Home Tips Kewangan “Aku degree holder kot. Wajib pakai kereta lepas bekerja!”

“Aku degree holder kot. Wajib pakai kereta lepas bekerja!”

1809
0
Sumber gambar - freepik.com
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Ini ayat yang rata-rata anak muda ungkapkan, sejurus lepas tamat belajar di menara gading.

Tak boleh nak salahkan mereka cakap macam ni. Sebab utama jadi macam ni adalah kurangnya ilmu kewangan.

Dan tak dinafikan, ini dilema yang kerap menghantui rata-rata anak muda sekarang ni.

Buat korang yang tak nak jadi mangsa perangkap kewangan yang durjana, jemput hadamkan laju-laju perkongsian Tok hari ni.

Itu pun, kalau korang serius tak nak menyesal di kemudian hari.

Boleh dapat kereta baru, tanpa bayar deposit?

Pekongsian power ni, Tok baca dekat blog Tuan Nick Ashram.

Membeli kereta pada 2 tahun pertama selepas baru mula bekerja, adalah kesilapan besar fresh graduate yang bergaji antara RM1,800 hingga RM2,500 sebulan.

Tambah pulak sekarang ni, banyak tawaran beli kereta dengan ‘skim tanpa deposit,’ yang mana mereka tak perlu bayar pendahuluan untuk memiliki kereta.

Dengar macam menarik, kan?

Cuma ramai graduan tak tahu pasal ni. Betul, tak payah bayar deposit. Tapi korang kena bersedia untuk bayaran ansuran bulanan yang lebih tinggi berbanding kadar biasa.

Ini sebab korang akan dikenakan kadar faedah (interest) yang lebih tinggi.

Habis belajar, terus ada hutang besar

Dan bila korang tak mampu tanggung beban bayaran balik hutang loan kereta, pihak bank akan isytiharkan korang muflis. Korang suka ke kalau kena macam tu?

Bayangkan masa belajar di IPTS atau IPTA, dah tentu korang dah terbeban dengan hutang PTPTN.

Bila korang dah graduate dan baru mula bekerja, sanggup lagi tambah lagi satu hutang?

Sebab tu ramai orang kata graduan yang tamat pengajian, akan mulakan pekerjaan dengan kewangan negatif.

Tapi, berapa banyak kali Tok nasihatkan pun, mesti ramai yang kat luar sana dah tetap dengan pendirian ini :

“Ah, aku dah belajar lama kot. Takkan nak beli kereta baru pun tak boleh?”

Okay. Korang nak beli jugak? Baca perkongsian ini dulu sebelum korang buat keputusan muktamad.

Beli kereta umur 23. 30 baru habis bayar hutang?

1. Bila tamat pengajian, ramai yang ada impian nak beli kereta.

2. Dah lama sangat naik motor, buatkan kita rasa naik kereta macam naik belon rasanya.

3. Gaji pertama guna beli kereta, maka beban hutang menjadi 2 – PTPTN dan juga hutang kereta.

Biasanya, kereta yang jadi target graduan yang baru mula bekerja adalah Myvi, Axia, Vios, Honda City, dan lain-lain.

4. Tujuh (7) tahun ke depan (atau lebih teruk, 9 tahun), korang tanggung beban. Kalau baru mula bekerja masa umur 23 tahun, umur korang 30 baru settle bayar hutang kereta tu.

5. Nak beli rumah, dah susah. Sebab hutang kereta makan masa yang lama nak habis. Lagi teruk, ada terlepas bayar ansuran bulanan sekali dua. Bank gelak je tengok sikap korang.

6. Kereta yang dibeli pada harga RM60,000, selepas 7 tahun, dah turun nilai jadi RM20,000. Nak jual, rugi.

7. Lepas graduate dan mula bekerja, kawan-kawan korang akan galak post gambar kereta baru dekat Instagram.

Nasihat Tok, korang tak perlu teruja dan sakit hati. Sebab semua tu hutang dengan bank, buka bayar lump sum satu kali.

8. Naik LRT pun, selesa jugak. Korang boleh cari jodoh dalam tu. Bukan macam naik kereta, seorang je memandu ke tempat kerja.

Naik motor pun, syok jugak. Sebab korang tak terkesan dengan traffic jam yang menggila dekat bandaraya Kuala Lumpur ni.

Jadi, tak salah pun guna pengangkutan awam atau naik motor untuk ke tempat kerja. Banyak duit yang korang boleh jimatkan.

9. Jangan percaya kalau kawan-kawan korang kata, mereka beli kereta hasil dari titik peluh sendiri. Dia mungkin baru bayar duit muka.

Padahal, hutang bank masih lagi berganda.

10. Trending sekarang, bukan beli kereta dan tayang waktu konvo. Tapi mula beli rumah pertama yang sederhana.

Ini pengalaman aku sendiri beli kereta baru

Aku yang beli Toyota Vios ni pun, sakit nak bayar bulan-bulan RM900. Belanja minyak je dah RM200 sebulan. Tu tak campur lagi dengan kos maintenance kereta sebanyak 3 bulan sekali.

Sekali servis, boleh makan RM300 hingga RM400. Kena jugak sediakan duit sekiranya berlaku kerosakan seperti tayar bocor atau kemalangan.

Kalau nak ganti tayar bocor, confirm kena RM250 sebiji. Bayaran parking pun, kena ambil kira.

Bila beli kereta baru, mesti korang nak make up sikit-sikit, kan? Paling kurang, mesti nak merasa tukar sport rim baru. Tambah skirting, spoiler, tukar audio, tinted cermin, dan macam-macam lagi la.

Sumber gambar – nicknashram.blogspot.my

Semua kos tu je, dah nak cecah RM2,000 hingga ke RM3,000. Silap-silap, lebih lagi.

Orang yang baru bekerja ni, biasanya tak nampak mana perkara yang lebih penting. Memang nampak seronok tengok orang yang baru graduate bawak kereta baru.

Tapi kita tak sedar. Kadang-kadang, orang macam ni yang poket terlebih kering berbanding poket orang biasa.

Semua ni, aku cakap berdasarkan daripada pengalaman aku sendiri.

Patutnya, lebihkan simpanan. Sebab ada banyak benda lebih penting yang patut korang buat selain daripada beli kereta.

Korang kena kaji apa yang patut secara serius, dan buat pilihan bijak. Dua-dua pun hutang, boleh jadi baik dan juga buruk.

Tak salah pun nak beli dua-dua. Tapi kalau nak senang tanggung hutang tu, korang kena buat kerja lebih sikit la.

Cuma, pertimbangkan dulu risiko yang akan ditanggung dan tahap kewangan semasa korang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here