Home Analisa Kawasan Boleh ke buat duit dengan hartanah di Salak Tinggi, Sepang?

Boleh ke buat duit dengan hartanah di Salak Tinggi, Sepang?

1965
0
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Pelabur hartanah yang power akan terus-menerus cari kawasan yang senang jana untung berganda.

Tapi bukan senang nak dapat benda ni. Bab due diligence, memang kena berhempas-pulas sikit sebab banyak benda yang korang kena kaji.

Dan kewujudan Tok dekat sini adalah untuk mudahkan kerja korang tu. Suka tak?

Tak mustahil untuk dapatkan pulangan yang cun. Janji korang beli rumah pelaburan dekat kawasan yang betul.

Tengah jenguk-jenguk nak melabur dekat Salak Tinggi, Sepang? Jemput baca analisa kawasan yang Tok buat ni.

Apa potensi pelaburan yang ada dekat sini?

Semakin ramai pelabur dan pemaju yang mula bagi tumpuan di kawasan Selatan Klang Valley ni. Dan soalan utama yang pasti ramai orang tanya adalah:

“Kenapa?”

Untuk jawab soalan ni, Tok selitkan sekali maklumat yang Tok baca dalam laman web Propcafe.net.

Apa yang Tok perhatikan setakat ini, kawasan ni akan ‘letup’ dalam masa 5 hingga 15 tahun akan datang.

Dan Tok bukan cakap kosong ya. Apa yang Tok cakap ni berdasarkan pelan pembangunan MRT, High Speed Rail (HSR), dan juga Airport City (KLIA Aeropolis).

Satu lagi. Salak Tinggi sangat dekat dengan Bandar Salak Tinggi, lokasi jiran yang dianggap sebagai bandar utama Sepang.

Daripada kemudahan, infrastruktur, industri perniagaan (SME), dan juga pelbagai agensi kerajaan, semua ada.

Kalau korang dah pernah sampai ke sini, memang tak susah nak tengok macam-macam pembangunan yang sedang berjalan.

Bawah ni, Tok simpulkan sekali 5 sebab kenapa korang wajib ambil kira dulu sebelum melabur dekat kawasan ni:

#1: Kawasan Selatan Klang Valley yang semakin pesat membangun

Ramai pemaju tertumpu untuk bangunkan kawasan ini sebab tanah kawasan ni masih agak murah dan berpatutan.

Sekarang ni, dah ada lebih kurang 200,000 populasi di mukim Sepang dan Dengkil. 35% daripada jumlah ini berumur 20 hingga 35 tahun. Dan jumlah ini semakin meningkat.

Seperti yang korang sedia maklum, peningkatan populasi berpunca daripada perkembangan aktiviti ekonomi seperti:

• Kemunculan peluang pekerjaan,
• Kemudahan (amenities), dan
• Peningkatan gaya hidup.

Kat sini je, korang dah boleh nampak jelas potensi dan peluang pelaburan yang ada.

Pembangunan KLIA Aeropolis dekat tanah seluas 404.7 hektar juga akan jadi salah satu punca peningkatan capital appreciation yang baik.

Dah la dekat kalau korang nak ke mana-mana kawasan jiran seperti Dengkil, Nilai, Putrajaya, Cyberjaya, Bangi, dan KLIA Aeropolis yang akan datang. Semua ni dalam radius 5 hingga 15 KM.

Transformasi bandar ni pada masa akan datang dijangka akan menarik minat mereka yang mahu upgrade rumah sedia ada, dan juga pembeli rumah pertama.

#2: Akses mudah ke mana-mana yang anda suka

Kalau korang naik kereta, mereka yang menetap di Salak Tinggi boleh sampai ke Kuala Lumpur ikut MEX (Maju Express Highway).

Kalau malas sangat nak ikut MEX, korang boleh je guna ELITE Highway dengan akses jalan baru (B29), North-South Highway via B32, KLIA Expressway via B32, dan Jalan Kajang-Dengkil via B48.

Kalau korang malas nak drive, ada je stesyen ERL dekat Salak Tinggi. Korang boleh sampai KL dalam masa 25 hingga 30 minit untuk sekali trip.

Nak ke KLIA pun, dah tak payah bazirkan minyak kereta korang dah. Ambil masa 5 minit je kalau guna ERL.

Sambungan (transit) yang ada melalui laluan ERL kepada LRT, Monorail, MRT, dan juga HSR (High Speed Rail) pada masa depan, dan tentu akan mudahkan lagi perjalanan korang.

Apa lebuhraya yang korang boleh ikut untuk sampai cepat ke Salak Tinggi ni?

• Daripada Nilai = Via B48 (4.4KM, 5 minit perjalanan),
• Daripada Bangi = Via Jalan Kajang-Dengkil @ B48 (14KM, 17 minit perjalanan),
• Daripada KLIA = Via B182 – B32 – B48 (20KM, 21 minit perjalanan),
• Daripada Kajang = Via Jalan Kajang-Dengkil via B48 (13.2KM, 19 minit perjalanan),
• Daripada Putrajaya = Via B29 – B48 (14.5KM, 17 minit perjalanan),
• Daripada Cyberjaya = Via B29 – B48 (20KM, 23 minit perjalanan),
• Daripada Kuala Lumpur = MEX (38.2KM, 34 minit perjalanan).

#3: Macam-macam kemudahan yang ada

Sebab dekat sangat dengan kawasan kejiranan, memang banyak kemudahan yang ada dalam kawasan Salak Tinggi ni.

Tok sediakan senarai kemudahan yang ada dalam bentuk poin untuk mudahkan pembacaan dan pemahaman korang:

A) Tempat perniagaan / Pusat membeli-belah

• Uptown Salak Tinggi (jarak 6.8KM, 10 minit perjalanan)
• Tesco Nilai (8.4KM, 10 minit perjalanan)
• Giant Nilai (8.8KM, 11 minit perjalanan)
• 9 Avenue (8.8KM, 11 minit perjalanan)
• KIP Mart & Home Mart (11.5KM, 12 minit perjalanan)
• Courts Nilai (12KM, 14 minit perjalanan)
• Nilai Square (12.1KM, 15 minit perjalanan)
• KL International Outlet (13KM, 13 minit perjalanan)
• Mitsui Premium Outlet (14.3KM, 23 minit perjalanan)
• Gateway @ KLIA2 (18.4KM, 18 minit perjalanan)

B) Tempat riadah

• Taman Tasik Teratai (4.6KM, 5 minit perjalanan)
• Nilai Springs Golf & Country Club (10.2KM, 12 minit perjalanan)

C) Pendidikan (Tadika)

• Smart Reader KIds Kindergarden (2.2KM, 6 minit perjalanan)

D) Sekolah Rendah

• Sekolah Rendah KLIA (1.9KM, 3 minit perjalanan)
• S.K. Taman Seroja (2.7KM, 5 minit perjalanan)
• Sekolah Rendah Agama Bandar Baru Salak Tinggi (6KM, 8 minit perjalanan)
• S.K. Bandar Baru Salak Tinggi (6.5KM, 10 minit perjalanan)
• SRJK (Tamil) Bandar Baru Salak Tinggi (6.8KM, 9 minit perjalanan)
• Nilai International School (9.6KM, 11 minit perjalanan)
• SRJK (Cina) Ladang Bukit Kledek (10.1KM, 12 minit perjalanan)

E) Sekolah Menengah

• SMK Bandar Baru Salak Tinggi (3.9KM, 7 minit perjalanan)
• Sekolah Menengah Agama Bandar Baru Salak Tinggi (6KM, 8 minit)
• SMK Seri Sepang (6.9KM, 11 minit perjalanan)
• Nilai International School (9.6KM, 11 minit perjalanan)

F) Institut pengajian tinggi

• East College of Technology (0.5KM, 1 minit perjalanan)
• UniKL MIAT (2.4KM, 3 minit perjalanan)
• Inti Nilai International University (7.9KM, 10 minit perjalanan)
• Nilai University (10.4KM, 13 minit perjalanan)
• Manipal International University (10.8KM, 14 minit perjalanan)
• Universiti Sains Islam Malaysia (14KM, 17 minit perjalanan)
• Xiamen Univversity (12KM, 12 minit perjalanan)

G) Hospital

• Nilai Medical Centre (9.4KM, 11 minit perjalanan)
• Hospital Putrajaya (22.6KM, 27 minit perjalanan)
• National Cancer Institute (23.1KM, 29 minit perjalanan)

Nota: Ini ada satu projek menarik yang Tok nak korang check it out. Klik sini sekarang.

Macam mana? Rasa tergerak nak melabur dekat kawasan ni?

Memang banyak potensi pelaburan berdasarkan pelbagai indikator yang ada dekat atas tadi. Kawasan tu pulak memang tengah pesat dibangunkan.

Tapi korang jangan pulak main tangkap muat je dan telan cakap Tok 100%. Buat dulu kajian sendiri sebelum membeli.

Ini untuk pastikan korang takde masalah besar di kemudian hari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here