Cara nak set dan capai matlamat simpanan anda dengan mudah.

Cara nak set dan capai matlamat simpanan anda dengan mudah.

4033
0
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Bila ada matlamat simpanan yang jelas, secara tak langsung kita akan mula menyimpan duit secara serius.

Lain pula cerita kalau setakat simpan dalam bank tanpa sebarang matlamat. Potensi duit itu nak cepat lesap amatlah tinggi. Tapi tak apa, kita boleh tangani masalah ni dengan ilmu yang betul.

Bagi yang baru nak mula menyimpan, baca perkongsian tip daripada Miriam Caldwell ini tentang cara uruskan dan capai matlamat simpanan dengan mudah.

Nota tambahan: Mungkin korang ada beberapa matlamat yang nak dicapai dalam satu masa, atau sekadar nak capai satu matlamat saja. Tak payah risau ya. Semua orang boleh gunakan tip ini.

5 langkah mencapai matlamat simpanan yang tak ramai orang tahu.

Tok tak nafikan. Perkara ini pasti akan menelan masa, dan ia bergantung kat kebolehan kita buat setiap langkah-langkah yang Tok kongsikan kat bawah ini.

Langkah #1: Apa tujuan utama anda simpan duit?

Sebelum apa-apa, wajib kita kenal pasti dulu apa tujuan utama kita menyimpan duit.

Adakah untuk:

i) bayar duit downpayment rumah idaman korang?

ii) tanggung percutian impian korang ke negara orang selama beberapa bulan?

iii) kumpul duit pendahuluan sebab nak beli Honda Civic?

iv) sediakan duit persaraan yang cukup untuk hari tua nanti?

v) atau, simpan duit sebagai persediaan menghadapi sebarang malapetaka (emergency fund)?

Bila kita dah ada jawapan untuk soalan ini, teruskan dengan mengenal pasti berapa banyak jumlah simpanan yang kita nak capai.

Tok bagi contoh:

  • Matlamat: Nak simpan untuk bayar duit deposit rumah.
  • Matlamat simpanan: RM45,000.

Dah tetapkan jumlah simpanan yang korang nak capai? Jom baca langkah seterusnya.

Langkah #2: Mula merangka garis waktu (timeline) untuk capai matlamat anda.

Ada sesetengah timeline yang hanya makan jangka waktu yang pendek. Contohnya, katakan korang pelan nak bercuti ke Eropah pada tahun depan.

Bermakna, kita dah tahu yang simpanan perlu dibuat dalam tempoh masa 1 tahun. Selama tempoh ini, kita kena usaha menyimpan.

Kalau tak, akan ada potensi yang percutian ini menjadi sekadar mimpi indah saja.

Sama juga kalau korang pelan nak sediakan duit downpayment rumah.

Sebagai contoh, korang tetapkan matlamat ini dapat dicapai dalam jangka masa 2 tahun. Jadi, kita kena fokus mengumpul duit yang cukup dalam tempoh masa ini.

Dan ada juga matlamat yang gunakan garis masa yang agak panjang.

Contohnya, korang boleh tetapkan matlamat untuk mencapai simpanan sebanyak RM100,000 untuk duit persaraan, sebelum berumur 30 tahun.

Garis waktu ini membantu kita buatkan matlamat kita lebih jelas. Bila dah jelas, senang kita nak capai dalam tempoh masa yang kita dah tetapkan.

Langkah #3: Berapa banyak nak simpan setiap bulan?

Dalam usaha nak mencapai matlamat simpanan yang kita dah tetapkan, kita juga perlu tentukan berapa banyak yang perlu kita simpan setiap bulan.

Kita boleh tentukan perkara ini dengan ambil matlamat simpanan, dan bahagikan dengan 12 bulan (untuk tempoh 1 tahun. Kalau matlamat kita memakan masa 2 tahun, bahagikan dengan 24 bulan, dan seterusnya).

Tok sediakan contoh supaya kita lebih mudah faham:

  • Matlamat: Nak pergi bercuti ke Eropah selama 2 minggu pada bulan Mei tahun depan.
  • Matlamat simpanan: RM10,000.
  • Cara kira: RM10,000 / 12 bulan = RM833.33 sebulan.

Bermakna, kita kena simpan RM833.33 sebulan selama 12 bulan. Berikan sepenuh komitmen dalam menyimpan jumlah ini setiap bulan.

Langkah #4: Periksa balik bajet anda.

Sebelum mulakan simpanan, periksa dulu sama ada kita ada bajet yang cukup untuk buat perkara ini atau tak.

Kalau bajet bulanan tak cukup, mungkin kita boleh panjangkan sikit garis masa yang kita tetapkan itu.

Yang penting, pastikan tempoh ini realistik untuk kita capai, Tak logik pula nak kumpul simpanan RM1 juta dalam masa 1 tahun kan? (sebenarnya boleh je kita buat).

Kalau bajet sedia ada tak cukup, cari jalan untuk tambah pendapatan sampingan. Lagi banyak kita boleh simpan, lagi cepat boleh mencapai matlamat kita

Boleh buat simpanan secara automatik. Dapat saja gaji, sebahagian gaji akan terus masuk ke dalam akaun simpanan. Lebih mudah dan efisyen berbanding asingkan duit secara manual.

Ini bagus untuk kita buat sebab ia boleh elakkan kita terbelanja duit tu kat benda lain.

Langkah #5: Buat akaun simpanan khas.

Untuk setiap matlamat yang kita dah tetapkan, buat satu akaun bank khas untuk setiap satu. Duit yang kita dapat tiap bulan, masukkan dalam akaun ni.

Jumlah akaun bergantung kat berapa banyak matlamat yang kita dah tetapkan.

Dan ingat ya. Paksa diri kita menyimpan, kalau tak nak matlamat kita tu jadi sekadar angan-angan. Kalau terlepas masukkan jumlah sebulan, cari jalan untuk gantikan pada bulan depan.

Kalau nak buat simpanan jangka masa panjang (lebih 5 tahun), boleh juga melabur dalam Unit Trust. Kalau tak nak buat ni, cari simpanan tetap (fixed deposit) yang bagi kadar faedah yang tinggi.

At least, duit tu boleh berkembang.

Dengan simpanan, kita boleh kembangkan potensi untuk buat duit lebih banyak. Macam-macam pelaburan yang korang boleh buat nanti.

Cuma pesan Tok, check dulu sama ada korang boleh bagi komitmen kat pelaburan itu atau tak. Takut nanti masa terbuang dan buat rugi duit melebur je. Nak cari kemain payah.

Selamat menyimpan dengan selamat ya. Tok harap, korang dapat menyimpan dengan baik lepas dah baca perkongsian ni.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY