Casira 1, Sime Darby – Projek perumahan ideal untuk keluarga pada harga...

Casira 1, Sime Darby – Projek perumahan ideal untuk keluarga pada harga kompetitif

3190
1
SHARE
Sumber gambar - Sime Darby
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Korang tengah mencari rumah baru, yang lengkap dengan pelbagai kemudahan pada jarak yang tak terlalu jauh?

Kalau nak rumah yang simple dan praktikal secara keseluruhan (dan berstatus freehold), mungkin korang berminat dengan projek terbaru Sime Darby ini.

Bertempat di Bandar Bukit Raja, Klang, Casira 1 adalah projek yang bakal menghiasi kawasan ini menjelang Mei 2019 nanti.

Apa cara supaya anda tak terbayar lebih untuk beli rumah?

Sebelum Tok mula cerita pasal projek Casira 1 ni, biar Tok ceritakan dulu sejarah transaksi yang ada kat kawasan ni.

Kenapa Tok tengok sejarah transaksi yang lepas, adalah untuk kita mempunyai benchmark sebenar kuasa beli untuk sesebuah kawasan.

Kawasan yang pertama kita akan tengok adalah Bandar Bukit Raja itu sendiri. Jemput rujuk gambar kat bawah ni :

Sumber gambar – Brickz.my

Bila nak bandingkan atau tengok transaksi terdahulu, pastikan korang tau apa yang korang nak bandingkan.

Dalam kes ni, Tok bandingkan rumah landed dan juga berstatus freehold, yang mempunyai keluasan yang hampir sama.

Kenapa perbandingan ini penting?

Sebabnya, korang nak tau nilai sebenar sesebuah hartanah dan nilai ini bersifat subjektif. Perkara seperti leasehold dan freehold ada banyak pengaruhnya pada harga hartanah.

Berdasarkan gambar yang korang tengok tadi, kita boleh tau yang harga purata setiap kaki persegi bagi rumah dekat kawasan ini adalah RM400.80.

Dengan cara ini, korang boleh tau berapa harga maksima yang korang patut bayar untuk beli sesebuah rumah. Baru la korang tak terbayar lebih daripada harga yang sepatutnya.

Sentiasa bandingkan secara ‘apple to apple’

Okay. Tadi, kita dah selesai kaji satu kawasan (Bandar Bukit Raja).

Sekarang ni, kita kaji pulak satu lagi kawasan dalam radius 3KM, iaitu Taman Aman Perdana, Klang.

Kalau korang perhatikan gambar kat bawah ni, Tok ambil transaksi unit dengan saiz yang lebih kurang sama dengan projek Casira 1 (seluas 2,012 kaki persegi untuk unit yang paling kecil).

Sumber gambar – Brickz.my

Tok belanja sikit tip untuk korang kaji harga rumah berdasarkan maklumat yang ada macam ni. Yang penting, korang bandingkan secara ‘apple to apple.’

Bermakna, kalau Casira 1 adalah kawasan gated and guarded (G&G), korang kena cari jugak transaksi dengan spesifikasi yang sama.

Baru boleh compare sebab spec produk lebih kurang sama.

Dan pastikan jugak saiz rumah lebih kurang sama, baru korang boleh buat perbandingan. Ingat tak apa yang Tok pesan tadi, ‘apple to apple’?

Berdasarkan gambar kat atas tadi, harga purata bagi setiap kaki persegi di kawasan Taman Aman Perdana adalah sebanyak RM258.20.

Sekarang, kita dah ada 2 harga purata – RM400.80 dan RM258.20 untuk setiap kaki persegi.

Harga rumah subsale, tapi dapat rumah baru

Tok kirakan siap-siap berapa nilai setiap kaki persegi untuk projek Casira 1 ini untuk korang.

  • Harga jualan – keluasan unit Casira 1 =
    • RM681,888 / 2,012 kaki persegi =
    • RM338.91 untuk setiap kaki persegi

Apa yang korang boleh nampak kat sini?

Apa yang Tok nampak, harga rumah projek terbaru ini lebih murah kalau dibandingkan dengan transaksi rumah subsale yang kita dah kira kat atas tadi.

Dah la korang bayar harga yang lebih murah daripada transaksi subsale. Tak cukup dengan tu, korang dapat rumah baru, bukan rumah second hand.

Satu lagi. Korang bukan setakat bayar harga rumah tu semata-mata. Korang jugak bayar sekali perancangan bandar yang dibuat oleh Sime Darby untuk perbandaran Bandar Bukit Raja.

Sumber gambar – Sime Darby

Kawasan ini telah dibuka pada Ogos 2002, dan bandar ini sedang bergerak ke arah menjadi sebuah bandar terancang yang matang.

Macam-macam dah ada dekat kawasan Bandar Bukit Raja ni seperti kawasan perumahan landed serta apartmen mampu-milik, dan juga kawasan komersial dan industri.

Nota ekstra : Kalau korang nak tau apa kemudahan yang ada kat kawasan Klang, klik sini dan baca sekarang.

Apa yang anda perlu tahu tentang Casira 1?

Casira 1 merupakan sebuah projek naungan Sime Darby USJ Development Sdn. Bhd. yang bertempat di Bandar Bukit Raja, Klang.

Keluasan seunit rumah bagi projek ini bermula daripada 2,012 sehingga 2,311 kaki persegi. Projek berstatus freehold serta gated and guarded ini dijangka siap dalam tempoh 2 tahun lagi (Mei 2019).

Ini antara ciri-ciri yang unik kat projek Casira 1 :

  • Orientasi bangunan dioptimumkan untuk mengurangkan haba – Semua unit mengadap terus ke arah utara / selatan,
  • Reka bentuk yang menggalakkan pencahayaan dan pengudarraan semulajadi – Pintu dan tingkap ditempatkan secara strategik, bilik mandi mempunyai pengudaraan secara semulajadi, tingkap yang luas untuk galakkan cahaya semulajadi luar masuk dalam rumah,
  • Pelarasan kawasan tempat letak kereta – Boleh parking 2 biji kereta sekaligus sebelah-menyebelah. Tak payah dah risau pasal tempat parking,
  • Ruang yang fleksibel – Reka bentuk pelan terbuka (open plan design) antara ruang tamu, ruang makan, dan dapur. Korang boleh ubah suai ruang mengikut selera dan gaya hidup masing-masing,
  • Produk ini direka untuk kegunaan semua orang – Ada bilik tidur di tingkat bawah yang boleh digunakan oleh ahli keluarga atau pelawat yang kurang upaya, orang tua, atau sebagai bilik rehat selepas operasi perubatan atau melahirkan anak.

Casira 1 boleh diakses secara mudah dan pantas melalui lebuhraya seperti :

  • North Klang Valley Expressway (NKVE),
  • Federal Highway,
  • New North Klang Straits Bypass Highway,
  • Shapadu Highway,
  • Proposed West Coast Expressway.

Ada macam-macam fasiliti dekat kawasan sekitar Casira 1. Kalau nak shopping atau beli barang dapur, boleh ke TESCO Setia Alam, Setia City Mall, AEON Big, Jaya Jusco, atau Klang Parade.

Mana satu dari 5 jenis unit ini yang anda suka?

Casira 1 menawarkan 5 pilihan kepada korang. Korang boleh rujuk kat gambar yang Tok kongsikan bawah ni :

  • Jenis A1 (2,012 kaki persegi) :

  • Jenis A2 (2,038 kaki persegi) :

  • Jenis C1 (2,296 kaki persegi) :

  • Jenis E1 (2,296 kaki persegi) :

  • Jenis E2 (2,311 kaki persegi) :

Berminat untuk tahu lebih lanjut? Daftar tempat duduk anda laju-laju

Sebenarnya, ada banyak lagi yang Tok tak kongsikan tentang ciri-ciri unik projek Casira 1 ni. Saja Tok tak cerita habis supaya tak ‘potong’ rasa ingin tahu korang tu.

Pada hari Sabtu minggu ni, ada pelancaran rasmi projek Casira 1 di Bandar Bukit Raja Sales Gallery bermula seawal pukul 8 pagi.

Kalau korang serius nak tahu lebih lanjut, jemput daftar tempat duduk sekarang dengan klik gambar bawah ini :

P/S : Gunakan bantuan aplikasi Waze dan search ‘Bandar Bukit Raja Sales Gallery’ untuk ke sana dengan mudah.

1 COMMENT

  1. Salam..tok guru sy nk tanye..rumah pertama yg mcm ner yg sy bole beli gaji suami hanya rm1800..gaji ank br rm1400 d saya berniaga sebulan rm1500..dh x tahan menyewa sebulan rm850..tolong tok guru bg maklumat..

LEAVE A REPLY