PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Bergabung satu keluarga, dan jana untung lebih RM270,000 lepas 10 tahun. Nak tahu caranya?

Kan bagus kalau boleh buat pelaburan yang melibatkan seluruh ahli keluarga?

Mungkin ramai yang belum tahu yang ini boleh dibuat. Sambil buat untung satu famili, korang boleh bagi pendedahan awal kat anak-anak tentang kepentingan melabur.

Yang paling best, strategi ni boleh kita aplikasi kat ASB Financing.

Korang hanya perlu bayar  je setiap bulan (selama 10 tahun), dan makan hasil. Biar compounding buat magic untuk korang.

Nak tahu? Jom baca perkongsian Tuan Redzwan Khairudin yang ohsem ni sekarang.

Mungkin ini “ilmu gayung” yang ramai tak tahu

Amaran: Fahami konsep dan sediakan kalkulator. Kalau masih belum faham konsep asas dividen ASB, boleh scroll Fesbuk otai-otai yang berlambak dalam medium FB, dan galilah ilmunya dulu.

Basically, dividen tu ialah hasil yang akan diterima setiap kali Pengumuman Dividen oleh Pihak PNB melalui subsidiarinya, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

1) Tuangkan air ke dalam satu gayung yang berada pada level paling atas, dalam suatu arca maha besar susunan gayung-gayung 10 tingkat (dari yang paling atas sehingga ke bawah).

2) Tuangkan air sehingga gayung yang paling atas itu penuh dengan air, dan mula melewati bibir gayung.

3) Gayung pertama itu tadi hilangan keseimbangan, lalu menuang terus secara automatik keseluruhan isi kandungan (air) kepada gayung yang ke-2.

4) Gayung kedua berada dibawah akan dipenuhi terus dengan hasil penuangan air dari gayung pertama. Lantas, mengalami peristiwa penuangan air yang sama seperti tadi sehingga ke Gayung yang ke-10.

5) Gayung 1 sehingga 10 itu ialah Sijil Pembiayaan ASB setiap satu darinya.

6) Air yang dituang kedalam Gayung 1 tadi ialah komitmen bulanan yang perlu korang bayar kat bank setiap bulan pada setiap tahun untuk sijil pembiayaan ASB. Maknanya, korang hanya perlu fokus membayar guna duit poket sendiri untuk sijil Pembiayaan yang pertama itu je.

7) Manakala, air yang tumpah dari Gayung 1 kepada Gayung 2 dan proses yang sama.

Dan mekanisme yang serupa berlarutan sehingga ke Gayung 10, melambangkan hasil Dividen setiap tahun akan digunakan untuk melangsaikan komitmen setahun terus untuk sijil Pembiayaan ASB yang kedua, dan seterusnya.

Baca sampai habis dulu. Lepas tu, baru fikir nak buat atau tak

Mula-mula, buat dulu gabungan antara suami dan isteri. Gunakan ASB 1 dan 2. Boleh buat macam ni:

  • Tahun 1 (Gayung 1) = Buat Sijil RM200,000 @ 30 Tahun Tenure @ Buku ASB 1 @ milik Isteri berumur 35 dan ke bawah. Teruskan bayar RM1,098 setiap bulan (selama 10 tahun).
  • Tahun 2 (Gayung 2) = Buat Sijil RM200,000 @ 30 Tahun Tenure @ Buku ASB 1 @ milik Suami berumur 35 dan ke bawah. Sijil yang ni, korang bayar guna dividen daripada gayung 1 tadi. Buat setiap tahun.
  • Tahun 3 (Gayung 3) = Buat Sijil RM200,000 @ 30 Tahun Tenure @ Buku ASB 2 @ milik Isteri berumur 35 dan ke bawah Sama juga dengan sijil pertama tadi, bayar komitmen tahunan (RM13,200) guna dividen gayung 2.
  • Tahun 4 (Gayung 4) = Buat Sijil RM200,000 @ 30 Tahun Tenure @ Buku ASB 2 @ milik Suami berumur 35 dan ke bawah. Bayar komitmen tahunan (RM13,200) guna dividen dari gayung ke-3).

Mula kembangkan strategi proksi ini guna ASB Akaun 1

  • Tahun 5 (Gayung 5) = Buat Sijil RM200,000 @ 30 Tahun Tenure @ Buku ASB 1 @ milik ahli keluarga belah suami (yang berumur 35 ke bawah). Bayar komitmen tahunan (RM13,200) guna dividen dari gayung ke-4.
  • Tahun 6 (Gayung 6) = Buat Sijil RM200,000 @ 30 Tahun Tenure @ Buku ASB 1 @ milik ahli keluarga belah isteri berumur 35 ke bawah. Bayar komitmen tahunan (RM13,200) guna dividen dari gayung 5.
  • Tahun 7 (Gayung 7) = Buat Sijil RM200,000 @ 30 Tahun Tenure @ Buku ASB 1 @ milik ahli keluarga belah suami berumur 35 ke bawah. Bayar komitmen tahunan (RM13,200) guna dividen dari gayung 6.
  • Tahun 8 (Gayung 8) = Buat Sijil RM200,000 @ 30 Tahun Tenure @ Buku ASB 1 @ milik ahli keluarga belah isteri berumur 35 ke bawah. Bayar komitmen tahunan (RM13,200) guna dividen dari gayung 7.
  • Tahun 9 (Gayung 9) = Buat Sijil RM200,000 @ 30 Tahun Tenure @ Buku ASB 1 @ milik anak yg berumur 18 Tahun ke atas. Bayar komitmen tahunan (RM13,200) guna dividen dari gayung 8.
  • Tahun 10 (Gayung 10) = Buat Sijil RM200,000 @ 30 Tahun Tenure @ Buku ASB 1 @ milik anak yg berumur 18 Tahun ke atas. Bayar komitmen tahunan (RM13,200) guna dividen dari gayung 9.

