Home Tip pelaburan hartanah Confirm rugi bila beli rumah Malay Reserve (Rizab Melayu)?

Confirm rugi bila beli rumah Malay Reserve (Rizab Melayu)?

3273
1
Sumber gambar - Veritas Design Group
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Hartanah yang dibina di atas tanah berstatus Rizab Melayu ini, secara automatiknya, mempunyai sekatan yang hanya boleh dijual kepada Melayu sahaja.

Sekatan ini selalunya dikenali sebagai hartanah rizab Melayu atau Malay Customary Land (MCL), atau lebih popular sebagai geran merah.

Sekatan ini berbeza daripada kod A dalam geran pemilikan, yang mana membolehkan sesiapa sahaja yang berstatus Bumiputera untuk memiliki rumah.

Soalannya, yang Tok pasti ramai pembaca GH nak tahu adalah betul ke tak boleh nak buat duit dengan hartanah rizab Melayu ni?

Jawapan ringkas dan tuntas adalah, tak. Tak betul tanggapan tu.

Ada, malahan banyak hartanah yang mana berstatus tanah Rizab Melayu perform lebih baik.

Kat bawah ni Tok senaraikan empat hartanah yang berstatus tanah Rizab Melayu yang mencanak cemerlang prestasinya.

Contoh #1 : Saville, Bangsar

Sumber gambar – myeprop.com

Ya, hartanah yang terletak di tempat hip ni adalah dibina di tanah rizab Melayu.

Dilancarkan pada tahun 2015, rumah-rumah di Saville berhargakan diantara RM490,000 hingga RM550,000 ketika pelancarannya.

Berapa harga rumah Saville sekarang?

Tok tengok ada transaksi yang mencecah sehingga RM700,000. Hanya dalam masa 3 tahun.

Contoh #2 : Plaza RAH, Kampung Baru

Sumber gambar – booking.com

Fakta menarik mengenai Plaza RAH adalah bangunan yang tertinggi di Kampung Baru.

Plaza RAH siap dibina pada tahun 2007 dan pada tahun 2008, harga jualan rumah dekat Plaza RAH ni tak mencapai RM300,000 pun.

Berapa harga rumah Plaza RAH sekarang?

Purata harga rumah di Plaza RAH sekarang adalah di antara RM440,000 sehingga RM470,000.

Contoh #3 : Sri TTDI

Sumber gambar – propsocial.com

Yang ni adalah antara kondominium yang terawal di TTDI, dibina dan dilancarkan pada tahun 1997, ketika itu purata harga rumah seunit di Sri TTDI hanyalah RM350,000.

Berapa harga rumah Sri TTDI sekarang?

Harga transaksi jualan di Sri TTDI sekarang mencecah sehingga RM645,000.

Contoh #4 :  Mas Kiara Residences, TTDI

Sumber gambar – propsocial.com

Dilancarkan pada tahun 2010, ketika itu harga seunit rumah di Mas Kiara Residences berharga RM345,000.

Berapa harga rumah di Mas Kiara Residences sekarang? Boleh mencecah sehingga RM760,000.

Nampak tak? Peningkatan nilai lebih sekali ganda dalam masa 8 tahun. Power tu!

Mengikut kajian simple Tok ni, terbukti hartanah yang dibina atas tanah rizab Melayu mempunyai peningkatan yang baik dari segi nilai.

Jadi, korang dah boleh lupakan fahaman yang tak betul tu.

Lepas ni kalau korang nak beli hartanah diatas Tanah Rizab Melayu dan ada orang cakap ‘confirm rugi’, korang pass je artikel ni dekat dia. Biar fakta yang berbicara.

KONDOMINIUM FREEHOLD 3-BILIK DEKAT TTDI & DAMANSARA, TAK SAMPAI RM460K? Biar betul?

Hari ini, penantian anda akan berakhir sebab anda boleh beli hartanah yang :

1. Harga : RM450k untuk hartanah 3 bilik,

2. Bayaran Muka (Down Payment) : Hanya RM1,000 dan dapatkan 100% loan,

3. 3 minit ke Taman Tun Dr Ismail,

4. 5 minit ke 6 pusat-beli-belah termasuk IKEA, dan 1 Utama,

5. Rumah FREEHOLD,

6. Hartanah jenis kondominium, dengan fasiliti lengkap gym dan kolam renang, dan TAK PERLU kongsi dengan beribu unit RumahWIP,

7. Sewa boleh dapat positif cash flow,

8. Anda dapat taman peribadi lebih 1-ekar untuk aktiviti riadah dan selamat untuk anak-anak anda bermain,

9. Sangat Ekslusif – Hanya ada 400 ++ unit sahaja,

10. Anda bakal dapat permandangan hijau, yang anda takkan jumpa dalam mana-mana hartanah lain. Bayangkan bangun tidur setiap hari melihat kabus dan belukar, di lokasi yang hanya 5 minit ke 6 pusat beli belah, dan TTDI,

Kalau anda dah bosan menunggu hartanah yang sempurna, nak duduk berdekatan TTDI, dan bayar tak sampai RM500k, klik link dekat bawah ni dan daftar laju-laju :

KLIK SINI UNTUK DAFTAR SEKARANG

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here