PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Nak beli rumah under construction, tapi tak tahu macam mana?

Waktu tengah buyer’s market ni la, kita henjut beli cukup-cukup.

Sekarang ni, banyak pilihan yang ada dalam pasaran. Boleh kata, pembeli boleh pening kepala nak pilih yang mana satu.

Bagi yang berupaya (dari segi kewangan), ini memang waktu untuk korang shopping sakan.

Dan untuk korang yang tengah buat kira-kira tu, jemput hadamkan perkongsian Tok ini untuk refresh balik langkah-langkah beli rumah under construction.

Yang baru nak beli rumah pertama pun boleh join sekaki. Senang korang nak beli rumah bila dah ada ilmu macam ni.

Step #1 : Bayar booking bila dah pilih mana yang berkenan

Duit booking ni, umpama macam “duit pengeras awal” yang buktikan kepada developer korang serius nak beli.

Dan setiap developer mungkin akan letakkan kadar yang berbeza. Ada yang sekadar RM500 je, dan ada jugak cecah sehingga RM5,000.

Yang ni, Tok nak korang kaji poket sendiri dulu sama ada mampu tanggung atau tak. Tak semua orang ada kemampuan yang sama.

Korang jangan risau. Duit ni, developer akan tolak daripada jumlah keseluruhan loan rumah yang korang pinjam kat bank. Korang tak bayar buta-buta macam tu je.

Katakan, rumah tu harga RM280,000. Korang pulak berjaya dapatkan MOF (margin pembiayaan) 90%. Loan yang bakal korang dapat adalah RM252,000.

Dan jumlah tadi tu, tolak dengan booking fee yang korang bayar tadi. Katakan, booking fee yang korang kena bayar adalah sebanyak RM1,000 :

  • RM252,000 – RM1,000 =
  • RM251,000

Ini jumlah keseluruhan loan baru yang korang kena servis, sehingga tamat tempoh pembiayaan.

Sebelum anda beli mana-mana rumah under construction…

Sebelum korang tandatangan Letter Offer untuk loan rumah, elakkan bayar duit booking tu.

Ini apa yang Tok belajar daripada perkongsian Tuan Salkukhairi Abd Sukor. Hampir 90% pembeli takkan dapat balik duit booking yang dah dibayar.

Kalau seringgit dua, mungkin tak kisah sangat. Tapi kalau main ribu-ribu, berpeluh jugak. Bukan mudah nak tengok duit banyak tu, burn macam tu je.

Cara paling selamat untuk korang buat, adalah kaji dulu kemampuan korang untuk dapatkan pinjaman daripada bank.

Bila dah tau loan korang confirm lulus, baru letak duit booking laju-laju. Selagi tak, sila buat bagi confirm dulu.

Step #2 : Apa anda perlu tahu tentang loan rumah?

Yang paling utama, korang wajib sediakan :

  • Salinan kad pengenalan,
  • Slip gaji untuk tempoh 3 bulan (ada juga bank yang minta sehingga 6 bulan),
  • Bank statement, dan
  • Penyata KWSP terkini.

Kalau dah berkahwin, korang kena buat double copy untuk semua yang Tok sebutkan tadi. Dan kalau single, satu salinan.

Loan pulak, korang ada banyak pilihan.

Untuk yang kerja dalam sektor kerajaan, korang boleh apply loan kerajaan untuk beli rumah. Selain daripada ini, ada juga loan konvensional dan Islamik.

Dan semua loan ni, korang boleh apply daripada bank yang ada dalam Malaysia. Sebelum buat keputusan nak pilih yang mana satu, kaji dulu baik-baik pilihan yang ada.

Pastikan korang mampu bayar ansuran bulanan tanpa sebarang masalah.

Bagi yang pertama kali nak beli rumah, Tok cadangkan korang guna khidmat ejen hartanah berdaftar kalau nak selamat.

Jaga-jaga, jangan bagi CCRIS rabak

Untuk dapatkan loan, memang tak senang.

Benda ni bergantung banyak dekat prestasi kredit peribadi korang. Kalau CCRIS rabak sangat, memang susah loan rumah bank nak kasi lepas.

Ada banyak je kes orang apply loan ambil masa yang agak lama (1 hingga 2 bulan, atau lebih) untuk dapatkan kelulusan bank.

Setiap bank pulak, berikan peratus faedah dan cara pembayaran yang berbeza. Jadi. tawaran memang takkan sama. Dan ada banyak pro and cons jugak.

Korang boleh cari loan mana yang paling tinggi supaya pembayaran deposit dan kos guaman dapat dikurangkan, sambil nikmati kadar faedah yang rendah.

