PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Berbaloi ke untuk anda beli serviced apartment di Klang Selatan?

Ramai yang anggap Klang sebagai kawasan perindustrian dan perlabuhan semata-mata.

Kalau korang perhatikan, tak banyak lagi pembangunan high-rise berkonsep serviced apartment kat kawasan ini. Yang ni, senang-senang je korang boleh kaji dan tengok sendiri.

Tapi, itu semua cerita lama.

Sekarang, Klang dah semakin pesat membangun. Dan apa yang Tok perhati, kawasan ni bakal jadi pilihan pelabur dan juga pembeli yang nak duduk sendiri bersama keluarga.

Jadi, apa korang kena tahu sebelum beli mana-mana serviced apartment kat Klang?

Klang dulu, tak sama macam yang sekarang?

Screen Shot 2017 10 12 at 8.03.59 PM 1

Sumber gambar – Google Map

Pada tahun 2010, populasi penduduk di daerah Bandar Klang mencapai 240,016 (10,445 adalah dalam kawasan pusat bandar).

Populasi secara keseluruhan? Seramai 842,146, dan jumlah yang diurus oleh Majlis Perbandaran Klang adalah seramai 744,062.

Daerah Klang terbahagi kepada dua (2), iaitu North Klang (Klang Utara) dan South Klang (Klang Selatan), yang terbahagi oleh Sungai Klang.

Klang Utara dibahagikan kepada tiga (3) sub-daerah – Kapar, Rantau Panjang, dan juga Meru.

Dulu, Klang Utara menjadi pusat penempatan komersial. Tapi sejak 2008, banyak projek kediaman serta pejabat kerajaan mula dibina dekat kawasan Klang Selatan.

Hospital swasta jugak dah banyak dibangunkan di sini. Yang baru, Columbia Asia Hospital dekat Bandar Bukit Raja.

Bermakna, kawasan Klang Selatan lebih sibuk dan menjadi tumpuan aktiviti sosial dan rekreasi, kalau dibandingkan dengan Klang Utara selepas habis waktu bekerja dan juga pada hujung minggu.

Bandaraya dengan nilai estetik yang tersendiri 

Sumber gambar The Star Online 2

Sumber gambar – The Star Online

Kenapa Tok cakap Klang sekarang, tak sama dah macam yang dulu?

Tadi dah kongsi satu poin – sebab pembangunan yang pesat dekat kawasan ni. Projek perbandaran yang power pun, boleh jadi salah satu sebab Tok cakap macam tu.

Antara perbandaran moden yang menaikkan nama Klang seperti :

  • Bandar Botanic,
  • Bandar Bukit Tinggi,
  • Taman Bayu Perdana,
  • Glenmarie Cove,
  • Kota Bayuemas, dan lain-lain.

Tambahan pulak kat Klang Selatan pulak, dah banyak pusat membeli-belah. Antara contoh yang Tok boleh bagi :

  • AEON Bukit Tinggi,
  • Billion Shopping Centre Port Klang,
  • GM Klang Wholesale Bandar Botanic,
  • Giant Hypermarket Bandar Bukit Tinggi,
  • TESCO Extra Bandar Bukti Tinggi, dan
  • KSL City Mall (akan datang).

Sambungan lebuhraya dan pengangkutan awam yang mantap

Sumber gambar skyscrapercity.com 1

Sumber gambar – skyscrapercity.com

Ada 5 stesen KTM yang berdekatan (yang ikut laluan Batu Caves – Port Klang) :

  • Stesen Padang Jawa,
  • Stesen Bukit Badak,
  • Stesen Klang,
  • Stesen Teluk Pulai,
  • Stesen Teluk Gadong.

Highway pulak, boleh tahan banyak juga. Korang boleh pilih untuk guna :

  • Federal Highway,
  • New Klang Valley Expressway,
  • South Klang Valley Expressway,
  • North Klang Straits Bypass, dan
  • KESAS Highway.

Untuk bab pengangkutan awam pulak, ada perkhidmatan bas RapidKL. Klang Sentral menjadi terminal untuk bas ekspres dan teksi di bahagian Klang Utara.

