Home Tip beli rumah Sampai bila anda nak kayakan tuan rumah?

Sampai bila anda nak kayakan tuan rumah?

1420
0
Sumber gambar - Council on Tall Buildings and Urban Habitat
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Isu sewa atau beli rumah, masih lagi hangat dibincangkan hingga sekarang.

Keputusan yang korang buat, bergantung kat situasi semasa korang. Kalau tanya pandangan personal Tok, baik lagi cepat-cepat beli rumah.

Tapi kalau baru mula kerja dan gaji permulaan rendah, agak tak logik nak buat semua ni.

Korang tengah dalam dilema dan perlukan bantuan untuk buat keputusan yang terbaik?

Hadamkan perkongsian sempoi Tuan Harith Faisal tentang topik ni laju-laju. Semoga segala ayat dalam artikel ini dapat jentik minda korang.

Rumah RM300,000, ansuran bulanan baru RM3,000?

1. Rugi la kalau korang tak tahu potensi kewangan sediri. Korang mampu menyewa rumah RM1,000, tapi tak yakin nak beli rumah RM200,000.

2. Kalau korang nak tahu, ansuran bulanan rumah RM200,000 tu, hanya sekitar RM900 hingga RM1,000 saja.

Kalau rumah harga RM300,000, ansuran bulanan baru RM1,500. Korang baru tahu ke?

3. Takda modal nak beli rumah, tak bermakna korang takde harapan dah untuk beli rumah.

Apa yang korang boleh buat, adalah pastikan cari ilmu hartanah yang sesuai dengan situasi masing-masing.

Kalau gaji korang RM3,000 sebulan, cari ilmu beli rumah untuk jumlah gaji tu.

Dah ada 3% daripada harga rumah pun, dah cukup okay. Yang baki 7% tu, korang boleh keluarkan dekat KWSP.

4. Andai korang tak jumpa hartanah harga RM200,000, pastikan korang rendahkan taste korang tu. Nak cari rumah landed corner lot dekat  Shah Alam, memang sampai ke sudah korang takkan jumpa.

5. Yang berpakat nak menyewa sampai pencen tu, mohon fikirkan balik hasrat tu masak-masak. Korang dah buat kerja amal untuk tuan rumah korang tu, tahu tak?

Tuan rumah pakai Myvi, tak pakai pun kereta jenama Jepun

6. Korang dah tolong bayarkan ansuran bulanan dia (tuan rumah) sampai 5 tahun, 10 tahun. Seronok je tuan rumah tu ‘mempergunakan’ duit korang. Wake up!

7. Tapi, jangan pulak korang senang-senang hati gelarkan tuan rumah korang tu dengan gelaran yang buruk.

Seburuk-buruk dia, dia sediakan tempat tinggal untuk korang. Mohon bersyukur.

8. Korang yang ‘baik’ sangat. Tenang je pakai kereta mahal daripada tuan rumah.

Korang dengan bangga, pandu kereta jenama yang bermula dengan huruf ‘H’ atau ’T.’ Tuan rumah pulak, relax je pakai Myvi.

Cuti pilihan raya, dia sibuk setup rumah sewa dia. Tapi korang pulak, selamba badak bercuti dan berehat 4 hari.

9. 5 tahun, mungkin rumah yang korang sewa sekarang tu hanya berharga RM100,000. Tapi jangan harap la kalau dia nak jual balik kat korang harga macam tu.

Malas kumpul duit. Tapi sanggup habis RM15 beli kopi hipster

10. Kalau harga pasaran rumah tu dah jadi RM200,000, mesti dia akan ikut harga pasaran. Dia seorang pelabur hartanah. Mesti la dia nak buat untung.

11. Walaupun dia masih bayar dekat bank RM500 sejak 5 tahun lepas, tapi dia sewakan RM1,000 dekat korang, korang jangan marah ya.

Maksudnya, dia nak korang cepat-cepat beli rumah sendiri la tu.

12. Selagi harga yang dia letak masih ikut harga pasaran, dia tak salah. Itu kan, bisnes dia.

Ala, kopi hipster yang harga RM15 tu pun, laku gila. Padahal terang-terang over price dekat situ. Tapi ramai je yang selamba bayar.

13. Daripada korang mengharap tuan rumah atau orang lain berubah untuk korang, lebih baik korang ubah diri korang sendiri.

Jadi, korang nak terus menyewa sampai bila-bila, atau nak usaha beli rumah sendiri bermula sekarang?

– HF

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here