Home Tip simpan duit untuk melabur 1 Cara berkesan simpan duit. Walaupun nafsu belanja kuat mengalahkan harimau buas.

1 Cara berkesan simpan duit. Walaupun nafsu belanja kuat mengalahkan harimau buas.

10499
1
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Letih juga kalau Tok asyik cerita pasal hartanah dalam blog ini.

Penulisan Tok kali ini tidak menyentuh tentang pelaburan hartanah. Tetapi lebih kepada aspek kewangan.

Buat pengetahuan anda, Tok selalu terima e-mel daripada pembaca-pembaca blog Tok.

Boleh Tok katakan, 9/10 daripada mereka mengalami masalah duit. Khususnya tidak tahu cara menguruskan duit.

1 Jalan penyelesaian untuk simpan duit (walaupun nafsu belanja kuat).

Tok ada 1 jalan penyelesaian yang mungkin boleh bantu para pembaca.

Lebih-lebih lagi kalau anda hadapi masalah seperti ini:

  1. Pendapatan tidak selalu melebihi perbelanjaan bulanan.
  2. Bila dapat duit bonus, nafsu selalu terkejut. Semua barang rasa penting untuk dibeli.
  3. Susah rasa mahu kawal nafsu untuk beli sesuatu. Biasanya nafsu melebihi akal atau rasional.

Jalan penyelesaian ini Tok dapat daripada seorang penulis namanya Karen Bruce. Ia bukan jalan penyelesaian yang “dijamin” jadi. Tetapi sekurang-kurangnya Tok mahu lihat anda semua guna teknik ini.

Teknik penjara poket 30 hari.

Karen Bruce gelarkan teknik ini sebagai “Peraturan 30 Hari.”

Tok pula lebih selesa gunakan ayat “Penjara Poket 30 Hari.”

Maksudnya, apa sahaja yang kita mahu beli (lebih-lebih kalau barang mahal), jangan beli cukup. Cakap pada diri sendiri bahawa perlu tunggu 30 hari lagi untuk buat keputusan.

Tok rasa lagi senang kalau bagi contoh.

  1. Tok baru dapat duit lebih (ekstra RM10,000) bonus sebab Tok merupakan pekerja cemerlang yang bos tidak sanggup lepaskan Tok untuk bekerja di tempat lain (Tok sengaja bagi hype. Baru gempak).
  2. Tok pun pergi ke kedai barang elektronik. Nampak pula televisyen teknologi baru LED saiz 80 inci. Harga RM8,000.
  3. Kalau ikutkan nafsu Tok, beli televisyen ini masih dapat lagi baki RM2,000.
  4. Tetapi Tok akan cakap pada diri sendiri, “Aku perlu bagi masa pada diri aku 30 hari, baru aku boleh buat keputusan yang rasional.”
  5. Selepas 30 hari, biasanya Tok akan terlupa pada televisyen itu. Dalam masa sama, sepanjang tempoh 30 hari itu, Tok akan cari jalan untuk simpan duit supaya duit Tok nampak macam tidak cukup.

Adakah pembaca Tok pernah alami situasi seperti di atas?

Kalau ikuti kisah ringkas Tok di atas, tingkah laku pembelian itu adalah tingkah laku yang normal berlaku pada majoriti manusia.

Ia adalah tingkah laku “impulse”, iaitu tingkah laku yang tidak rasional. Kita tidak berfikir semasa buat keputusan.

Kita hanya berfikir selepas dapat barang. Biasanya, ia berakhir dengan penyesalan.

Tok harap anda semua dapat manfaat daripada perkongsian tip kewangan ringkas ini. Akhir sekali, Tok mahu kongsi 1 pesanan daripada kawan Tok yang memang seorang usahawan hebaat,

“Kalau engkau tidak pandai uruskan RM1, jangan mimpi engkau boleh uruskan RM1 juta.”

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here