PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Beli rumah, kena tanggung kos guaman lebih mahal bermula hari ini?

Ini kali, Tok ada benda penting nak kongsikan dengan korang semua. Dan Tok harap korang tabahkan hati bila nak mula membaca kejap lagi ya.

Secara ringkas, Tok boleh cakap kat korang macam ni:

“Anda bakal tanggung yuran guaman yang lebih tinggi, bermula hari ini.”

Struktur nilai dan skala fi kos guaman ini digubal balik oleh Majlis Peguam pada tahun lepas. Dan dah diluluskan Jawatankuasa Kos Peguamcara (Solicitors Cost Committee) pada 28 Febuari lepas.

Buat korang yang nak beli rumah tahun ni, hadamkan maklumat ni yang Tok baca dekat The Star Online.

Dulu lain, sekarang lain?

Sebelum ni, yuran guaman untuk proses jual beli rumah mengikut garis panduan skala yang ditetapkan Solicitors’ Remuneration Order 2005 di bawah Legal Profession Act 1976.

Korang boleh rujuk gambar dekat bawah ni:

Screen Shot 2017 03 15 at 2.46.07 PM 1

Sumber gambar: Tuan Salkukhairi Abd Sukor

Dulu, harga rumah RM150,000 pertama akan dikenakan 1% sebagai kos guaman, dan tertakluk kepada yuran guaman minimum sebanyak RM300.

Dan daripada RM150,001 hingga RM850,000, korang kena tanggung yuran sebanyak 0.7% daripada harga jual beli, nilaian, atau jumlah pinjaman.

Tapi bila kadar yuran ni dah naik, berapa pulak yang korang kena tanggung bayar? Teruskan bacaan kalau korang serius nak tau.

Berita baik untuk anda yang beli hartanah bawah akta HDA

Bermula hari ni, pembelian atau pemindahan (transfer) hartanah yang bernilai RM500,000 ke bawah, akan dikenakan 1%.

Untuk hartanah bernilai RM500,000 sehingga RM2 juta pulak, korang kena tanggung yuran guaman sebanyak 0.8%.

Katakan korang nak beli rumah rumah second hand RM500,000. Bermakna, korang kena bayar RM5,000 (RM500,000 X 1%).

Dan sama seperti sebelum ni jugak, korang layak dapatkan diskaun kos guaman antara 25% hingga 35% kalau beli rumah baru (undercon) daripada pemaju berlesen.

Pastikan ia tertakluk bawah HDA (Housing Development Act (Control and Licensing) 1996, atau sebarang perudangan yang dibuat bawah akta ni.

Ya, berita ni tak best buat korang yang  nak beli hartanah non-HDA.

Jumlah yang korang kena bayar ni bergantung kepada nilai semasa sesebuah hartanah yang dibeli.

Tambahan RM735 yuran guaman bila beli rumah harga RM500,000?

Kita gunakan contoh sebelum ni. Kalau korang beli rumah harga RM500,000, korang akan dicaj RM5,000. Tapi dengan diskaun tu, korang hanya perlu bayar RM3,500.

Untuk yang sebelum ni, korang hanya perlu bayar RM2,765 je. Peningkatan sebanyak RM735 kat situ ya.

Dan untuk rumah yang bernilai RM1 juta, yuran guaman terkini yang korang kena tanggung adalah sebanyak RM5,850, berbanding RM4,842 sebelum ni.

Sebab nak mudahkan pemahaman korang, Tok selitkan sekali infografik kadar yuran guaman yang terbaru ni:

Kos guaman 1 1

Nota: Klik sini untuk baca sumber asal. 

Macam mana kiraan kos guaman yang anda kena bayar?

Kita gunakan contoh sebelum ni balik semula. Katakan, harga rumah yang korang nak beli tu RM750,000.

Kiraan yuran guaman yang korang kena bayar seperti berikut:

  • RM500,000 X 1% =
    • RM5,000
  • RM750,000 – RM500,000  =
    • RM250,000
  • RM250,000 X 0.8% =
    • RM2,000
  • Total yuran guaman yang korang kena bayar =
    • RM5,000 + RM2,000
    • RM7,000

Macam mana pulak cara kira kalau korang beli rumah daripada pemaju (undercon)?

  • Total yuran guaman yang patut korang bayar =
    • RM7,000
  • Yuran guaman untuk projek rumah yang sedang dalam pembinaan =
    • RM7,000 X 65% =
    • RM4,550

Bermakna, korang hanya perlu bayar RM4,550 untuk kos guaman bila beli rumah undercon yang berharga RM750,000.

Kiraan jadi macam ni sebab ada garis panduan supaya peguam berikan diskaun bila beli rumah undercon daripada pemaju berlesen.

Korang boleh rujuk panduan yang Tok korek dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 2 March 2017 ni:

  1. Diskaun sebanyak RM300 kalau rumah berharga RM50,000 atau kurang,
  2. Diskaun sebanyak 75% daripada skala fi yang dinyatakan dalam garis panduan, kalau rumah berharga lebih RM50,000, tapi tak lebih RM250,000.
  3. Diskaun sebanyak 70% daripada skala fi yang dinyatakan dalam garis panduan, kalau harga rumah lebih daripada RM250,000 dan tak lebih RM500,000.
  4. Diskaun sebanyak 65% daripada skala fi yang dinyatakan dalam garis panduan, kalau harga rumah lebih RM500,000.

Sebab apa kadar yuran guaman digubal semula?

Pengerusi bersama Bar Council Conveyancing Committee, Datuk Roger Tan kata, semakan semula ni dibuat sebab inflasi yang terkumpul dalam masa sedekad yang lalu.

“Perubahan yang dibuat adalah minimum dan munasabah,” jelas Tan kepada The Star.

Tambah Tan, susah nak cari rumah harga RM150,000 ke bawah sekarang ni. Paling kurang pun, akan mencapai angka setengah juta Ringgit.

“Kalau tengok sekarang, rumah mampu milik pun mencecah harga RM300,000,” jelas beliau.

Fi guaman yang korang bakal tanggung selepas ini meningkat dijangka akan meningkat antara 8.1% hingga 26.6%, bergantung kepada nilai transaksi sesebuah hartanah yang dibeli.

Pada pandangan Tok, ini bukan satu berita yang enak ditelan pembeli dan pelabur hartanah yang ada kat luar sana.

Dan satu lagi, benda ni akan jadi penambah beban kepada yang baru pertama kali nak beli rumah.

Sebelum korang beli rumah, buat dulu kira-kira mengikut garis panduan terbaru ni. Jangan pulak terkejut beruk dengan harga baru, kalau korang sendiri tak berminat nak ambil tau.

Pelabur otai ini tak tanggung kos guaman guna ‘duit sendiri’

Bukan mustahil untuk korang alihkan tanggungan ini kepada orang lain.

Boleh jadi, kos permulaan untuk beli rumah tu, korang tak perlu tanggung guna duit sendiri. Kalau perlu guna jugak, korang akan dapat balik lepas loan rumah dah disbursed nanti.

Macam mana nak buat benda ni? Klik link bawah ni sekarang untuk belajar:

KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK ‘TAK ADA DUIT, BOLEH BELI RUMAH KE?’

Cover eBook Tak Ada Duit Boleh Beli Rumah Ke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *