3 strategi “power” buat untung 3 kali ganda dengan pelaburan hartanah

3 strategi “power” buat untung 3 kali ganda dengan pelaburan hartanah

4344
4
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Tak semua hartanah boleh buat untung. Kalau boleh, dah tentu semua orang yang beli rumah dah kaya-raya sekarang.

Ada je kes yang beli dengan harga mahal, tapi terpaksa jual balik dengan harga lebih rendah.

Kalau nak jana untung besar dalam pelaburan hartanah, kena rajin buat kajian dan segala kerja-kerja yang perlu.

Bunyi macam banyak kerja, kan?

Sebenarnya, tak pun. Jom baca perkongsian nukilan Tuan Najib Mohamed ini. Paling best, semua orang boleh buat strategi ini.

Labur dalam hartanah, pasti bergelar jutawan?

“Pelaburan hartanah tak menjanjikan korang bergelar jutawan. Pelaburan hartanah hanya memastikan korang menjadi jutawan.”

Ramai yang mengeluh bila timbulnya perbualan mengenai pelaburan hartanah. Perlu modal besar, tak pandai, takde masa untuk uruskan dan macam-macam lagi 1,001 alasan.

Tertarik dengan tulisan Abang Ensem dari siri pos #MutiaraHartanah.

Penjelasan yang diberi mudah nak hadam, dan saya sarankan korang yang menganggap pelaburan hartanah susah untuk follow beliau rapat-rapat.

Ikuti perkongsian Abang Ensem tip-tip yang paling sesuai untuk pelabur newbie.

Buat untung 3 kali ganda dengan amalkan 3 kriteria ini

1) Ramai yang takut untuk melabur dalam hartanah. Aku juga tak terkecuali sewaktu awal-awal berkecimpung dulu.

2) Takut hartanah yang dibeli terbengkalai akhirnya. Khuatir rumah yang dibeli tak mampu dapatkan penyewa. Risau duit yang dilabur, lebur begitu sahaja. Ini merupakan sindrom pelabur newbie yang biasa.

3) Setelah beberapa ketika, setelah beberapa hartanah dibeli, setelah beberapa penyewa bertukar ganti, aku jadi semakin yakin untuk teruskan langkah dalam bidang ini.

Hanya 3 kriteria yang perlu aku ‘tagih’ dalam setiap pembelian.

4) Kriteria pertama, hartanah subsale WAJIB dibeli pada harga bawah nilai pasaran (below market value). In shaa Allah dalam kondisi ekonomi terkini, ia mudah untuk ditemui.

5) Kriteria berikutnya, mampu memberikan positive cashflow hasil dari sewaannya, memandangkan matlamat pelaburan aku nak dapatkan passive income semata-mata.

Ini adalah motto azimat yang aku amal:

“Beli hanya sekali, pendapatannya berkali-kali.”

6) Dan peratusan pulangan pembeliannya (ROI) sewajarnya melebihi angka 8% merupakan kriteria terakhir pemilihanku.

Kalau tak mampu capai angka ni, sekurang-kurangnya pembangunan infra & komuniti di sekitarnya mampu menghadirkan angka  tu dalam tempoh masa kurang dari 4 tahun.

7) Sentiasa ingat ini. Korang mesti beli hartanah yang:

  • Bawah harga pasaran (below market value),
  • Hartanah itu mampu jana positive cashflow,
  • Jana pulangan pelaburan yang baik.

Ada ke lagi rumah yang bawah harga pasaran?

Masih ada ke hartanah yang mampu dimiliki sekarang? Kat mana? Kena la cari. Kalau cakap je, sampai bila pun takkan jumpa.

Hartanah yang bawah nilai pasaran takkan datang bergolek.

Tapi, macam mana nak cari?

Berkawanlah dengan perunding hartanah. Mereka sentiasa di dalam pasaran hartanah. Kalau korang betul-betul bersedia untuk membeli, mereka akan membantu.

Sekarang ialah buyer’s market, bukan seller’s market. Ramai penjual daripada pembeli yang mampu. Bermakna, kebarangkalian untuk dapatkan hartanah pada bawah harga pasaran adalah tinggi.

Sepertimana yang korang dah tahu, pasaran kapitalis berfungsi atas dasar penawaran dan permintaan (supply and demand).

Permintaan yang banyak akan meningkatkan harga. Pemintaan yang berkurang akan menurunkan harga.

Kongsikan artikel ini dengan sahabat korang, supaya mereka tak takut lagi untuk mula melabur. Nanti boleh la melabur secara berjemaah pula.

Kita sentiasa ada peluang dapatkan pulangan yang baik bila melabur dengan ilmu.

Bila takde ilmu, itu yang jadi masalah. Korang bagaikan meraba-raba dalam gelap.

Kalau tersalah raba, tak ke naya korang? Sila tambah ilmu dari masa ke semasa ya.

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY