Home Kisah Inspirasi Celah mana nak cari rumah harga bawah RM100K?

Celah mana nak cari rumah harga bawah RM100K?

8179
15
SHARE
Sumber gambar - PropSocial
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

“Mana ada lagi rumah harga macam tu Tok.”

Tak pasal-pasal Tok kena cop ‘kaki kencing.’ Semua pasal rata-rata orang ingat, mustahil nak jumpa rumah bawah harga RM100,000.

Biasa la tu. Yang banyak kita nampak kat mana-mana iklan, harga dah cecah lebih RM200,000 ke RM300,000. RM500,000 pun dah berlambak sekarang.

Memang dah takde harapan langsung ke? Atau…

Korang confirm akan ubah persepsi ni lepas baca perkongsian Abang Ensem ni.

Rumah murah, susah nak dapat cash flow positif? 

Semalam, sempat aku berbual dengan engineer aku yang baru balik dari site kat Miri.

Beliau tau yang aku baru je selesai mengadakan kelas hartanah bulananku, terus melontarkan soalan berikut :

“Bang, relevan lagi ke kelas Abang? Kan harga rumah dah makin mahal, dan mesti susah nak dapat positive cash flow kalau disewakan.”

Terus aku senyum dan memandang beliau yang beralih menghadap laptop, seraya berkata :

“Cuba kamu buka laman web mudah.my sekarang. Aku tunjukkan cara paling simple untuk kamu dapatkan apa yang kamu cakap mustahil tadi tu.”

Lalu, aku ajar step-step berikut kepada beliau :

Boleh sewakan hingga RM600 ke RM650. Masyuk tu!

1) Kamu pilih lokasi hartanah yang menjadi idaman beliau. ‘Seri Kembangan,’ jadi pilihannya. Lalu beliau set kat ‘search option’ mudah.my tu dengan pilihan itu.

2) Limitkan harga yang dipilih dari “RM0 hingga RM100,000” ke atas hartanah yang berada di kawasan yang diingini.

Lepas tekan butang ‘search,’ maka muncul la result beberapa apartmen, low dan medium cost.

Contoh result dalam mudah.my. Sumber gambar – mudah.my

Dan salah satu pilihan beliau adalah apartmen medium cost yang berharga sebanyak RM76,500 je.

3) Aku paksa pulak beliau periksa kadar sewa kat apartmen tersebut guna laman web yang sama (mudah.my).

Bingo! Kadar sewa apartmen tu dalam sekitar RM600 hingga ke RM650.

Masih boleh buat untung?

4) Lepas tu, aku minta pulak beliau untuk ke laman web imoney.my, untuk tengok jumlah instalmen bulanan yang perlu dibayar (dengan anggaran, beliau meminjam RM68,850 (90% margin) untuk tempoh 30 tahun.

Dah buat kira-kira tu, hasil yang keluar (ansuran bulanan) adalah antara RM344 hingga RM359.

Sambil menguntum senyuman, aku berkata lagi kat beliau :

“Nah, siapa kata mustahil nak dapatkan rumah yang murah dengan positive cash flow, macam yang kamu katakan tadi?”

Dan aku tambah lauk lagi kat beliau :

“Takpe, mari aku kirakan ROI (Return of Investment) yang kamu dapat. Itu pun kalau kamu berminat nak tau.”

Riak muka beliau jelas tunjukkan rasa minat yang teramat sangat. Lalu, tanganku membuka laci meja, meraba-raba untuk mencapai sebuah kalkulator.

Cara mudah kira ROI. Budak sekolah pun confirm reti guna formula ini

Seperti yang korang semua tau, kiraan ROI adalah seperti berikut :

  • ROI = Pendapatan Bersih dalam Setahun / Modal Pembelian X 100%

Jadi, pendapatan bersih setahun yang beliau dapat adalah sebanyak :

  • RM650 X 12 =
  • RM7,800

Untuk modal pembelian, kita perlu ambil kira kos down payment, kos sampingan, dan juga kos lain-lain seperti renovasi dan sebagainya.

Saya simple-kan seperti berikut :

  • Modal Pembelian = Down payment + Kos Sampingan + Kos Renovasi

Untuk ini, kita ambil kira down payment je untuk mudahkan kiraan (RM7,650). Jadi, jumlah yang beliau akan dapat adalah :

  • ROI = (RM7,800 / RM76,500) X 100%
  • 10.19%

Terkaku beliau, tenung nombor yang aku tunjukkan kat kalkulator tu. Hehe.

Mana tak tercengang budak tu. Mula-mula skeptikal sangat. Last-last, terkejut beruk dengan result yang beliau nampak.

Banyak je rumah harga bawah RM100,000. Dan bukan tak boleh buat untung ya. Cuma, bergantung jugak kat objektif korang macam mana.

Kalau korang usaha cari, pasti akan jumpa punya. Tak percaya? Buat dulu, baru tau.

15 COMMENTS

  1. Tok,

    Memandangkan tok cerita tentang rumah murah, saya dapati di mudah.my , ada agent2 yang main harga, maksudnya, mereka letak harga rumah murah luar biasa, saya tak mahu cakap agency mana, tapi rasanya tok tahu-tahu sendiri lah, mungkin tok boleh cerita sedikit di artikel lain, tentang agency2 yang “tidak bertanggungjawab” ini, mungkin boleh ulas “permainan” mereka. Takut ada orang tertipu nak beli rumah murah dan dapat untung, tapi tgk2 tertipu.

    • assalam syafiq rahim,

      Boleh share kn agency mne tu.. sebab sekarang tengah survey rumah harga murah esp below market n macam mna nk identify yang mereka ni menipu/main harga? tq (amira.musly@gmail.com)

    • sangat setuju tuan. Saya nak jual rumah saya, saya letak rm350k, ada ejen lain yg letak harga kurang 40k di mudah.my sampai ada potential buyer tanya blik saya harga yg mana satu betul ni..👿👿👿

  2. Salam Tok,
    Memang banyak rumah yg masih murah di area Selangor, bawah 100k.
    Tp kebanyakkannya Low cost apartment dan terikat dengan syarat pembelian Low cost.
    Jadi, masih ada kekangan di situ utk pembelian rumah murah.

    Sebagai penyelesaian bagi org2 yg menghadapi masalah sebegini, kami terpaksa memilih utk membeli apartmnt low cost yg dilelong (yg mana syarat low cost nya terbatal) ataupun membeli apartment2 murah di luar Selangor (KL terutamanya).

    Tiada alasan utk tidak membeli rumah.
    Jika mahu, seribu daya.

    Sekadar pendapat.
    Thanks Tok 🙂

  3. cuma saya nak maklumkan, kalau benar itu medium cost, bukan low cost tak apa la..
    kerajaan selangor sekarang ini hanya membenarkan mereka yg berpendaptan selayaknya untuk membeli rumah low cost yg mana harga jualan dia mgkn 100K++. contoh dulu rumah low cost adik saya bernilai 40K++ sekarang selling price 120K. sy cuba untuk beli, tetapi tak boleh…sbb x layak kalau ikut tangga gaji.. 🙁

    so, semua yg low cost flat bwh 100K, tak bole le beli utk investment…

    • betul.. mmg payah sekarang.. gaji kena kurang rm5000 seisi rumah bagi yang berkahwin.. lebih sah2 out dah kecuali lelong kot.. harga pun tinggi dah.. tak ramai nak jual murah skg even flat.

  4. maintenance pun kena byr Tok..harga mcm di atas biasa flat yg walk up tingkat atas sekali (Tgkt 5)..nak sewa dalam RM550-RM650 tu susah..kalau GF atau 1st Floor tu mgkin boleh dpt kadar sewa tu..

    • Saya rasa lebih kurang sama juga la dengan cara yang ditunjuk dalam artikel.

      1) Pergi mana2 website yang ada jual rumah – contohnya Mudah.my
      2) Filter mengikut kawasan – contohnya kawasan2 yang berdekatan Melaka Tengah
      3) Tengok hasil carian kt Mudah.my – dapatkan harga2 rumah kat situ.
      4) Dah dapat harga rumah kawasan Melaka Tengah yang berkenan, boleh mula kira anggaran monthly instalment
      5) Pergi baliik ke Mudah.my – periksa berapa pulak kadar sewa bulanan untuk kawasan perumahan yang kita dah pilih kat step 4
      6) Congak pulak berapa perbezaan antara kadar sewa dan kadar bayaran bulanan loan kalau kita jadi beli rumah tu.

      Kalau kadar sewa > monthly installment, dia akan jd positive cashflow.

      Kalau monthly installment > kadar sewa, dia akan jadi negative cashflow.

      Mudah aje kan.

  5. macamane nak tau lain2 bayaran yg akan kena caj semasa beli rumah? total up semua dulu utk masukkan dalam kos harga rumah kan?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here