Home Tip pelaburan hartanah Cara power tetapkan kadar sewa apartmen anda

Cara power tetapkan kadar sewa apartmen anda

2746
2
Sumber gambar - luxplast.bg
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Ada sebab ramai pelabur hartanah suka beli rumah jenis apartmen sebagai rumah pelaburan.

Salah satu sebab yang ketara, rumah jenis ni ada banyak permintaan. Lebih-lebih lagi yang dekat dengan kawasan bandar.

Tapi, ada satu benda yang korang kena jaga – kadar sewa.

Tok tau, korang mesti nak untung. Cuma, korang tak boleh main letak je kadar sewa ikut suka hati.

Nah, hari ni Tok nak kongsikan ilmu power tentukan kadar sewa rumah korang tu. Jemput hadam.

“Berapa kadar sewa yang patut aku letak?” – Ameen

Katakan, korang target nak beli sebiji rumah harga RM350,000. Setiap bulan, korang kena bayar ansuran RM1,750 dekat bank.

Kalau fikir secara logik, korang patut letak kadar sewa yang lebih tinggi daripada RM1,750 tu, betul?

Tapi, korang kena fikir jugak. Korang ada kos lain yang wajib ditanggung. Contohnya, seperti kos penyelenggaraan (maintenance cost) rumah sewa tu.

Tok bagi contoh. Katakan, kos tahunan untuk selenggara rumah tu dalam RM3,000 setahun. Untuk memudahkan kiraan, kos ini termasuk sekali dengan yuran pelepasan (sinking fund).

Bermakna:

  • RM3,000 / 12 bulan (1 tahun) =
  • RM250 sebulan

Ansuran bulanan, campur kos selenggara. Lepas tu, apa lagi?

Ini ditambah pulak dengan kadar pulangan yang korang nak dapatkan. Korang boleh kira jumlah ni daripada ansuran bulanan yang korang kena bayar dekat bank tadi.

Katakan, korang nak dapatkan 10% pulangan keuntungan. Jadi, cara kiraan adalah seperti kat bawah ni:

  • RM1,750 X 10% = s
  • RM175

Selepas dapat semua nombor ni, tambah semua dan korang boleh tetapkan kadar sewa daripada situ:

  • RM1,750 (ansuran bulanan) + RM250 (kos penyelenggaraan) + RM175 (10% pulangan keuntungan) =
  • RM2,175

Jadi, korang boleh sewakan rumah tu pada kadar RM2,175. Senang, kan?

KLIK SINI UNTUK BACA: Nak beli rumah pelaburan, tapi tak tahu yang mana satu? 

Tentukan kadar sewa rumah dengan kaji kawasan

Nak lagi mantap? Ini ada lagi satu cara supaya korang boleh tentukan kadar sewa yang berpatutan dekat sesebuah kawasan.

Okay, kita ambil contoh kawasan Damansara. Lebih spesifik, Kota Damansara. Untuk kes ni, Tok ambil contoh apartmen Opal Damansara untuk mudahkan pemahaman korang.

Mula-mula, korang boleh kaji dulu berapa purata kadar sewa rumah yang ada dekat kawasan tu.

Kalau kita kaji dekat mudah.my, kadar sewa yang dikenakan adalah sekitar RM2,100 sehingga RM2,200 untuk apartment berkeluasan 1,140 kaki persegi. Korang boleh rujuk gambar dekat bawah ni:

Daripada sini, korang boleh tahu anggaran kadar sewa dekat sesebuah kawasan tu. Jadi lepas dah beli rumah nanti, korang dah boleh tetapkan kadar sewa yang sepatutnya.

Terpulang kat korang nak letak kadar sewa yang lebih rendah atau lebih tinggi. Semua ni, bergantung kat matlamat yang korang nak capai.

Korang jugak boleh gabung tip ini dengan tip pertama yang Tok kongsikan tadi. Lagi padu gitu.

KLIK SINI UNTUK BACA: Tak pernah beli rumah? Hati-hati dengan 6 kos ekstra ini.

“Apa lagi yang boleh saya buat, Tok?”

Nak lagi? Fuh, betul-betul nak belajar korang ni.

Ada satu lagi cara yang korang boleh buat. Cara ni tak famous sangat sebab agak renyah. Tapi tak salah kalau korang jenis rajin mencuba.

Cara yang Tok maksudkan, adalah dengan buat iklan dummy.

Langkah pertama, korang boleh letakkan iklan rumah sewa korang dekat mudah.my atau iBilik. Sediakan semua informasi lengkap bagi memudahkan prospek untuk hubungi korang.

Pastikan jugak nombor telefon korang berlainan dekat setiap iklan dummy yang korang buat tu. Kalau tak, kantoi bodoh je nanti.

“Ingat, kita nak buat iklan dummy. Bukan nak tunjuk kita yang dummy.” – Tok Penghulu

Untuk setiap iklan yang korang buat tu, letak kadar sewa yang berlainan. Contohnya:

  • Iklan #1: RM2,000
  • Iklan #2: RM2,300
  • Iklan #3: RM2,150

Iklan yang dapat banyak call, itu la kadar sewa yang banyak permintaan.

Tempoh buat iklan dummy ni, bergantung dekat berapa banyak database yang korang nak dapatkan. Lebih lama, lebih banyak database prospek yang korang boleh dapatkan.

Nota : Selain untuk kaji kadar sewa, korang jugak boleh gunakan cara ni untuk kaji permintaan (demand) sesebuah kawasan.
KLIK SINI UNTUK BACA: Rumah sewa gagal jana aliran tunai positif? Guna 4 strategi ini. 

Tak salah nak kejar untung. Cuma, pastikan ikut data

Sambil tu, Tok nak ingatkan selagi sempat. Korang jangan pulak berpandukan untuk dapatkan untung semata-mata.

Ambil contoh macam Abang Ensem. Dia pernah turunkan kadar sewa sebab penyewa tak pernah buat perangai. Bak kata dia, ehsan sesama insan tu yang penting.

Tapi Tok tahu, tu ayat coverline je. Padahal, nak ambil hati penyewa yang terdiri daripada golongan gegadis. Eh!

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here