PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

2 kali beli rumah subsale guna loan ‘gomen,’ boleh ke?

Untung betul korang yang bekerja dalam sektor kerajaan.

Loan rumah boleh dapat 100% MOF (korang tak payah bayar deposit satu sen pun), dengan kadar interest yang tetap (tak berubah-ubah), memang syok.

Itu pun, ramai lagi yang abaikan kelebihan bertaraf super-awesome ni.

Ramai kot orang kerja sektor swasta tergila-gilakan kelebihan ni. Kalau korang abaikan, korang la yang rugi.

Buat korang yang serius nak tau, jemput hadamkan perkongsian Tuan Ej Sharlizan ini sekarang.

Dapat kadar faedah 4.00% sampai habis bayar loan rumah?

‘Boleh ke beli rumah subsale 2 kali, guna loan kerajaan?’

Ini jawapan mudah untuk soalan kat atas ni. BOLEH, kalau korang sedia untuk penuhi syarat-syarat tertentu yang dah ditetapkan.

Dah lama saya tau, memang boleh buat loan rumah ke-2 guna loan kerajaan. Cuma, saya tak pasti macam mana nak kira amaun kelayakan untuk pinjaman rumah kali ke-2.

Kebetulan, saya ada peluang untuk singgah di LPPSA selepas selesai urusan di HQ.

Memang menarik. Kalau korang boleh dapatkan kadar interest sebanyak 4% sebanyak 2 kali seumur hidup.

Kalau nak bandingkan dengan yang lain, bank biasa hanya bagi korang kadar faedah sekitar 4.45 hingga ke 5.5%.

Memang tak boleh nak nafi, yang kadar loan kerajaan adalah loan rumah dengan kadar faedah yang paling rendah berbanding yang lain.

Apa syarat-syarat untuk lepas loan rumah ke-2 guna loan kerajaan?

Syarat utama untuk buat pinjaman rumah kerajaan yang ke-2, adalah korang kena langsaikan pinjaman rumah pertama tu dulu. Habis. Khalas. Finish.

Macam mana pulak nak tau berapa banyak yang korang layak pinjam untuk pinjaman ke-2?

1. Semak kelayakan loan mengikut gaji terkini semasa korang nak submit loan.

2. Tolak amaun loan pertama dengan kelayakan loan terkini.

Contoh ini akan mudahkan pemahaman korang :

  • Loan amaun pertama (tak termasuk insuran) =
    • RM200,000,
  • Periksa kelayakan terkini mengikut gaji semasa =
    • RM500,000 (yang ini, rujuk skala gaji pokok dan kelayakan di bawah),
  • Anggaran amaun kelayakan untuk loan rumah ke-2 =
    • RM500,000 – RM200,000 =
    • RM300,000
Screen Shot 2017 05 09 at 11.52.12 AM 1

Sumber gambar – LPPSA

3. Adakah kita boleh ambil bulat-bulat RM300,000 tu?

Jawapannya, belum lagi. Sebab syarat seterusnya adalah instalment baru tak boleh lebih daripada separuh gaji pokok.

4. Semak balik. Adakah RM300,000 tu melebihi separuh daripada gaji pokok terkini.

Contoh cara kira instalment loan rumah ‘gomen’ terbaru

Anggaran instalment untuk loan rumah RM300,000 = RM1,500

Kalau kelayakan terkini korang RM500,000, bermakna gaji pokok adalah RM4,500++. Separuh daripada RM4,500 adalah RM2,250.

Maka, korang lepas buat instalment sebanyak RM1,500 tu tadi.

Nota ekstra : Untuk pengiraan yang lebih tepat, korang boleh rujuk loan calculator di laman web LPPSA. Klik sini sekarang. 

Sanggup anda lepaskan 2 peluang untuk buat loan rumah MOF 100%?

Jadi, kalau korang nak guna loan rumah kerajaan untuk kali yang ke-2, sila rancang amaun pinjaman yang pertama tu dulu.

Kalau dah fully utilize semua kelayakan pada loan rumah pertama, In Shaa Allah korang takde sebarang masalah untuk apply loan rumah kerajaan yang ke-2.

Sekian perkongsian saya. Semoga bermanfaat.

P/S : Silakan LIKE dan SHARE/TAG untuk panjangkan manfaat ini kepada yang lain.

Dah nampak sekarang, apa yang korang boleh buat dengan loan rumah kerajaan?

Memang banyak potensi yang korang ada. Dan bila ada ilmu, macam-macam korang boleh buat untuk tujuan tambah koleksi rumah pelaburan yang menjana aliran tunai positif.

Apa pun, pastikan korang settle-kan dulu loan pertama tu ya. Semoga ilmu ini bermanfaat buat korang yang bekerja dalam sektor kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *