CORE SoHo Suites – Jana untung berganda dengan pasaran student rental

CORE SoHo Suites – Jana untung berganda dengan pasaran student rental

3309
1
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Kombinasi antara suasana yang tenang dan juga kemudahan banyak, memang win.

Siapa yang tak suka rumah yang ada kelebihan macam ni? Senang, tak payah susah-payah keluar jauh-jauh untuk membeli-belah atau cari makanan.

Semua kemudahan, terkumpul dalam satu tempat. Senang cerita, hidup korang memang senang dekat situ.

Nak beli rumah yang macam Tok baru cakap ni? Tak perlu susah-payah cari. Tok ada satu projek baik punya nak bagitau korang.

Buat yang serius nak tau, teruskan bacaan.

Dibina sebelah unit komersial yang bakal ‘meletup’

Sebelum Tok terus cover projek perumahan tu, ada satu benda yang wajib Tok kongsikan dengan korong terlebih dulu.

Saja je Tok nak bakar line korang. Bagi teransang sikit rasa nak melabur korang tu.

Projek ni betul-betul terletak sebelah je dengan CORE Avenue, sebuah projek komersial KIP Group.

Akan ada 76 unit shoplot yang tunggu masa diserang para peniaga yang nampak potensi pembangunan komersial ini.

Parking pun, mungkin takkan jadi isu sebab mereka sediakan sehingga 778 tempat letak kereta untuk kemudahan pelawat di kawasan ini.

CORE Avenue akan jadi benchmark (penanda aras) kepada potensi kenaikan capital appreciation.

Dah tentu kawasan yang dekat dengan kemudahan komersial, nilai boleh pergi jauh lebih tinggi berbanding tempat yang takde booster seperti ini.

Apa jenis pegangan tanah projek ini? Non-HDA ke, ada HDA?

Okay. Tok tak nak dah main tarik tali dengan korang. Dah tiba masanya korang tau projek pembangunan yang Tok maksudkan.

Dan ini juga dikelaskan sebagai projek SoHo sulung di kawasan Sepang. Belum ada lagi projek macam ni sebelum ni.

Bagi korang yang takut-takut nak beli tu, kediaman SoHo dekat sini berstatus freehold. Bermakna, korang tak payah risau pasal ada HDA atau takde. Yang ni, confirm ada.

Oh, lupa pulak Tok nak kenalkan nama projek ni dekat korang. Nama diberi, CORE SoHo Suites.

Bertempat dekat Kota Warisan, Sepang, korang hanya terletak sejauh 12 KM daripada Kuala Lumpur International Airport (KLIA), penduduk CORE SoHo Suites boleh sampai ke:

  • HVO (Horizon Village Outlet), yang dulu dikenali sebagai KLIO,
  • XiaMen University,
  • ERL Salak Tinggi,
  • Mitsui Outlet Park,
  • UiTM Dengkil,
  • Bandar Baru Nilai,
  • Cyberjaya,
  • Putrajaya,
  • Kuala Lumpur City Centre.

Sesuai untuk duduk sendiri atau pelaburan?

Kalau untuk tujuan duduk sendiri, Tok tak kisah pun korang nak beli yang mana satu. Janji korang mampu dan ada duit, ikut suka hati korang nak beli rumah yang mana satu.

Tapi yang paling cun, korang jugak boleh beli unit CORE SoHo Suites ni untuk buat duit (tujuan pelaburan).

Kenapa Tok berani sarankan korang projek ni?

Apa yang Tok perati, memang ada potensi. Tak mustahil untuk dapatkan rental yield yang tinggi sebab kawasan ni, ada macam-macam booster seperti:

  • Dekat dengan universiti terkemuka:
    • INTI International University,
    • Nilai University College,
    • University Sains Islam Malaysia (USIM),
    • Limkokwing University of Creative Technology,
    • Multimedia University (MMU), dan
    • XiaMen University.
  • Akses kepada lebuhraya yang mantap:
    • MEX (Maju Expressway),
    • Lebuhraya ELITE dengan akses ke jalan baru (B29),
    • North-South Highway via B32,
    • KLIA Expressway via B32,
    • Jalan Kajang-Dengkil via B48.
  • Kemudahan pengangkutan awam:
    • ERL (untuk ke KLIA atau KL Sentral, dan transit ke LRT dan Monorail),
    • MRT (akan datang),
    • HSR (akan datang).
  • Pusat membeli-belah:
    • Uptown Salak Tinggi,
    • KIP Mart & Home Mart,
    • TESCO Nilai,
    • Giant Nilai,
    • Mitsui Premium Outlet,
    • HVO (Horizon Village Outlet).

Lagipun, projek ni memang dekat sangat dengan Sepang International Circuit dan jugak KLIA dan KLIA 2.

Dalam masa 5 minit, anda boleh sampai ke 2 tempat ini

XiaMen University. Sumber gambar: The Star Online

Yang ni, Tok tak bergurau dengan korang. Ini betul-betul punya cerita, bukan cubaan.

Bagi ramai orang, masa 5 minit tu memang sangat singkat. Kalau Tok boleh berjalan ke kedai dalam masa 5 minit je, memang boleh consider jarak tu sebagai dekat.

