PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Minat Honda Civic baru? Brader ni kongsikan formula kira kemampuan membeli kereta ini, tanpa sakitkan poket anda

Tok perhatikan je. Kecoh sana-sini pasal Honda keluarkan model Civic terbaru.

Tentu ramai yang pasang impian nak beli model terkini keluaran negara matahari terbit ni.

Tapi adakah kita benar-benar mampu, atau sekadar menempah sakit kemudian hari?

Mungkin ramai lagi yang tak tahu cara kira kemampuan diri sendiri untuk membeli sebuah kereta.

Buat apa yang Tuan Harith Faisal kongsikan ni. In Shaa Allah kewangan korang boleh selamat untuk jangka masa panjang.

Antara dialog penyebab “penyakit kewangan” yang biasa kita dengar

Sebelum kahwin: “Awak, belilah Honda Civic baru tu. Cantik sangat design dia. Gaji awak RM3,500 mesti lepas punya.”

Dekat nak kahwin: “Bi, buatlah personal loan RM30,000 untuk majlis kita nanti. Bi kan kerja kerajaan, mesti senang lepas.”

Lepas kahwin: “Abang, jom beli rumah. Saya tengok ramai orang muda-muda dah beli rumah. Kita bila lagi. Sampai bila nak menyewa, kan.”

Pergi ke bank: “Ala bang, kenapa tak lepas pula nak beli rumah ni. Komitmen abang tinggi bebenor kot. Bencilah macam ni. Abang tak sayang kat saya ke?”

Krik. Krik. Krik.

Nak beli rumah atau beli kereta dulu?

Kereta mahal dah jadi impian sejak tahun satu pengajian di universiti.

Dengan harapan, lepas dapat saja kerja pertama dengan gaji RM2500, nak beli kereta yang paling mahal yang layak untuk gaji tu.

Kalau lepas Honda Civic, nak angkat juga. Iyalah, lambang kebanggaan dan pengukur kejayaan kita kan. Haha. Lawak. Itu adalah pemikiran budak-budak baru nak up.

Betul. Korang mampu beli kereta. Tapi belum tentu korang mampu nak beli rumah. Tapi kalau korang mampu beli rumah, pasti korang juga mampu beli kereta.

Ada faham? Kalau ramai yang tak faham, nanti akan saya terangkan.

Jadi, saya ingin kongsikan formula untuk beli kereta mampu milik versi #harithfaisal.

Nak tahu anda mampu pakai Honda Civic baru atau tak? Buat kira-kira mudah ini

  • Cara pertama: Harga kereta tak lebih gaji tahunan.

Jadi, kalau gaji korang RM2,700, harga kereta mestilah tak lebih RM32,400. Tapi sebab apa ya?

RM2700 x 12 = RM32,400.

Proton Saga FLX pun boleh dapat dah dengan harga RM33,000.

Tapi tak glemerlah kalau fresh banker atau engineer pakai Proton Saga kan? Paling kurang, mesti nak angkat Toyota Vios atau Nissan Almera, kan kan?

  • Cara kedua: Ansuran kereta wajib tak lebih 15% gaji anda.

Lagi rendah, lagi bagus.

Saya sendiri pakai kereta yang ansurannya tak sampai 8% daripada gaji isi rumah. Jadi, kalau anda bergaji RM2,700, ansuran bulanan kereta ideal anda adalah RM405.

RM2700 x 15% = RM405.

Kalau hanya 15% digunakan untuk beli kereta, baki lagi 85% itu bolehlah kita buat simpanan kahwin, simpanan deposit rumah dan lain-lain. Boleh faham kan?

Beli kereta ikut keperluan dan kemampuan. Bukan ego anda

Habis tu, kalau gaji RM8,000 sebulan memang kena beli kereta berharga RM96,000 ke?

Tak.

Sentiasa beli kereta ikut keperluan dan kemampuan. Kalau tak perlu kereta mahal atau kereta besar, buat apa beli. Lepas 9 tahun, jadi besi buruk juga.

Bila anak-anak dah ramai, bolehlah dipertimbangkan untuk upgrade kereta yang lebih besar untuk keselesaan keluarga.

Dan suami isteri kalau tak perlu 2 kereta, kongsi saja 1 kereta. Pergi dan balik dari ofis bersama.

Dalam kereta, bolehlah sembang-sembang, gurau-gurau untuk menyuburkan cinta, supaya sentiasa mekar dalam kamar bahagia. Chewah.

Nasihat “A+” buat fresh graduate yang berangan nak beli kereta mahal

Kita lihat pula perangai fresh graduate biasa sekarang ni. Bergaji RM2700, tapi pakai kereta dengan ansuran bulanan RM800.

Jom kita kira.

(RM800/RM2700) x 100% = 30%.

30% daripada gaji digunakan untuk ansuran bulanan adalah sangat tak bagus. Kereta mahal, road tax mahal, maintenance mahal.

Silap-silap kereta tu mungkin makan sampai 60% daripada gaji mereka setiap bulan.

Tinggal 40% sahaja daripada gaji untuk survive sebulan. Simpanan kahwin pun belum tentu ada. Apatah lagi saving untuk deposit beli rumah.

Last choice, nak kahwin, pakai pembiayaan peribadi RM30,000.

Beli kereta mahal nak impress bakal bapak mertua? Memang bapak mertua kagum dengan ‘pancapaian’ korang.

Tapi yang merana korang sorang-sorang. Hujung bulan makan Maggi dalam kereta mahal sambil titiskan air mata. Hihi.

Buat berfikir banyak kali dulu sebelum korang terjebak dengan kereta-kereta mahal ya.

Paling bagus, beli kereta terpakai yang murah-murah dengan tunai.

Atau takyah beli langsung, tunggu dah kahwin baru beli.

Atau beli 2 biji rumah dulu, kemudian sewakan. Duit aliran tunai positif daripada rumah sewa, buat bayar ansuran kereta kita.

Boleh korang cerita kat kawan-kawan macam ni:

“Aku pakai je kereta ni. Ansuran bulanan orang lain tolong bayarkan.”

Bestkan? Haha. – HF

Nota: Boleh SHARE dan sebarkan artikel ni untuk manfaat bersama.

Tak salah nak berkereta mahal. Tapi sebelum apa-apa, pastikan yang kita betul-betul mampu dulu.

Bagi Tok, duit lebihan sewa tu baik lagi disimpan daripada beli Honda Civic. Buat sebagai modal tambah koleksi hartanah pada masa depan.

Mana tahu. Masa tu aliran positif sewa dah sedap, boleh pakai kereta baru yang lebih mantap. Lagi bertambah molek kalau korang ulang buat strategi yang Tok cakapkan tadi. Repeat and gain more. Hehe.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. Thank you for nasihat.. Nice sangat.. Dah baca artikal ni baru dapat buka mata luas²..

  2. Hmm…d kertas sng lh bli rumah bagi sewa..setiap benda da kebaikan dan keburukan…