Lepas bank dah bagi offer pinjaman tu, korang ada masa sebulan je untuk buat pertimbangan. Kalau terlambat, korang kena la buat permohonan baru daripada awal.

Kalau korang senyap je tanpa bagi sebarang respon kepada bank, secara automatik, bank akan batalkan tawaran tadi.

Step #3 : Bab Sales & Purchase Agreement dan guaman

Bila dah selesai pilih bank mana yang korang nak buat loan, bank tu akan sediakan S&P (Sales and Purchase Agreement) untuk korang tandatangan.

Proses ini akan mula melibatkan peguam. Bab ni pula, korang boleh cari sendiri atau gunakan khidmat lawyer bank.

Urusan ni, kena ada 2 peguam yang berbeza untuk mewakili antara penjual (developer) dan pembeli.

Lepas dah siap dokumen S&P tu nanti, orang bank akan call korang untuk datang dan tandatangan surat perjanjian.

Dan sila bersedia masa ni. Korang akan go through setiap helaian muka surat S&P tu sampai tangan korang terasa kebas. Paling kurang, ada dalam 100 helai jugak tu. Baca betul-betul.

Lepas tu, mereka (pihak bank) akan buat salinan dan duti setem yang disediakan oleh peguam jugak.

Korang akan terima kunjungan daripada peguam belah pemaju lepas dah selesai tandatangan dokumen dengan bank tadi.

Ada yang pemaju cover, ada yang tak?

Peguam bank akan uruskan bahagian pinjaman perjanjian jual beli rumah, dan peguam belah developer pulak akan uruskan hal-hal berkaitan rumah yang korang beli tu.

Urusan agreement ni pulak, tetap perlukan duit korang.

Untuk bayar kos peguam pemaju, takde la mahal sangat. Stamping, salinan agreement tu mungkin akan makan dalam RM200 hingga RM300.

Yang ni, korang kena bayar cash. Tapi tanya dulu dengan pemaju sebab ada yang cover kos ni.

Tapi untuk peguam belah bank, kos yang korang kena tanggung agak mahal. Boleh cecah harga RM3,000 hingga RM4,000. So, sediakan duit ni awal-awal.

Step #4 : Siap sedia untuk bayar progressive payment

Kalau secara biasa, kita akan mula bayar loan rumah tu dari mula rumah tu dibina mengikut fasa yang dah siap. Setiap fasa ni pulak, kita yang kena tanggung bayar interest.

Bermakna, kerja pasang tiling, naik tiang, letak bumbung, pasang tingkap, masuk api air, sampai la siap sepenuhnya – semua ni kita yang tanggung.

Bayangkan. Bila projek siap 10%, waktu ni korang dah kena mula bayar loan. Tapi bukan secara penuh. Mungkin dalam RM200 hingga RM300 je.

Tapi kena ingat. Itu baru permulaan.

Setiap kali rumah tu siap mengikut peratus, bayaran bulanan ni akan meningkat. Sampai la rumah tu siap sepenuhnya, baru korang akan mula bayar secara full.

Contohnya, kalau rumah korang harga RM250,000, jumlah bayaran permulaan mungkin sekitar RM450 atau RM600 (bawah RM1,000 sebulan, bergantung kat harga rumah).

Tapi setiap kali projek siap setiap fasa pembinaan, bayaran ni akan meningkat setiap bulan  antara RM50 hingga RM100, sampai la rumah korang siap sepenuhnya.

Waktu tu, mungkin korang kena bayar RM1,000 lebih sebulan dan kekal sampai sampai 3 tahun (mengikut perjanjian bank), dan akan bertambah mengikut interest.

Step #5 : Ready dah nak pindah ke rumah baru anda?

Lepas rumah dah siap, korang hanya perlu tunggu developer keluarkan VP (serah kunci) dan korang dah boleh mula pindah masuk ke rumah tu.

Sambil tengah happy tu, periksa setiap sudut dalam rumah tu dan pastikan takde apa-apa yang rosak atau cacat cela. Korang boleh claim balik dengan pemaju untuk sebarang kerosakan yang ada.

Apa lagi, kasi hias rumah baru korang tu cantik-cantik!

Ramai yang takut beli rumah sebab tak tau apa langkah-langkah yang terlibat. Tapi korang tak perlu risau pun. Banyak ilmu yang korang boleh hadam kat dalam blog Tok ni.

Bab yang paling penting, sediakan dulu kewangan korang supaya tak kantoi bayar loan rumah. Susah korang kalau benda ni jadi.

Semoga apa yang Tok kongsi ni dapat bantu korang untuk beli rumah dengan lancar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. Salam, Tok.

    Saya nak tanya..kiranya kalau nak beli rumah undercons ni kena bayar tak 10% masa nak sign SPA dan downpayment?

    Terima kasihh