trade Zone (DFTZ) dalam kawasan KLIA Aeropolis.

Bermula tahun 2019, hab e-fulfillment di Malaysia ni akan jadi hub Alibaba yang pertama di luar negara China.

Ia juga berpotensi untuk meningkatkan kadar perdagangan barangan SME sebanyak 2 kali ganda, dan wujudkan sebanyak 60,000 peluang pekerjaan.

Fasa pertama DFTZ melibatkan pembangunan e-commerce serantau dan hab logistik di bekas terminal LCCT berhampiran KLIA.

Hab ini berfungsi sebagai pelepasan kastam, gudang, dan berfungsi memenuhi kemudahan bagi Malaysia dan rantau sekitarnya, cepatkan proses import dan eksport, serta mengikut ‘gelombang’ e-commerce.

Alibaba Group akan bekerjasama dengan MDEC dalam pembangunan hab, yang akan perkenalkan Alibaba One Touch, platform yang akan hubungkan Malaysia terus ke zon dagangan Hangzhou.

Bermakna, SME boleh berdagang dengan pantas dan mudah antara kedua-dua buah negara.

Gambar sekitar pelancaran Show Unit – Core SoHo Suites 

 

Berminat untuk tahu lebih lanjut?

Korang boleh buat panggilan terus ke nombor-nombor yang berikut, atau klik gambar bawah ni:

60192080000 / 603 6252 0888

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY