Beli rumah, atau travel dulu? 5 soalan ini bantu anda buat keputusan...

Beli rumah, atau travel dulu? 5 soalan ini bantu anda buat keputusan bijak

2635
1
SHARE
Sumber gambar - digitaltrends.com
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Masa tengah kumpul duit deposit untuk beli rumah, pasti korang bedepan dengan macam-macam jenis halangan.

Ada member ajak keluar melepak dekat kedai kopi hipster, tengok wayang, teman shopping (boleh jadi, korang pun akan terjebak sekali).

Dan yang paling tak best, ada yang ajak travel. Kena pulak korang memang jenis kaki berjalan, suka tengok negara orang.

Tapi, mana satu yang patut korang buat dulu?

Bagi yang tengah mencari jawapan untuk soalan ni, jemput hadamkan perkongsian ilmu Tuan Faiz Najmi yang cukup padat ni.

Mana satu yang patut anda pillih?

Haha. Nampak sangat saya tertinggal kapal terbang dalam debat ini.

Tajuk ini sangat la luas spektrumnya. Kadar orang pukul rata adalah amat tinggi, dan tak lupa bias seorang penulis adalah mengikut persepsi kepentingannya, atau apa yang nak dijual.

Ia seperti bertanya soalan :

  • Nak buang air, atau nak makan lunch dulu?
  • Nak labur dulu, atau nak ada perlindungan (Takaful) dulu?
  • Nak beli kereta, atau smartphone baru dulu?
  • Nak kahwin dulu, atau nak buka bisnes dulu?

Sebagai penasihat Takaful, pengembara tegar dan juga pelabur hartanah, saya takde dilema untuk pilih nak buat yang mana satu dulu. Saya nak dua-dua sekali.

Kalau ikut keutamaan saya, kahwin adalah keutamaan yang paling akhir sekali.

Mereka yang baca buku saya (Musafir Duniawi) akan faham cara pengurusan kewangan seorang musafir mengikut pendapat saya.

Mazhab saya adalah mazhab kewangan yang sustainable (bertahan lama). Kewangan hartanah dan musafir, saya dah pun masukkan dalam pengurusan kewangan peribadi.

Untuk menyelesaikan masalah ni, perlu kita ada pemikiran yang strategik dan rasional lebih daripada emosional.

Selain tu, perlu ada juga pemikiran aras lebih tinggi berbanding kemahiran pukul rata.

Soalan #1 : Apa matlamat hidup (personal goals) yang anda dah tetapkan?

Saya tak kisah pun kalau sesiapa takde matlamat kewangan (financial goals), sebab wang bukan segala-galanya.

Tapi kalau korang langsung tak tetapkan matlamat peribadi, ini akan jadi masalah besar sebab hidupnya, takde tujuan langsung sehari-hari.

Matlamat kita berbeza, kelebihan kita berbeza, kemampuan kita berbeza, situasi yang kita hadap berbeza, dan penilaian risiko masing-masing jugak berbeza.

Dan nak paksa semua orang beli rumah dan abaikan travel dulu, bukan satu cara yang tepat.

Mungkin ini adalah cara mereka yang hanya nak naikkan autoriti diri secara ‘keras’ sebagai pengembara (traveller) atau seorang pelabur hartanah.

Apa cara terbaik yang anda boleh buat?

Cara yang paling terbaik adalah dengan mendidik setiap segmen, tanpa perlu membid’ahkan kategori yang lain, sama ada kepentingan membeli hartanah atau kepentingan travel masa umur tengah muda.

Bagi mereka yang pentingkan capital appreciation dan pendapatan pasif melalui hasil sewa, takde masalah kalau korang pilih untuk melabur dalam hartanah dulu sebelum travel.

Dan buat mereka yang suka travel pulak, biasanya adalah orang yang bersikap introvert, suka berfikir dan melihat kelainan, belajar budaya lain, dan juga kemahiran baru.

Mereka ni adalah risk takers. Lagi-lagi golongan backpackers.

Adakah kedua-dua golongan ini saling bertembung dan menentang antara satu sama lain? Sama sekali tidak. Seseorang tu boleh je pilih untuk dapatkan 2 perkara ni dalam satu masa.

Soalan #2 : Dah kenal pasti keperluan dan kemahuan anda?

Rumah kediaman (residential home) adalah satu keperluan.

Cuma untuk mereka yang masih bujang, mereka takde kepentingan untuk memiliki rumah kediaman pertama terlalu awal, berbanding mereka yang dah berkeluarga dan beranak-pinak.

Mereka yang bujang boleh berkongsi menyewa, atau duduk dengan keluarga.

Kalau nak beli rumah pertama, adalah lebih afdhal untuk pelaburan berbanding untuk kediaman, sama ada untuk menyewa atau capital appreciation.

Manakala, golongan yang bekeluarga boleh jugak menyewa (sebab ia lebih jimat daripada membeli rumah).

Cuma untuk jangka masa panjang, mereka perlu berusaha untuk beli rumah persendirian untuk memberi keselesaan kepada pasangan dan anak-anak, terutama sekali selepas kematian si suami.

Ini baru penilaian bagi yang masih bujang dan dah berkeluarga.

Belum lagi mereka yang kerja berpindah sana-sini. Selalu offshore, ke luar negeri, dan mereka yang dalam syarikat yang kurang stabil seperti oil and gas, atau mereka yang baru memulakan bisnes.

Tak semua tergolong sebagai ‘kemahuan’

Travel pun, banyak kategorinya. Jadi, korang tak boleh pukul rata semuanya :

  • Travel untuk menunaikan ibadah Haji adalah kefardhuan,
  • Ada orang yang cari makan dengan cara travel, maka ia satu keperluan,
  • Ada yang menuntut ilmu semasa travel, maka ini adalah satu keperluan,
  • Travel vacation sekali setahun (sekurang-kurangnya) adalah digalakkan bagi meningkatkan produktiviti pekerjaan. Ini adalah  satu perkara yang digalakkan,
  • Travel yang takde keperluan penting lain adalah kemahuan.

Meletakkan bumbung atas kepala adalah satu keperluan.

Namun tak semestinya perlu membeli rumah. Menyewa pun boleh. Manakala travel pulak, boleh jadi satu keperluan atau kemahuan.

Ala, masa tengah kecoh debat antara kereta VS rumah dulu, pun sama jugak.

Kereta diperlukan untuk pergi kerja. Jadi ia lebih urgent. Tanpa kereta cari makan, rumah takkan dapat dibeli.

Cuma, pilih la kereta yang tak lebih 15% bayaran balik bulanan. Supaya boleh beli rumah yang mampu korang milliki.

Soalan #3 : Dah kaji kos yang terlibat, serta kemampuan anda?

Ini yang agak pening bila berdebat tentang topik ‘beli rumah atau travel dulu?’ Dan ini adalah subjek kategori yang luas untuk dibincangkan.

Kalau soalan ini dikhususkan kepada ‘graduan baru perlu menabung untuk mengembara dunia terlebih dulu, sebelum bekerja atau menabung untuk membeli rumah kediaman pertama terlebih dulu?’

Kalau memang berbincang pasal topik ni secara spesifik, memang banyak poin yang korang boleh ambil kira.

Kos permulaan beli rumah termasuk deposit down payment, kos guaman, kos valuation, kos Takaful, beli perabot dan sebagainya.

Itu belum lagi masuk jenis rumah yang nak dibeli – subsale, lelong, under construction.

Seseorang tu akan belanjakan untuk tanggung kos permulaan antara RM2,000 hingga RM200,000 untuk pemilikan rumah baru.

Satu pembolehubah (variable) yang konstan adalah harga rumah tetap akan naik, jadi takde gunanya kalau tunggu harga rumah menurun.

Dulu lain, sekarang lain 

Kalau travel pulak, nak fikir kos penerbangan, kos pengangkutan darat, kos penempatan, aktiviti, dan sebagainya. Itu belum lagi masuk bab persediaan dana kecemasan dan insurans.

Dulu, travel adalah suatu aktiviti yang mahal. Sekarang ni, tak lagi. Dan semakin banyak pilihan dan harga jugak naik turun, bergantung pada harga minyak mentah dunia.

Pelabur hartanah tegar boleh memiliki berpuluh buah rumah dengan modal yang kecil. Pengembara tegar pulak boleh travel ke seluruh pelusuk dunia dengan bajet yang amat rendah.

Boleh je nak buat dua benda ni, Korang kena la belajar cara nak beli hartanah dengan modal yang kecil, serta belajar travel dengan bajet yang rendah, daripada meroyan tak tentu arah.

Takde jawapan yang betul atau salah. Balik semula kepada matlamat peribadi yang korang dah tetapkan (poin #1 tadi).

Apa yang penting, dan patut korang utamakan? Kalau korang takde matlamat peribadi, itu yang pening sebab korang takde hala tuju.

Rumah takde. Travel pun takde. Asyik fikir je yang mana nak buat dulu.

Soalan #4 : Perlu ke buat penilaian risiko?

Tak kira sama ada korang beli rumah atau travel, apa-apa aktiviti kehidupan yang kita buat adalah penting untuk menilai risiko.

Apa yang kita mampu ambil, dan apa yang perlu kita tinggalkan, dan apa yang kita bakal dapat in return.

Dan kalau kewangan korang hanya benarkan untuk buat salah satu perkara, dan korang masih lagi buntu nak pilih yang mana satu, buat la SWOT analysis.

SWOT adalah penilaian Strength, Weakness, Opportunity, dan Threats. Analisis ini banyak digunakan dalam decision-making process bisnes besar. Korang boleh Google kalau masih tak faham.

Bisnes, pelaburan, travel, beli rumah, semua ni takde betul atau salah.

Guna kaedah ‘ini’ untuk buat penilaian risiko yang power!

Hidup ini bukan soalan berbentuk objektif, bukan soalan MCQ (multiple choice question).

Ia berbentuk subjektif yang perlukan kemahiran analisis, kritis, dan kreatif. Ini baru pemikiran aras tinggi!

Keputusan untuk beli rumah atau travel oversea bergantung kepada penilaian risiko, dan SWOT analysis adalah alat yang terbaik untuk bantu menilai risiko.

Sekali korang dah buat keputusan untuk membeli rumah atau travel ke destinasi impian, jangan la pulak menyesal kemudian hari. Be firm in your decision!

Apa yang berisiko adalah membeli rumah tanpa ilmu.

Lepas tu, rugi sebab tak boleh jual balik rumah tu sampai mati. Dan sama jugak dengan travel, ada jugak risikonya.

Malah, ada yang boleh buatkan korang rugi kalau takde sebarang perolehan apa-apa ilmu semasa berkelana.

Soalan #5 : Boleh buat dua-dua sekali, atau satu-persatu?

Kalau korang ada kemampuan, why not both?

Harga rumah takkan turun, dan sebaiknya mulakan pelaburan sewaktu tengah muda supaya korang boleh jaga aliran tunai dan pemilikan ekuiti yang lebih besar.

Pelabur hartanah yang hebat mampu memiliki banyak rumah dengan hanya modal yang ciput.

Dan waktu muda jugak, waktu yang sesuai untuk korang travel sebab masih lagi bertenaga.

Kita belajar menuntut ilmu tentang benda baru untuk membuka minda, belajar bahasa dan budaya, dan juga mensyukuri nikmat Allah S.W.T.

Mana satu yang anda nak buat dulu?

Kalau jenis backpackers tegar, boleh je travel ke Jepun dengan kos serendah RM500.

Sepatutnya, waktu muda la korang belajar sama ada dalam bentul travel atau pelaburan, demi memberi erti dalam sebuah kehidupan. Segala aspek perlu la diwarna-warnikan.

Kalau nak dua-dua, korang kena belajar cara beli rumah dengan modal yang kecil, dan travel guna bajet yang rendah. Baik lagi belajar daripada mengecam dan meroyan tak tentu pasal.

Apa yang penting, adalah kita tau apa yang kita mahukan dalam hidup.

Nak beli rumah dulu pun okay. Nak travel pun, okay. Nak buat dua-dua sekaligus pun, lebih okay!

Tak mustahil untuk korang dapatkan 2 perkara dalam satu masa.

Cuma, korang kena ready la, sebab ia susah sikit kalau dibandingkan dengan korang buat satu-persatu.

Apa-apa pun, Tok dah siap-siap bagi hint tadi. Korang dah tau nak belajar ilmu yang mana satu, kan?

1 COMMENT

  1. Salam atok
    Teeima kasih atikel ringkas ini.walaupon masih tk tahu cara prosesnya tapi sya dapat juga berfikir yg mana harus di dahulukan…sya kalau boleh ingin berkawan dan berjumpa dgn atok utk lebih dekat lagi.susah mendapat kawan seperti atok ni

LEAVE A REPLY