PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Berbaloi ke beli rumah dekat Setia Alam?

Pembangunan akan terus-menerus berkembang pesat. Ini adalah hakikat.

Selagi ada permintaan untuk kediaman (rumah), selagi tu pemaju akan terus bangunkan kawasan yang ada potensi.

Dan perkara ni tak terkecuali untuk Setia Alam.

Ramai yang anggap, ini satu lagi tempat ‘jin bertendang’ yang terpencil, agak jauh dari pusat bandar.

Tapi yang ramai tak tahu, macam-macam dah ada kat Setia Alam ni. Teruskan bacaan kalau korang serius nak tahu.

Sedikit sebanyak tentang sejarah bandar Setia Alam

Okay. Kita masuk kejap bab sejarah Setia Alam ni. Tak makan masa seminit pun.

Dulu, kawasan ni dikenali sebagai North Hummock Estate, yang dimiliki oleh See Hoy Chan Group.

Kenal tak nama ni? Mereka dah berada dalam industri pembangunan hartanah kediaman sejak tahun 1963.

Taman Paramount, Taman Bahagia, Damansara Jaya, Damansara Utama dan Uptown adalah antara barisan projek terdahulu mereka.

Pendek cerita, mereka (See Hoy Chan Group) buat keputusan untuk menjual tanah mereka tu kepada SP Setia Berhad. Pada 2004, bandar Setia Alam dilancarkan.

P/S : Perbandaran ni bernilai RM20 bilion tau. Bukan kecil-kecil anak ya.

Nak kediaman yang tenang? Setia Alam antara yang terbaik

Sumber gambar setiacorner.com 1

Sumber gambar – setiacorner.com

Setia Alam adalah pembangunan bersepadu (intergrated development) seluas lebih 4,000 ekar.

Bandar ini terletak di bawah penguasaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Bermakna, ada sekatan untuk sebarang penubuhan kedai hiburan seperti pub, disko, dan perniagaan loteri.

Kalau jenis yang suka berhibur, mungkin ini bukan tempat yang sesuai. Tapi kalau yang sukakan ketenangan, Setia Alam boleh jadi antara shortlist kediaman korang.

Dan boleh kata, perbandaran Setia Alam agak teratur dan dirancang dengan baik.

Jauh ke perjalanan untuk ke Setia Alam ni? 

Sumber gambar KLIA2 1

Sumber gambar – KLIA2

Walaupun ramai yang anggap Setia Alam agak nun jauh di sebelah Klang, korang boleh sampai ke sini dengan gunakan :

  • Lebuhraya NKVE,
  • Lebuhraya NNKSB,
  • Lebuhraya DASH,
  • Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway), dan
  • Lebuhraya Selat Klang.

Dari Setia Alam nak ke Shah Alam, hanya makan masa selama 22 minit saja (ikut Lebuhraya Persekutuan). Ke Petaling Jaya pulak, hanya ambil masa 43 minit.

Dan kalau korang nak ke Kuala Lumpur pulak, akan mengambil masa selama 55 minit (ikut Lebuhraya Baru Lembah Klang dan Lebuhraya SPRINT.

Apa pulak kemudahan yang ada dekat Setia Alam?

Macam yang Tok cakap sebelum ni, macam-macam dah ada. Antara contoh seperti :

  • TESCO Setia Alam,
  • Setia Alam Club,
  • Setia City Mall,
  • Setia City Convention Centre,
  • Pusat Servis Honda,
  • Pusat Servis Toyota,
  • Pusat Servis BMW,
  • Pasar Malam Setia Alam (pasar malam terpanjang dalam negara), dan macam-macam lagi.

Macam mana pulak dengan sekolah dan hospital? 

Sumber gambar Jawatan Kosong Hospital 2018 Terkini 1

Sumber gambar – Jawatan Kosong Hospital 2018 Terkini

Korang jugak ada pelbagai pilihan sekolah untuk anak-anak tersayang. Antara yang ada seperti :

  • SJK (C) Pin Hwa 1,
  • SJK (Tamil) North Hummock,
  • SRK Bandar Setia Alam,
  • SMK Bandar Setia Alam,
  • Tenby Private and International School,
  • The Peninsula School (Australia) (dalam pembinaan),
  • Idrissi International School,
  • Setia Badminton Academy.
  • Asia College of Exercise and Sport Medicine,
  • Tadika Krista @ Setia Alam,
  • 3Q MRC Junior Setia Alam (tadika),

Yang dah berkeluarga, faktor kesihatan adalah antara yang penting korang akan ambil tahu terlebih dulu. Tok faham sangat pasal ini.

Senang kalau hospital dekat dengan kita. Bukan meminta, tapi mudah kalau ada sebarang perkara yang tak diingini berlaku.

Hospital dan klinik terdekat yang korang boleh pergi dekat kawasan Setia Alam ni, seperti :

  • Columbia Asia Hospital, Klang,
  • Hospital Shah Alam,
  • Setia Alam Dental Clinic,
  • Klinik Araa,
  • Klinik K.C.Tay.

Apa tempat menarik yang berdekatan dengan Setia Alam?

Mesti korang terfikir, apa aktiviti riadah yang korang boleh buat bersama keluarga bila menetap kat Setia alam.

Sumber gambar Taman Botani Negara Shah Alam 1

Sumber gambar – Taman Botani Negara Shah Alam

Buat korang jenis yang suka menikmati panorama hijau, boleh berkunjung ke Taman Botani yang terletak di Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam.

Anak-anak mesti suka datang sini. Korang sekeluarga boleh feel pengalaman musim luruh, musim salji, musim bunga, dan musim panas seperti di luar negara di Rumah Iklim Sederhana 4 Musim.

Selain tu, banyak lagi benda menarik yang korang boleh nikmati seperti :

  • Taman Kaktus,
  • Taman Orkid,
  • Taman Rempah-Ratus,
  • Taman Haiwan,
  • Taman Rama-Rama, dan banyak lagi.

Nak ke sini, hanya ambil masa 20 minit ikut Lebuhraya Selat Klang.

Sumber gambar wetworld.my 1

Sumber gambar – wetworld.my

Tiba musim cuti sekolah pulak. korang sekeluarga boleh berkunjung ke taman tema air Wet World Shah Alam. Korang main la air sepuas hati.

Walaupun taman tema ni tak besar macam Sunway Lagoon, tapi tetap lengkap dengan segala kemudahan untuk pastikan korang sekeluarga nikmati masa bersama dengan selesa.

Kalau ikut Federal Highway (Lebuhraya Persekutuan), hanya ambil masa 17 minit je untuk sampai ke sini.

Sumber gambar Discover KL 1

Sumber gambar – Discover KL

Ni, ada satu lagi aktiviti riadah buat korang yang suka alam semulajadi. Juga untuk korang yang spesis adrenaline-junkie.

Tempat yang Tok maksudkan adalah Skytrex Shah Alam. Antara aktiviti yang ada kat sini seperti flying fox, meluncur, bergayut, dan macam-macam lagi.

Berangan nak jadi macam Tarzan? Korang boleh sampai sini dalam masa 20 minit je dari Setia Alam. Best, kan?

Jadi, siapa yang sesuai tinggal di Setia Alam?

Pada pandangan peribadi Tok, Setia Alam adalah tempat yang sesuai untuk korang yang bekerja di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Damansara, atau Klang.

Yang bekerja kat Pusat Bandar pun, boleh je nak beli. Dengan syarat, korang rancang perjalanan dengan teliti.

Korang yang waktu kerja fleksibel pun sesuai untuk menetap kat sini. Korang tak perlu hadap traffic jam macam orang yang kerja fixed hour.

Ramai yang pilih untuk menetap di Setia Alam, terdiri daripada mereka yang sudah berusia dan menikmati masa pencen. Kawasan ni memang tenang dan damai sebab agak terpencil.

Apa pun, semuanya terpulang kat korang. Kaji dulu kemampuan dan jarak perjalanan ke tempat kerja supaya pembelian korang tak sia-sia.

Bila tiba masa korang nak beli kediaman untuk keluarga, ada beberapa perkara penting yang korang perlu pertimbangkan. Semua tu, Tok ada cover kat atas tadi.

Apa pun, tepuk dada dan tanya diri sendiri. Korang yang nak beli, bukan orang lain.

Perkongsian Tok ni bermanfaat? Sila SHARE kat kawan-kawan korang yang plan beli rumah kat Setia Alam tu.

Ini peluang anda untuk belajar ilmu hartanah PERCUMA!

Korang takde sebarang plan pada hujung minggu ni?

Tok nak jemput datang ke Setia Alam Welcome Centre untuk belajar dengan Tuan Faizul Ridzuan.

100% PERCUMA, tak perlu bayar apa-apa.

Antara topik yang akan dibincangkan seperti :

  • Kenapa Setia Alam menjadi hot spot hartanah sepanjang 10 tahun lepas (kalah area hot macam KLCC)?
  • Lambakan kondo – Apa anda perlu tahu sebelum melabur dengan hartanah jenis kondominium?

Ini maklumat property talk ni untuk mudahkan korang :

  • Tarikh : 11 Februari 2018
  • Masa : 1PM – 4PM
  • Tempat : Setia Alam Welcome Centre

Klik gambar kat bawah untuk daftar tempat duduk korang sekarang.

WhatsApp Image 2018 02 06 at 12.58.37 1

P/S : Apa pandangan korang tentang Setia Alam? Kongsikan kat ruangan komen. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *