Macam mana bilionair ini kekalkan kekayaan bernilai lebih USD44 bilion?

Macam mana bilionair ini kekalkan kekayaan bernilai lebih USD44 bilion?

3121
1
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Siapa yang tak punya impian jadi kaya-raya?

Semua orang pasti ada terselit niat ni di hati. Tentu banyak perkara yang kita boleh buat bila ada banyak duit.

Tapi, tak semua orang kaya suka membeli simbol kekayaan.

Kita sentiasa ada pilihan (options). Tak semestinya ada banyak duit, “wajib” memperagakan diri dengan simbol-simbol mewah seperti berbaju atau berkereta lambang kuda.

Banyak yang kita boleh belajar tentang kewangan daripada perkongsian Tuan Aqif Azizan ini. Semoga ia bermanfaat dan bantu kekalkan kekayaan korang.

Kaya-raya, tapi tetap hidup macam orang biasa?

Nilai kekayaan bilionair dan hidup sebagai orang yang biasa bukan satu pendekatan yang mudah dalam hidup manusia.

Sehingga hari ini, dorongan emosi kita terhadap kekayaan berkait rapat dengan simbol-simbol material seperti:

  • Rumah mewah,
  • kereta besar,
  • mempunyai jet peribadi, atau lain-lain simbol kemewahan yang ada.

Membeli perkakas seperti di atas tidak salah. Ia adalah hak peribadi.

Apa yang ingin ditekankan di sini adalah nilai kekayaan langsung tidak berkait rapat dengan simbol-simbol di atas.

Warren Buffett adalah salah seorang mentor dan idola sejak tahun 2007. Terima kasih kepada ayah kerana memperkenalkan beliau menerusi perkongsian prinsip-prinsip pengurusan kewangannya.

Tony Robbins berkata:

“Apabila kita mengikuti jejak langkah orang yang berjaya, kita tidak pilihan lain selain daripada berjaya seperti mereka.”

Memilih Warren Buffet sebagai mentor kekayaan dan kehidupan, dapat membawa kita ke jalan yang hampir sama sepertinya.

Walaupun nilai kekayaan beliau dianggarkan melebihi USD44 bilion, namun gaya hidupnya kekal simpel dan tidak bermewah-mewah.

Nak satu fakta yang best? Beliau masih lagi duduk di apartment yang dibeli pada 55 tahun yang lalu.

Apakah prinsip kewangan dan kehidupan yang ditelan sedalam-dalamnya oleh beliau?

#1: Cari hero yang betul

Hero, mentor, guru, cikgu, dan semua yang seangkatan dengannya.

Warren Buffett mengakui jalan hidupnya berubah menjadi lebih peka terhadap dunia kewangan dan pelaburan apabila memiliki hero.

Beliau buat apa yang hero itu buat, beliau dengar apa yang hero itu cakap.

Dengan kata lain, apa yang hero itu buat, semuanya ditiru oleh si bilionair ini.

Jawapan yang dapat diserap di sini adalah, kejayaan dalam hidup dapat dilihat selepas kita memiliki hero.

Pilih hero yang kita mahu tiru, yang kita mahu meletakkan komitmen untuk menjadi seperti mereka.

#2: “Duit gua, gua punya suka”

45% rakyat Amerika Syarikat tidak mempunyai perancangan kewangan yang jelas. 5% pula tidak tahu bagaimana untuk menggunakan wang mereka.

Situasi seperti ini membuatkan majoriti masyarakat terjerumus dalam lembah hutang dan kemiskinan yang dahsyat.

Warren Buffett adalah individu yang dikenali sebagai manusia yang membuat keputusan perbelanjaannya sendiri.

Beliau tidak kisah apa yang orang kata. Jika beliau mahu beli saham XYZ, tetapi orang lain cadangkan saham ABC, saham XYZ tetap menjadi pilihannya.

Apa yang penting, kita mempunyai ilmu dan kita tahu tujuan duit itu dikeluarkan.

#3: Kaji dan terus mengkaji

Warren Buffett menghabiskan masa selama 18 jam setiap hari bagi memastikan setiap saluran pelaburannya memberikan keuntungan yang maksimum.

Beliau melakukan kajian, penilitian dan pelbagai lagi. Prinsipnya ini jelas mempunyai mesej yang bermakna.

Sebelum melabur, membeli atau mengeluarkan duit dari poket, kaji terlebih dahulu dari pelbagai aspek.

Jika mahu membeli telefon bimbit baru, kenal pasti keperluan terlebih dahulu.

Adakah kita beli kerana mahu ikut trend? Adakah kita beli kerana mahu rasa cool bersama kawan-kawan? Adakah kita beli kerana kita benar-benar perlukan fungsi dan aplikasi yang terdapat dalam telefon itu?

#4: Cari ilmu untuk kurangkan risiko

“Risk comes from not knowing what you are doing.” – Warren Buffett

Sebelum melabur, sebelum merancang wang, utamakan ilmu terlebih dahulu.

Dengan ilmu yang betul, RM10 boleh bertukar menjadi RM1,000,000 dengan mudah dan berkesan.

Orang yang jahil ilmunya, pasti takut dengan risiko. Kerana mereka tidak tahu apa yang sedang dilakukan.

Situasi ini banyak berlaku dalam masyarakat hari ini. Melabur ke dalam item-item yang dirinya sendiri tidak tahu tentang item itu.

#5: Biar lambat. Asalkan selamat

Bilionair kacak ini sentiasa fokus untuk membina aset pelaburan jangka masa panjang.

Malah dalam buku Business Guru, beliau sentiasa menganggap pelaburan jangka masa panjang adalah item pelaburan yang terbaik.

Konsep pelaburan beliau dipermudahkan dengan teori the snowball effects. Penting untuk kita mencari gunung tinggi yang mempunyai salji. Mulakan dengan sekecil-kecil bola salji.

Kemudian bola salji itu akan terus membesar sepanjang perjalanannya turun dari gunung itu.

Korang serius nak berjaya? Mulakan langkah pertama dengan amalkan 5 tip ni.

Warren Buffett dah gunakan tip ni selama bertahun-tahun. Dan beliau masih kekal dalam senarai top 5 paling kaya di dunia.

Korang buat, korang sendiri dapat tuai dan rasai hasilnya.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY