Patut beli kereta atau rumah dulu? Ini 4 perkara orang muda wajib...

Patut beli kereta atau rumah dulu? Ini 4 perkara orang muda wajib tahu

3713
0
SHARE
Sumber gambar - Habitat-MY
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Dah graduate dan baru dapat kerja? Tahniah Tok ucapkan. Korang dah mula melangkah ke alam pekerjaan.

Dah bekerja ni, korang akan jadi tak sabar-sabar nak tunggu setiap bulan, menanti habuan selepas dah penat-penat bekerja selama sebulan.

Dan pasti ramai yang dah plan untuk beli kereta. Sampai bila nak tunggu, kan?

Nanti dulu. Sebelum korang buat keputusan muktamad, baca dulu dan amal apa yang Tok baca dekat blog RinggitPlus.com ni.

Besar kemungkinan, korang mungkin akan hold dulu niat nak membeli kereta pertama tu.

Apa beza antara kelebihan beli kereta dan rumah?

Carta kat atas ni takde la lengkap. Tapi ia boleh bagi gambaran kasar tentang apa yang korang boleh jangkakan untuk kedua-duanya.

Dan jelas sekali, korang boleh nampak kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Kalau nak jelaskan duit muka untuk beli kereta, memang senang – harga takde la tinggi sangat, dan korang boleh dapat pakai kereta terus.

Bila dah ada kereta nanti, bertambah senang korang nak ke mana-mana.

Peluang pekerjaan pun bertambah (sekarang ada GrabCar), dan komitmen pun takde la menakutkan sangat.

Paling kurang, korang kena tanggung RM500 lebih sebulan (ini bergantung jugak kat kereta apa yang korang beli).

Tapi yang tak best bila pakai kereta, nilai kereta tu akan menyusut dan lambat-laun, kena ganti jugak akhirnya.

Sebab ‘biasa’ ramai anak muda pilih beli kereta dulu

Tapi kalau rumah pulak, nilainya akan sentiasa meningkat. Dan biasanya, korang hanya perlu beli sekali je (kecuali kalau korang plan nak upgrade rumah).

Cuma nak bayar pendahuluan tu, tak nafikan memang tinggi nilainya. Dan korang jugak terikat dengan bayaran ansuran bulanan untuk satu tempoh yang lama.

Korang tetap ken bayar jumlah ni, walaupun ekonomi berubah atau jadi tak stabil.

Ada orang kata, baik lagi berjimat dan beli rumah. Tak kurang jugak yang cakap, bila dah cukup duit down payment nanti, harga rumah pulak dah melambung tinggi.

Atas sebab ni, ramai yang buat keputusan untuk beli kereta dulu berbanding rumah.

Beli rumah bukan perkara ringan. Kena komited 100%

Dah tentu takde satu pun jawapan yang betul atau salah dalam hal ni.

Walaupun ramai guru kewangan akan cakap “baik lagi beli rumah,” tapi tak ramai yang betul-betul bersedia untuk bagi 100% komitmen untuk perkara ini.

Ni belum lagi masuk cerita kalau ada masalah kewangan yang kronik, seperti kena buang kerja, dipotong gaji, dan sebagainya.

Senang cerita, rumah perlukan komitmen yang amat besar berbanding kereta, walaupun kedua-duanya adalah pilihan yang babitkan duit yang banyak.

Kalau korang serius nak selamat, tanya diri korang dengan soalan kat bawah ni untuk buat keputusan yang bijak.

#1 : “Mana satu yang patut anda utamakan?”

Kalau korang boleh duduk sekali dengan mak ayah atau sewa rumah pada kadar yang murah (kongsi dengan beberapa teman), tapi kena naik turun pengangkutan awam untuk ke tempat kerja, beli kereta boleh jadi satu pilihan yang baik.

Sebaliknya, kalau korang nak bina kerjaya dan keluarga, menyewa untuk jangka masa panjang boleh jadi tak cost-effective.

Kalau korang perlukan kedua-duanya? Cuba jawab soalan seterusnya pulak…

#2 : “Ikut akal, atau nafsu?”

Korang dah simpan duit yang cukup untuk bayar duit muka? Dah kaji sama ada korang betul-betul mampu nak tanggung bayar ansuran rumah?

Biasa la, manusia. Semua benda dia nak, tapi hakikatnya, tak mampu pun!

Periksa dulu tahap kewangan korang. Dah periksa, baru buat keputusan berdasarkan kemampuan korang tu. Jangan sekali-kali ikut nafsu je.

#3 : “Mana satu gaya hidup pilihan anda?”

Bagi sesetengah orang, menyewa bukan satu masalah. Tapi rasa tak kuasa nak gunakan pengangkutan awam.

Dan tak bermakna kalau korang pilih beli kereta, korang TAKKAN tak mampu beli rumah.

Cuma, ia akan memakan masa lebih sikit nak kumpul duit muka rumah bila korang dah mula berhutang. Kalau nak cepat, kena rajin cari duit lebih. Usaha tu kena ada.

#4 : “Anda tak pernah berhutang?”

Nak dapatkan pinjaman rumah, lebih banyak hal berbanding mendapat kelulusan pinjaman kereta.

Dan sebab tu, korang kena ada rekod hutang yang baik. Ada kala, tak pernah berhutang pun, bank susah nak bagi lepas korang punya loan application.

Kenapa jadi macam ni? Bank takde rekod tentang cara korang bayar hutang.

Jadi, ada bagusnya juga kalau korang ada pinjaman kereta atas nama korang, yang boleh tunjukkan korang rajin dan bayar tepat pada masanya.

Boleh nak ada dua-dua sekaligus. Tapi yang penting… 

Setiap orang ada gaya hidup dan kehendak yang berbeza. Jadi, takde formula hitam putih dalam menentukan apa yang wajar korang lakukan.

Sebab ramai je yang boleh memiliki kedua-dua kereta dan rumah, tapi masih cukup makan dan tak nampak papa kedana.

Dan biasanya, korang beli rumah bukan atas nama seorang. Korang boleh harapkan pasangan hidup untuk berkongsi beban hutang itu. 

Yang penting adalah mengambil kira kemampuan, supaya boleh teruskan kehidupan berkeluarga dengan selesa.

Korang kena kaji apa yang patut secara serius, dan buat pilihan bijak. Dua-dua pun hutang, boleh jadi baik dan juga buruk.

Tak salah pun nak beli dua-dua. Tapi kalau nak senang tanggung hutang tu, korang kena buat kerja lebih sikit la.

Cuma, pertimbangkan dulu risiko yang akan ditanggung dan tahap kewangan semasa korang.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY