“Senang gila!” – 5 cara mudah cari rumah below market value

Ramai yang setuju dengan kata-kata Tok ni :

“Bukan kerja senang nak cari rumah below market value”

Tapi yang pasti, bukan semua orang fikir macam ni. Dengan ilmu yang betul, korang boleh tahu kat mana nak cari rumah ni dengan mudah.

Sebab apa? Takde satu perkara pun yang mustahil. Kita kena belajar dan berusaha saja. Setuju tak?

Buat korang yang tengah mencari, hadamkan perkongsian simple Tok pada pagi ni.

Tip #1 : Rumah ‘busuk’ jadi lubuk below market value?

Biasa la. Rumah busuk dan buruk. Siapa yang ada selera nak beli, kan? Nak pandang pun tak lalu.

Tapi, elakkan diri pandang rendah kat rumah macam ni.

Kalau rumah tu tergolong dalam kategori ‘barai’ (jahanam, rosak sana sini), dah tentu semua ini boleh jadi modal untuk korang kurangkan harga jualan.

Contohnya, ada orang nak jual rumah kondisi macam ni pada harga RM150,000. Tak mustahil korang boleh minta kurang harga sehingga 10 hingga 15% (atau lebih).

Dan yang penting untuk korang kenal pasti adalah kos repair rumah tu. Pastikan kos ni berbaloi dan tak makan banyak duit korang.

Tip ni, mungkin tak boleh kurangkan harga rumah sangat. Tapi boleh korang gunakan untuk raih keuntungan secara maksima.

Tip #2 : Banyak berkawan dengan ejen hartanah, banker, dan valuer

Yang ni paling senang untuk korang buat. Banyakkan networking korang dalam industri hartanah. Mula buat kawan dengan ejen hartanah (yang sah).

Kenapa kena ejen yang sah? Sebab sekarang ni zaman scammer. Ramai jugak yang mengaku ejen bertauliah, padahal tak bertauliah langsung.

Senang je nak cari mereka ni. Korang boleh rajinkan diri buat site visit untuk tengok rumah, atau datang ke mana-mana event berkaitan hartanah. Mesti ramai yang ada kat situ.

Korang boleh bagitau yang korang tengah mencari hartanah kat sesebuah kawasan, pada harga sekian-sekian. Bagitau sekali bajet dan harga maksimum yang korang mampu bayar.

Ejen hartanah ni, banyak listing (senarai) hartanah yang nak dijual. Korang dah boleh nampak, kan? Jimatkan masa korang dan gunakan kepakaran mereka.

Tip #3 : Cari penjual yang terdesak

Ada banyak faktor yang jadi sebab orang nak jual rumah cepat-cepat.

Kadang-kadang, ada pasangan suami isteri yang dah bercerai. Sebab tu mereka nak lupuskan rumah yang dibeli dulu cepat-cepat.

Ada juga yang ahli keluarga sakit. Takde medical card, tapi rumah banyak. Jadi rumah tu mereka nak jual sebab nak bayar bil hospital

P/S : Tok galakkan ambil medical card kalau nak elakkan masalah ni berlaku kat korang.

Kes kat atas ni boleh kira sebagai kes yang normal. Ramai yang buat macam tu.

Ada juga kemungkinan tuan rumah rugi melabur dalam saham. Tambah pula sekarang ni, Ringgit Malaysia kembali merundum secara mendadak.

Kalau dah terdesak, tak untung banyak pun mereka tak kisah. Janji dapat jual dan liquidate (cairkan) hartanah yang ada untuk dapatkan tunai.

Tip #4 : Kaji 3 harga rumah dalam satu lokasi

Ini cara senang dan paling laju korang boleh buat. Bila korang dah buat tip ni, korang boleh gabungkan sekali dengan tip #3 tadi.

Korang boleh gunakan laman web seperti iProperty, PropertyGuru, Mudah.my, PropWall, dan lain-lain yang ada.

Kaji perbezaan harga rumah, keluasan rumah (land area dan built-in area), dan lain-lain untuk dapatkan maklumat kawasan rumah yang korang nak beli tu.

Kalau rata-rata rumah kat lokasi pilihan korang tu dalam lingkungan RM275,000 hingga RM300,000, dan ada pulak satu rumah yang berharga RM260,000, kita boleh anggap rumah tu ‘murah’ berbanding dengan yang lain.

Besar kemungkinan, korang dah pun jumpa satu unit below market value.

Tip #5 : Gunakan brickz.my

Yang ni pula adalah pilihan (options) yang berbayar. Tapi berbaloi untuk korang yang sentiasa bernafsu nak cari rumah below market value.

Dan semua data terkini yang ada kat dalam brickz.my ni, berasal daripada JPPH. Jadi, korang tak payah risau sebab semua data transaksi ni legit (sah).

Dengan brickz.my, korang boleh dapatkan semua transaksi yang berlaku kat sesebuah kawasan yang korang berminat nak beli.

Dan semua data ni akan membantu korang buat perbandingan harga jualan, dan merangka pelan tindakan yang power.

Bila semua maklumat ni ada dalam tangan, korang lebih yakin dan senang berunding dengan ejen hartanah dan penjual.

Siapa cakap dah susah nak cari rumah below market value? Korang kena belajar cara yang berkesan je pun. Bukan terikut-ikut cakap orang ramai.

Penting ada ilmu sebelum korang mulakan langkah membeli sesebuah rumah. Jadi, jangan berhenti mencari dan sentiasa belajar dengan semua orang.

Perkongsian ini bermanfaat? Jemput SHARE kat kawan-kawan korang yang tengah mencari rumah murah tu.

4K Shares

8 thoughts on ““Senang gila!” – 5 cara mudah cari rumah below market value

  1. apa yang diperkatakan admin adalah benar. Memang apa yang diberikan sangat2 berguna untuk anda2 semua yang masih belum lagi mempunyai hartanah diluar sana yang harganya tidak masuk akal.

Leave a Reply