Nak ke KLIA, punya la senang. Setiap jam dan setiap hari, akan ada bas yang bawak korang ke sana. Korang boleh ambil bas ni dekat AEON Bukit Tinggi.

Klang Third Bridge yang bernilai RM230 juta dijadualkan untuk dibuka pada Mei 2017, yang lengkapkan 2 jambatan sedia ada di bandar, yang hubungkan Klang Utara dan Klang Selatan.

Nah, Tok tambah lauk lagi. Menjelang Ogos 2020 nanti, Klang jugak akan ada perkhidmatan LRT3 bernilai RM 9 bilion. Senang korang nak ke mana-mana.

Nota : Ini peluang korang menangi rumah smart home di Klang secara PERCUMA? Klik sini untuk daftar sekarang!

Tak perlu pergi jauh untuk suasana pantai

Sumber gambar INFO JORAN 1

Sumber gambar – INFO JORAN

Bagi Tok, bunyi deruan ombak pantai adalah satu bunyi yang cukup ‘merdu.’ Hati siapa yang tak tenang, menikmati keindahan ciptaan Tuhan?

Takde la nak cakap terbaik (air laut jernih, boleh nampak batu karang). Tapi korang tak boleh elak fakta yang Klang cukup dekat dengan lokasi tarikan tepi pantai dan pulau.

Korang yang suka makan ikan laut fresh tu, memang ada potensi tinggi untuk melekat tinggal dekat sini.

Antara tempat yang korang boleh kunjungi seperti :

  • Tanjung Harapan – Ini salah satu port makan ikan bakar yang fresh,
  • Pulau Ketam – Boleh rasa feel perkampungan nelayan dan tengok rumah terapung kat sini,
  • Pantai Acheh, Pulau Indah –  Boleh berkelah, memancing, atau buat aktiviti parasailing kat sini,
  • Laguna Park, Pulau Indah – Satu lagi port restoran yang menarik untuk korang cuba.

Dan bila dah dekat dengan kawasan laut ni, dah tentu korang boleh dapatkan makanan laut yang fresh.

Ini memang tujuan utama ramai orang datang ke Klang, untuk nikmati hidangan laut yang lazat. Kalau tak pernah jejak kaki ke Klang untuk makan seafood, tak payah gelarkan diri korang foodies sejati.

Jadi, berbaloi ke beli serviced apartment kat sini?

Mengikut analisa transaksi hartanah oleh The Edge Property, harga purata meningkat 13.3% year-to-year kepada RM209 untuk setiap kaki persegi pada suku ke-3 2014.

Dan daripada pemerhatian permintaan sewa, hasil sewa tahunan adalah setinggi 5.5% hingga 9.8%. Ini sebab sebahagian besar harga modal hartanah kat kawasan ini adalah rendah.

Pada pandangan Tok, ini satu peningkatan yang baik. Tambah lagi dengan projek LRT3 Bandar Utama-Klang yang bakal siap pada tahun 2020.

Klang akan mendapat 9 stesen LRT baru di kawasan berikut :

  • Kawasan 17,
  • Jalan Meru,
  • Klang,
  • Taman Selatan,
  • Sri Andalas,
  • TESCO Bukit Tinggi,
  • AEON Bukit Tinggi,
  • Bandar Botanik, dan
  • Johan Setia.

Bila ini siap nanti, dah tentu pasaran hartanah yang berdekatan akan dapat capital appreciation yang bagus.

P/S : Korang tengah mencari serviced apartment pada harga bawah RM400,000? Klik untuk tahu lebih lanjut. 

Dulu, mungkin ramai orang tak bagi perhatian kat kawasan ni.

Tapi kalau korang buat lagi perangai tu sekarang, korang sendiri yang rugi.

Macam-macam benda best yang dah ada kat sini. Lagipun, harga rumah kat sini masih okay lagi.

Kalau korang nak belajar lebih mendalam tentang hartanah dan takde sebarang plan pada hari Ahad, jemput datang ke property talk ini.

Klik gambar ini dan daftar tempat duduk korang sekarang. PERCUMA, tak perlu bayar apa-apa :

GRAVIT8 764 x 1080 01 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *