Home Tips cari rumah sewa 5 tip berunding dengan tuan rumah untuk sewa yang lebih murah

5 tip berunding dengan tuan rumah untuk sewa yang lebih murah

1811
0
SHARE
Sumber gambar: www.noobpreneur.com
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Tak kisah la korang baru mencari rumah ataupun nak renew kontrak sewa, proses rundingan adalah satu perkara yang penting.

Kekuatan rundingan korang bergantung kepada permintaan semasa dan nilai korang sendiri sebagai seorang penyewa.

Macam mana nak jalankan rundingan yang buatkan tuan rumah tak kisah turunkan kadar sewa?

Jom baca perkongsian yang Tok baca kat PropertyGuru ni.

Mudah-mudahan, sewa korang dapat banyak diskaun. Duit lebihan tu, boleh buat kumpul untuk beli rumah pada masa depan. Hehe.

#1: Bersemuka dengan pemilik rumah

Berunding secara in-person adalah cara terbaik untuk hasil yang paling ohsem dan positif, kalau nak dibandingkan dengan perbualan telefon atau pertukaran emel.

Cuba untuk jumpa sendiri dengan tuan rumah dan tunjukkan betapa ohsemnya diri korang sebagai penyewa.

Bila dah jumpa tu, cuba mulakan perbualan secara mesra dan sopan Jangan pula terus terjah minta kurangkan sewa rumah.

Boleh je mulakan dengan cakap yang korang suka rumah tu dan puji sikit yang rumah tu cantik.

Dari situ, korang cakaplah yang korang jumpa rumah sewa yang lagi murah dan kalau boleh korang tak nak pindah dan tinggal di rumah yang sama tu.

Ingat, kunci utamanya adalah rundingan yang sopan dan mesra bukannya meminta-minta atau bergaduh.

#2: Sentiasa bersifat realistik

Permintaan realistik sangat penting dalam proses rundingan. Buat research dulu pasal kadar sewa untuk hartanah yang sama dalam kawasan yang berdekatan.

Jangan la nanti bila berunding korang bagi jumlah yang tak masuk akal pulak. Cuba cari jumlah yang berpatutan yang korang rasa sesuai.

Boleh jugak buat macam ni kalau korang ada banyak tunai. Buat bayaran advance untuk beberapa bulan untuk tukaran kadar sewa yang lebih rendah.

#3: Kekalkan imej yang baik

Tunjukkan kepada tuan rumah korang, yang selain berbudi bahasa dan elok rupa, korang juga seorang penyewa yang boleh diharap.

Ingatkan tuan rumah yang korang selalu bayar sewa tepat pada masanya, jaga rumah kemas dan bersih, baik dengan jiran dan sebagainya.

Selalunya kalau lengkap semua ciri ni, tak ada masalah untuk korang berunding untuk dapatlan sewa yang lebih rendah.

#4: Tunjukkan yang rumah tu perlukan pembaikan

Cara lain yang korang boleh guna adalah untuk menerangkan kepada tuan rumah sebarang kerosakan yang ada pada rumah tersebut.

Korang jugak boleh offer diri untuk gantikan atau repair kerosakan tu sendiri untuk kadar sewa yang lebih rendah.

Dalam rundingan macam ni, jangan pulak korang ambik kesempatan dan mintak kurangkan lebih-lebih. Fikir secara rasional jumlah yang berpatutan.

#5: Teruskan mencari

Dah guna semua taktik yang disarankan? Tapi masih tak boleh nak dapat kadar sewa yang rendah?

Jangan bimbang dan berputus asa, cuba cari rumah yang lain dan buat rundingan, In Shaa Allah dengan ketabahan yang tinggi, Tok yakin korang akan jumpa.

Ingat, rundingan yang baik bergantung dengan pengetahuan korang dalam pasaran rumah sewa dan juga korang punya skil dalam rundingan.

Harga sewa memang boleh minta kurang. Janji korang buat apa yang perlu dibuat.

Dalam apa-apa perkara pun, kalau korang minta atau cakap elok-elok dengan pihak ke-2, tak mustahil mereka tak kisah nak bantu kita.

Cuma, itulah. Tok nampak sikap bersopan-santun ni makin kurang rakyat Malaysia amalkan. Apa nak jadi?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here