Berapa banyak loan rumah fresh graduate boleh pinjam dekat bank?

Rumah pertama. Siapa yang tak nak ada satu?

Tak kira la korang nak sewakan atau buat duduk sendiri, semua orang berkongsi satu impian ni.

Dan Tok gembira sebab semakin ramai graduan muda yang berusaha beli rumah dulu sebelum lain perkara. Ini satu petanda yang sangat baik.

Cuma, banyak kekangan daripada rata-rata bank yang ada sekarang. Polisi pinjaman rumah semakin ketat. Apa yang korang boleh buat?

Tok olah artikel ni berdasarkan perkongsian ilmu dekat Facebook Syurga Hartanah ni. Baru korang tahu berapa yang korang layak pinjam. Bank pulak senang je approve loan korang tu.

Lepas ke apply loan RM500,000 walaupun gaji ciput?

Selain kena sediakan dokumen yang betul, korang jugak wajib ambil tau tentang pengiraan permohonan loan rumah yang terlibat.

Ramai yang suka main apply je kat bank tanpa sediakan diri dengan ilmu.

Bila loan tak lepas, salahkan pegawai bank dan tak malu mengaku yang korang layak dapatkan pinjaman beratus ribu.

Macam mana nak lepas kalau apply loan rumah RM700,000, tapi gaji RM2,800 sebulan?

Salah satu punca ramai orang tak lepas loan rumah adalah mereka apply jumlah yang lebih tinggi, berbanding apa yang mereka mampu tanggung.

Ada je cara yang kita boleh buat untuk elakkan masalah ni, dan buatkan bank approve permohonan loan rumah korang dengan senang.

Teruskan bacaan kalau korang serius nak tau.

“Macam mana nak kira semua tu Tok?”

Tok ambil RM2,800 sebagai gaji standard untuk graduan Ijazah yang baru mula bekerja. Dan korang nak memohon dekat CIMB.

Apa perkara pertama yang patut korang buat?

Mula-mula, kira DSR (Debt Service Ratio) dulu. Dan korang kena tahu berapa DSR yang CIMB tetapkan untuk pinjaman rumah.

Lain bank, lain kadar DSR maksimum yang mereka tetapkan. Korang boleh tengok contoh yang Tok kongsikan kat bawah ni:

  • CIMB
    • Gaji bawah RM3,000 = 60%.
    • Gaji RM3,000 hingga RM7,000 = 75%.
    • Gaji atas RM7,000 = 85%.
  • Maybank
    • Gaji bawah RM3,500 = 40%.
    • Gaji atas RM3,500 = 70%.
  • Affin Bank
    • Gaji bawah RM5,000 = 60%.
    • Gaji atas RM5,000 = 80%.
  • BSN
    • Gaji bawah RM3,000 = 60%.
    • Gaji atas RM3,000 = 75%.

Debt Service Ratio (DSR) ni akan tentukan berapa had maksima jumlah yang korang layak berhutang dengan bank.

Lebih had ni, bermakna permohonan loan rumah korang ada potensi tinggi untuk tak lepas.

So sekarang, korang dah tahu apa sebab ramai orang tak lepas loan, kan? Kalau gaji RM2,800, terus nak beli rumah RM500,000, memang sampai bila-bila bank takkan bagi lepas.

Bank guna gaji bersih atau gaji kasar untuk kira DSR?

Okay, Tok nak sambung cerita tadi. Kita gunakan 75% sebagai DSR maksimum yang CIMB tetapkan.

Ops, kejap. Sebelum tu, korang kena kira dulu berapa gaji bersih korang lepas dah tolak EPF, SOCSO, dan cukai.

Yang ni, bergantung jugak dekat bank mana yang korang apply.

Ada bank rujuk pada gaji bersih, dan ada yang rujuk gaji kasar korang. Tanya dan sahkan dulu dengan bank tentang ini ya.

Tapi yang paling selamat adalah mengira DSR mengikut gaji bersih korang.

Ini dia formula kira untuk tahu gaji bersih korang:

  • Gaji bersih = Gaji kasar – EPF, SOCSO, Cukai.
    • Gaji kasar – (14% X Gaji kasar),
    • RM2,800 – (14% X RM2,800).
    • Gaji bersih = RM2,408.

Bila dah dapat jumlah bersih tu, baru korang buat langkah seterusnya.

Ambil kira segala komitmen yang ada

Komitmen yang korang perlu ambil kira untuk pengiraan DSR termasuk:

  • Loan kereta,
  • ASB,
  • Kad kredit,
  • Personal Loan (PL).

Komitmen lain seperti insuran dan perbelanjaan harian korang, tak payah campur sekali. Yang korang kena kira hanya komitmen yang berkaitan dengan pihak bank je.

Katakan, ini jumlah yang korang kena tanggung setiap bulan:

  • Kereta = RM450.
  • Motosikal = RM200.
  • Total = RM650.

Ini penentu berapa banyak duit bank yang anda layak pinjam

Ni formula untuk kira anggaran kelayakan maksimum korang:

  • Anggaran kelayakan maksimum = [(DSR Maksimum X Gaji Bersih) – Komitmen] X 200

Dan kalau kita kira berdasarkan contoh yang Tok bagi tadi:

  • DSR Maksimum CIMB = 75%.
  • Gaji Bersih = RM2,408.
  • Komitmen = RM650.
  • [(75% X RM2,408) – 650] X 200 =
  • Anggaran kelayakan maksimum = RM231,200.

Maknanya, korang layak beli rumah harga maksimum hingga RM231,200.

Jom kira pulak berapa ansuran bulanan yang korang kena bayar balik kepada bank:

  • RM231,200 / 200 =
  • Ansuran bulanan = RM1,156.

Kalau korang beli rumah dengan harga maksimum tadi, korang kena bayar RM1,156 setiap bulan kepada bank.

Dan ini berdasarkan tempoh maksimum pinjaman selama 35 tahun atau umur 70 (yang mana lebih rendah). Kalau dah lebih umur 45 tahun, had pinjaman korang hanya 25 tahun je.

Nilai 200 dalam formula tadi tu adalah untuk dapatkan anggaran kasar je. Kalau nak kiraan yang lebih tepat, korang kena walk-in ke bank dan jumpa pegawai mereka.

Boleh lagi ke dapat rumah harga RM231,200 pada hari ni?

Boleh je jumpa kalau korang rajin dan tahu nak cari dekat mana. Tapi yang pasti, bukan rumah idaman korang la.

Dan itu bukan main point Tok.

Janji korang mulakan secara kecil dulu daripada tak buat apa-apa. Nanti dah ada modal, boleh main rumah kategori mass market pulak. Hehe.

NOTA: Korang boleh gunakan formula ni mengikut gaji bulanan masing-masing. Selamat bermesra dengan ilmu!

Bila dah tahu berapa yang korang layak pinjam, baru korang akan melangkah ke bank dengan yakin. Bukan susah pun nak bagi loan senang lulus.

SHARE artikel ni ke kawan-kawan atau sedara mara korang yang nak beli rumah tahun ni. Biar bertambah ramai dapat hadamkan ilmu mantap ni.

Atau, korang nak belajar lebih mendalam macam mana nak kasi loan rumah 100% confirm lulus?

Bank confirm approve loan rumah anda kurang 3 minggu. Janji buat semua yang Tok ajar dalam eBook ini

Korang takde pengalaman apply loan? Pembeli pertama kali?

Dari bab dokumen penting yang korang wajib sediakan, hingga ke cara kasi CCRIS dan CTOS cun, ada kat dalam eBook ni.

Klik link bawah ni untuk beli sekarang. Harga bakal naik pada bila-bila masa.

>>> KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK “STRATEGI CONFIRM LULUS LOAN RUMAH” <<<

327 Shares

Leave a Reply