Maka, lepas 10 tahun nanti (dengan syarat, korang terus bayar RM1,098 setiap bulan ASB Gayung 1 tu), berapa hasil yang bakal korang dapat?

Dah tahu strategi, mesti nak tahu hasilnya berapa pula. Kan?

Jom tengok kira-kira bawah ni.

Gayung #1:

  • Baki Dividen Terkumpul selama 9 tahun + Dividen Tahun 10 = RM32,500,
  • Surrender Value [Bulan ke-120] = RM36,400,
  • TOTAL = RM68,900.

Gayung #2:

  • Baki Dividen Terkumpul selama 8 tahun + Dividen Tahun 10 = RM29,900,
  • Surrender Value [Bulan ke-108] = RM31,900,
  • TOTAL = RM61,800.

Gayung #3:

  • Baki Dividen Terkumpul selama 7 tahun + Dividen Tahun 10 = RM23,086,
  • Surrender Value [Bulan ke-96] = RM27,500,
  • TOTAL = RM50,586.

Gayung #4:

  • Baki Dividen Terkumpul selama 6 tahun + Dividen Tahun 10 = RM21,500,
  • Surrender Value [Bulan ke-84] = RM23,400,
  • TOTAL = RM44,900.

Gayung #5:

  • Baki Dividen Terkumpul selama 5 tahun + Dividen Tahun 10 = RM23,100,
  • Surrender Value [Bulan ke-72] = RM19,600,
  • TOTAL = RM42,700.

Gayung #6:

  • Baki Dividen Terkumpul selama 4 tahun + Dividen Tahun 10 = RM21,130,
  • Surrender Value [Bulan ke-60] = RM15,900,
  • TOTAL = RM37,030.

Gayung #7:

  • Baki Dividen Terkumpul selama 3 tahun + Dividen Tahun 10 = RM19,300,
  • Surrender Value [Bulan ke-48] = RM12,400,
  • TOTAL = RM31,700.

Gayung #8:

  • Baki Dividen Terkumpul selama 2 tahun + Dividen Tahun 10 = RM17,600,
  • Surrender Value [Bulan ke-36] = RM9,000,
  • TOTAL = RM26,600.

Gayung #9:

  • Baki Dividen Terkumpul selama 1 tahun + Dividen Tahun 10 = RM15,800,
  • Surrender Value [Bulan ke-24] = RM5,900,
  • TOTAL = RM21,700.

Gayung #10:

  • Dividen Tahun 10 = RM14,500,
  • Surrender Value [Bulan ke-12] = RM2,900,
  • TOTAL = RM17,400.

Analisa kewangan untuk strategi ini

1) TOTAL CASH IN HAND SELEPAS 10 TAHUN:

= RM403,000.

2) MODAL YANG KELUAR SELEPAS 10 TAHUN:
= RM1,098 x 120 Bulan
= RM132,000.

3) KEUNTUNGAN SELEPAS 10 TAHUN:
= RM403k – RM132k
= RM271,000.

4) R.O.I [10 Tahun]:
= 205.3%.

5) R.O.I [1 Tahun]:
= 20.53%.

Apa yang anda patut tahu sebelum buat strategi ini

Bergabung satu keluarga, dan jana untung lebih RM270,000 lepas 10 tahun. Nak tahu caranya?

a) Pengumuman dividen untuk buku ASB 2 adalah pada 31 Mac setiap tahun.

Maka dividen yang diterima adalah pada bulan April setiap tahun. Pengolahan cerita dilakukan seolah-olah dividen ASB 2 dapat sama waktunya seperti Dividen buku ASB 1.

b) Ilustrasi kewangan ini menggunakan proksi (wakil) ahli keluarga yang terdekat sahaja, demi kelangsungan untuk pihak bank meluluskan sijil pembiayaan ASB Financing.

c) Kadar special profit rate 5.0% korang akan dapat untuk penceritaan diatas. Walau bagaimanapun, saya menceritakan kesemuanya pada kadar standard profit rate 5.2%.

d) Kadar hasil dividen yang diterima setiap tahun adalah sama @ 7.25% saja.

Jika berlaku kenaikan dividen, maka segala perkiraan keuntungan dan total wang dalam tangan (cash in hand) akan menjadi lebih banyak, dan sebaliknya.

Sekadar berkongsi cara untuk memaksimakan pulangan dalam bermain ASB Financing, bagi suatu tempoh masa yang tertentu.

Sekarang, takde masalah lagi nak buat pelaburan bersama seisi keluarga yang tersayang.

Sebelum buat strategi ni, pastikan korang dah pelan distribution keuntungan yang dah dipersetujui. Nanti ada pulak kes yang tak puas hati. Elakkan yang ni berlaku ya.

Kita nak kumpul duit sambil sama-sama sambil bergembira. Kan best macam ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *