PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

‘Orang gila’ ini baru 25 tahun. Tapi, ada 3 biji rumah

Tak mustahil nak capai apa saja yang kita impikan dalam dunia ni.

Dengan syarat, usaha keras kena ada. Sambil berusaha tu, cari ilmu yang betul dan belajar dari pengalaman orang lain yang dah berjaya.

Semua orang berhak menikmati kejayaan dalam hidup. Dan ini termasuk korang yang tengah baca sekarang.

Buat yang tengah mencari inspirasi, korang akan ‘terbakar’ lepas baca perkongsian Cikpuan Syafieqah A’lya ni.

Kalau beliau boleh buat, apa lagi alasan yang korang nak bagi?

Baru 25 tahun, tapi dah ada 3 biji rumah bernilai lebih RM1 juta?

1

Gaji rendah bukan penghalang beli rumah – Kredit gambar: Facebook Syafieqah A’lya

Setahun lalu, kisah beliau pernah jadi viral apabila gadis berusia 25 tahun ini berkongsi kejayaan memiliki hartanah pada usia muda.

Semasa berusia 23 tahun, kisah Siti Nursyafieqah Abu Bakar hebat diperkatakan apatah lagi dengan gaji pokok masa tu hanya RM1,600.

Namun, siapa sangka di sebalik cerita itu, sebenarnya terselit satu cerita dia menyekat nafsunya semata-mata untuk menyimpan untuk masa hadapan.

Benar kata pepatah Melayu dulu-dulu. Memang tepat untuk gambarkan situasi beliau satu ketika dulu:

‘Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian.’

Diet kewangan ketat punca utama gadis ini selamat

“Saya pernah mengikat perut demi memenuhi tabung simpanan. Malah, takde masa nak bersosial dengan kawan-kawan.”

“Sampai saya pernah dikatakan gila oleh mereka.”

“Selama setahun saya tetap dengan cara sendiri nyata diet kewangan ketat yang diamalkan sejak zaman Diploma menjadi sandaran sehingga kini,” katanya.

Kejayaan yang beliau perolehi bukan datang bergolek di hadapan mata.

Sebaliknya berusaha keras dengan melakukan 2 pekerjaan setiap hari, sehingga dia berjaya laksanakan misi beliau.

Di sebalik kisah yang viral tu, Siti Nursyafieqah atau lebih dikenalikan dengan nama Syafieqah A’lya di media sosial, dia berkongsi rutin hariannya selepas menerima tawaran bekerja sebagai Eksekutif Jualan di sebuah institusi perbankan ternama.

Saya bermula dengan gaji asas serendah RM1,600 semasa awal permulaan kerjaya, dan ketika itu usia saya baru cecah 21 tahun.

Sedangkan, rakan-rakan yang lain dibayar gaji RM2,000 sebulan.

Nak dapat lebih, kena kerja keras

Saya tak cemburu dengan mereka, tapi cuba untuk tingkatkan pendapatan dengan bekerja separuh masa di pasar raya.

Bukan itu je.

Duit komisyen dan OT yang dibayar pihak bank akan dibahagi 2 untuk tujuan simpanan dan pelaburan ASB.

Dengan gaji RM1,600 tu, saya belanjakan untuk rumah sewa, pengangkutan, perbelanjaan makan dan minum serta duit saraan ibu bapa, katanya.

Tambahnya, setiap 24 jam sehari tak disia-siakan dengan berlibur, tapi dipenuhi dengan aktiviti bermanfaat untuk mencari rezeki sampingan.

Bahkan, dia jugak takde masa untuk pulang ke kampung halaman sebab sentiasa sibuk merencanakan aktiviti harian, dan juga mengumpul duit simpanan agar dapat memiliki hartanah selepas bekerja.

Dia bersyukur, sikapnya yang jimat-cermat dan berbelanja secara berhemah tu tak dah sebati dalam diri beliau sehingga hari ini.

Apa misi yang paling penting dalam hidup anda?

Biarkan je apa yang orang nak kata. Yang penting, kita sentiasa pandang ke hadapan.

Alhamdulillah, saya dapat mencapai impian untuk memiliki rumah impian ketika umur 23 tahun.

Saya akui takde masa untuk berhibur sebab melihat kepentingan misi hidup yang perlu dilaksanakan terlebih dulu.

Mungkin ramai katakan saya seorang anti sosial atau kera sumbang, namun kata-kata menjadi pembakar semangat untuk berjaya, katanya.

3 tahun dah berlalu, Syafieqah A’lya kini berjaya memiliki 3 hartanah bernilai lebih RM1 juta, dan merancang untuk teruskan pembelian hartanah pada masa akan datang.

Sumber asal: Sinar Harian

14 step ini untuk mula bina portfolio hartanah anda

Saya nak share sikit step mudah yang saya fikir semua pasangan muda mampu realisasikan.

Katakan, korang dan pasangan baru bekerja. Dan waktu tu korang baru berumur 23 tahun. Gaji korang dan pasangan waktu tu, RM2,000 setiap seorang.

Andaikan gaji korang dapat kenaikan RM100 setahun.

1. Untuk LELAKI, pakai dulu motor yang korang guna masa belajar dulu. Elakkan beli kereta.

2. Yang WANITA pula, beli kereta Perodua Axia. Komitmen bulanan, katakan RM500.

3. LELAKI buat pembiayaan ASB RM100,000, dengan tempoh pembiayaan 30 tahun dengan komitmen bulanan RM550.

Biarkan duit kat dalam tu dan jangan usik langsung selama 3 tahun. Dividen terkumpul yang korang akan dapat pada kadar 7.25% adalah RM23,300.

