Home Tips Kewangan Nak berjimat semasa membeli barang runcit? 7 tip ini memang untuk anda

Nak berjimat semasa membeli barang runcit? 7 tip ini memang untuk anda

4438
0
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Apa yang kita perlu buat sewaktu kewangan tengah jatuh sakit?

Salah satu cara adalah dengan kurangkan kos perbelanjaan barangan runcit. Sebab kebanyakan masa, kita senang terlebih berbelanja kat item-item ini secara sedar atau tak sedar.

Dan tak bermakna, kita terpaksa makan makanan yang tak berkualiti dan tak sihat. Boleh je beli makanan yang baik walaupun bajet kita kecil.

Semua ini bergantung kat kepintaran kita dalam berbelanja.

Nak tahu caranya? Jom hadamkan tip yang Tok baca kat blog Mint ni.

Tip #1: Buat senarai sebelum membeli-belah

Mungkin tip ini agak cliché. Tapi berapa ramai yang buat? (Sila jawab dengan jujur).

Dan berapa ramai pula yang berjaya membeli barang tanpa membeli sebarang benda lain?

Korang boleh jimatkan banyak duit dengan membuat pelan perbelanjaan yang baik. Pada masa yang sama, jadikan “tawaran menarik” (barangan yang tengah on sale) sebagai objektif utama korang.

Tujuan ni adalah supaya korang dapat maklumat yang membantu korang kurangkan perbelanjaan. Walaupun beza cuma RM1, impaknya tetap besar kat kewangan kita.

Tulis barang yang korang nak beli tu, dan berusaha sehabis boleh untuk beli barang-barang itu saja.

Nak lagi ekstrim? Tetapkan bajet tu cukup-cukup. Yang ni confirm korang tak terlebih berbelanja.

Tip #2: Gunakan kupon bila perlu

Kupon boleh selamatkan banyak duit kita kalau gunakan dengan cara yang betul.

Elak gunakan kupon kalau nak beli barang yang kita tak perlu, atau atas sebab “semata-mata nak gunakan kupon.”

Ramai yang kantoi kat sini. Bila dapat kupon je, nak terus guna.

Baik lagi simpan kupon tu untuk kita gunakan masa sesak nanti (tapi tengok dulu sama ada kupon tu ada tarikh luput atau tak).

Tip #3: Berbaloi ke terus beli banyak?

Tip ni ada kaitan dengan tip #1 tadi.

Bila dah dapat harga barang yang nak dibeli, periksa juga kalau barang itu ada tak dijual secara pukal.

Contohnya, macam tisu. Rugi kalau beli sekotak saja.

Lagipun, barang-barang seperti ini lebih murah kalau kita beli dalam kuantiti besar. Tak salah buat stok sebab barang macam ni tahan lama.

Tip #4: Tak salah pakai yang tak berjenama

Ramai yang jadi mangsa radiasi iklan, hingga mereka menganggap barang yang ada jenama berkualiti tinggi.

“Kalau takde jenama, tak payah dibeli. Buat rugi duit je nanti.”

Tanggapan ini tak benar sama sekali. Dah berapa kali terbukti yang barang tak ada jenama juga boleh buat kerja yang sama (tapi lebih murah berbanding dengan yang ada jenama).

Tak bermakna produk tu takde sticker cantik, tak bagus. Label produk tak membuktikan apa-apa. Jenama generic seperti TESCO atau GIANT tak patut dipandang ringan.

Bayangkan. Berapa banyak yang korang boleh jimatkan kalau bertukar gunakan barang yang takde jenama?

Tip #5: Makan dulu sebelum membeli-belah

Ini tip yang bagus untuk semua orang amalkan.

Kajian ada buktikan. Kalau darah kita rendah kandungan gula, kita ada potensi untuk berbelanja 70% lebih daripada biasa bila perut kita lapar.

Dah la bocor kat sini, ditambah pula dengan harga makanan yang kadang-kadang melampau mahalnya kat shopping complex tu.

Lagipun, alang-alang dah keluar. Apa salah beli makanan yang sedap sikit?

Kalau duit tengah banyak, boleh dimaafkan lagi. Tengah sesak pun masih nak buat perangai macam ni, memang ke laut la kewangan korang.

Tip #6: Cari resipi yang murah

Yang ni, ada banyak je kat Google. Korang boleh cari dan gunakan yang mana berkenan.

Tok tak nafikan. Makan itu perlu. Tapi tak semestinya takde makanan yang boleh isu perut sampai kenyang, tapi tak rabakkan poket korang.

Dan biasanya, makanan yang simpel ini lebih sihat dan mudah untuk kita buat. Dah la tak mahal. Berbaloi-baloi.

Tip #7: Peti sejuk sebagai teman baik anda

Boleh kata, peti sejuk kat rumah korang tu dapat membantu usaha menjimatkan duit.

Makanan lebih yang tak habis, korang boleh masukkan dalam peti sejuk supaya ia tahan lebih lama.

Bila nak makan, panaskan balik. Kat sini, korang dah boleh jimatkan duit. Tak payah nak beli makanan lain selagi makanan dalam peti sejuk tu tak habis.

In shaa Allah, tip ni dapat bantu korang jimatkan duit semasa membeli-belah nanti.

Tok doakan, usaha korang dipermudahkan semasa berdepan dengan masalah ini. Takde siapa suka kalau ada masalah tentang duit.

Korang tak usah risau. Pengalaman ini akan membantu korang untuk terus bijak menguruskan duit dengan baik pada masa akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here