Ni, Tok ada soalan untuk korang. Dalam masa 5 minit, korang boleh pergi mana daripada CORE SoHo Suites?

Dua (2) tempat. Ya, korang boleh sampai dekat 2 tempat penting ni dalam masa hanya 5 minit.

Satu, korang boleh sampai ke XiaMen University Malaysia. Ke-2 pulak, korang boleh sampai ke ERL Salak Tinggi.

Nanti dulu. Tok tak habis terangkan lagi

Dan ERL Salak Tinggi tu pulak, korang boleh pergi ke KLIA dalam masa hanya kurang 15 minit. Gempak, kan?

Memang tenang-tenang je korang pergi kerja kat sana. Tak payah nak bawak kereta bagai. Banyak mileage dan minyak yang korang boleh jimatkan.

Ada antara korang yang kerja KL? Semua tu tak jadi masalah kalau korang pilih untuk duduk dekat CORE SoHo Suites.

Korang boleh naik ERL untuk ke KL Sentral dalam masa 25 hingga 30 minit je. Lagipun, korang boleh bajet timing untuk sampai ke tempat kerja tepat pada masa.

Bukan korang kena mengadap traffic jam macam masa korang bawak kereta sebelum ni pun.

Tak perlu pergi jauh-jauh untuk shopping barangan branded

Tok tau. Ramai yang dah sedia maklum dengan kewujudan Mitsui Outlet Park –  tempat favorite untuk shopping sakan, sama macam JPO (Johor Premium Outlet).

Cuma, korang ada kelebihan untuk nikmati lebih lagi daripada orang yang tinggal di luar kawasan Sepang.

Daripada satu, apa salahnya ada 2 tempat shopping macam ni?

Tak lama lagi, HVO atau Horizon Village Outlet dijangka akan siap dibina pada 2018. Seluas 23 ekar dan 150 kedai satu tingkat,

Ini dah tentu akan menambah lagi seri kawasan ini, menjadi kawasan yang layak digelar sebagai ‘syurga untuk si kaki membeli-belah.’ Kalau tak puas shopping jugak, korang memang level gila.

Apa brand yang ada, korang tanya? Giuseppe Zanotti Design, Tumi, Swiss Watch Gallery, La Martina, dan Kate Space New York adalah antara contoh.

Ada banyak lagi brand yang gempak bakal masuk. Tok akan pastikan korang dapat update terbaru, setiap kali rujuk artikel ni balik semula.

Apa yang anda patut tahu tentang CORE SoHo Suites?

Buat korang yang berminat nak beli atau melabur dekat projek ni, Tok sediakan sekali maklumat yang korang korang wajib tau.

Tok jelaskan secara ringkas je supaya korang senang nak faham.

CORE SoHo Suites terdiri daripada 2 blok, Blok A (288 unit) dan juga blok B (178 unit), dibina kat atas tanah seluas 3.2 ekar.

Keseluruhan unit yang ada adalah sebanyak 466 unit. Boleh kira sebagai projek low density.

Keluasan setiap unit pulak adalah 450 kaki persegi, dengan nilai sekitar RM530 untuk setiap kaki persegi.

Dah 80% terjual pada Oktober tahun lepas?

Korang jugak akan dapat sebiji petak parking bagi setiap pembelian seunit CORE SoHo Suites.

Dan akhir sekali, harga jualan seunit bermula pada harga RM238,000. Kalau tanya Tok, harga ni memang berbaloi.

Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2019.

Ni maklumat yang Tok nak tambah. Pada 31 Oktober tahun lepas, direktor KIP Group, Valerie Ong bagitau, 80% unit projek ini di Tower B sudah terjual.

Tok tak tipu korang. Boleh rujuk dekat sini.

Nak ikutkan, banyak sangat indikator yang boleh korang jadikan benchmark. Lagipun, kawasan ini sedang pesat membangun. Macam-macam akan ada dekat kawasan ni nanti.

Sebab tu awal-awal tadi, Tok dah cakap siap-siap. Tak rugi kalau korang pertimbang nak beli seunit untuk tujuan pelaburan dekat kawasan ni.

Apa-apa pun, jangan korang telan apa yang Tok cakap 100%. Jadikan sebagai panduan untuk korang buat kajian tersendiri. Buat dulu segala due diligence yang perlu.

Anda free hujung minggu ini? 

Sebelum Tok habis cakap, ada satu lagi perkara penting yang Tok nak bagitau korang.

Hujung minggu ni, KIP Group akan buat pelancaran show unit projek CORE SoHo Suites. Klik sini untuk tempah seat anda sekarang. 

Bermakna, korang boleh tengok sendiri pelan projek ni depan mata.

Sambil-sambil tu, boleh ambil feel dan gunakan segala maklumat yang ada dekat situ dan buat keputusan membeli.

Jangan buang masa lagi. Daftar sekarang dengan klik link ni. 

Sebarang pertanyaa, boleh hubungi hotline mereka: 019 – 208 0000

1 COMMENT

LEAVE A REPLY