Bila jual sijil (RM4,500), akan jadi RM27,800++.

Majlis kahwin, wajib belanja macam anak raja?

4. Si wanita pulak buat pembiayaan ASB RM50,000, komitmen bulanan RM275. Macam atas tadi jugak, jangan usik dividen selama 3 tahun.

Dividen terkumpul untuk tempoh 3 tahun tu (kadar dividen tahunan 7.25%, sama macam kat atas tadi) akan jadi RM11,650.

Tambah pulak bila jual sijil nanti (RM2,250), korang akan dapat sebanyak RM13,900 tunai.

5. Jumlah terkumpul yang korang akan dapat adalah RM41,700. Boleh dah berkahwin pakai duit tu.

Bajet untuk majlis kahwin, setkan RM10,000 je. Kalau parents korang nak buat lebih havoc, minta mereka support.

Nak tak nak, korang teguhkan hati dekat bajet RM10,000 tu.

Buat apa nak malu berkahwin secara tak melebih-lebih? Lebih baik bertindak secara bijak berbanding nak nampak gah dan hebat untuk satu hari je.

Hidup korang berdua lepas berkahwin tu yang patut korang risaukan. Majlis sanding tu, kejap je.

6. Jadi, baki korang tinggal RM31,700.

Nak buat apa? Cari aset yang boleh bagi korang positive cash flow.

Rumah lelong atau second hand?

7. LELAKI cari rumah pertama. Low cost pun takpe. Cari yang harga kurang RM100,000.

Mana ada dah rumah RM100,000? Pergi cari dulu. Mesti ada punya. Tak kira la lelong atau rumah second hand (subsale).

EPF Akaun 2 korang dah ada dalam RM5,500. Bajetkan cash sebanyak RM10,000 untuk urusan beli rumah (10%) dan keluarkan duit EPF Akaun 2 tu.

Mana-mana fi yang boleh serap dalam loan bank, sekalikan.

Bayaran bulanan untuk rumah tu akan jadi RM450 (anggaran). Andaikan rumah tu, korang boleh sewakan RM600 sebulan.

Dapat penyewa? Korang tak belengah dan terus siapkan tenacy agreement.

8. Yang WANITA jugak, cari rumah pertama macam si LELAKI tadi.

9. Korang menyewa dulu rumah untuk tempoh 3 tahun tu. Kalau boleh duduk dengan family untuk sementara waktu, lagi bagus. Banyak korang boleh jimatkan. Hehe.

Baki tunai korang setakat ini akan tinggal RM11,700.

10. Dengan jumlah dalam EPF Akaun 2 korang tadi, boleh tampung RM150 sebulan untuk bayar ansuran rumah masing-masing.

Jadi, komitmen korang untuk rumah masing-masing cuma RM300 je setiap seorang.

Simpanan cecah lebih RM500,000? Wow!

11. Dengan pendapatan sewa korang tadi (RM600 + RM600), buat pembiayaan ASB RM100,000 setiap seorang.

Gunakan duit pendapatan sewa tu untuk bayar ansuran bulanan. Jangan usik dividen tu selama 3 tahun.

Jumlah dividen terkumpul korang akan jadi RM46,700. Tambah pulak dengan jual sijil (RM6,300), cash yang korang akan dapat adalah sebanyak RM53,000.

Campur pulak dengan jumlah cash yang ada dalam tangan korang:

  • RM53,000 + RM11,700 =
  • RM64,700

12. Kekalkan pembiayaan RM100,000 ASB si WANITA tadi, sampai habis tempoh pembiayaan dengan komitmen bulanan RM600 secara konsisten (selama 22 tahun).

Dan macam biasa. Biarkan je dividen berkembang dalam tempoh tu. Ini untuk simpanan jangka masa panjang korang.

Lepas 22 tahun, simpanan terkumpul korang akan jadi RM516,000.

Tak salah upgrade beli rumah besar sikit (bila dah mampu)

13. Dengan baki pada step 11 tadi (RM64,700), korang guna untuk beli rumah duduk sendiri. Saya bagi contoh, rumah tu harga RM300,000.

Buat pembiayaan bersama dengan pasangan korang kalau perlu. Baki duit cash yang ada, boleh gunakan untuk minor renovation dan beli barang-barang rumah.

Komitmen bulanan masa ni lebih kurang RM1,350. Waktu ni, gaji pun dah naik dan korang takde masalah untuk bayaran ansuran rumah.

Lagipun, dah ada disiplin dan karakter menyimpan yang korang bina sebelum ni. Pandai-pandai la korang share bayar. Kata nak hidup selesa bersama, kan?

14. Paling kurang, korang dan ada 3 biji rumah. Kereta pun dah nak habis bayar. Gaji pun dah best masa ni.

Mungkin tiba masa untuk upgrade kereta tu. Reward diri sebab dah berjaya capai ke tahap ni.

Disclaimer: Ini sekadar ilustrasi saya, tanpa kira sekali faktor dan kos-kos yang lain. Bagi saya, kos tu boleh kita cukupkan dengan mencari pendapatan tambahan.

Perancangan untuk masa depan dan disiplin diri kita je yang mampu mengubah. Takde alasan lain. Antara korang NAK BUAT atau TAK NAK BUAT je.

Apa yang Cikpuan Syafieqah A’lya cakap tu? Antara korang nak atau tak nak buat je. Dia takde “nanti dulu,” atau lain-lain yang sama jenis dengannya.

Dan tak bermakna korang kena ikut bulat-bulat apa yang beliau cadangkan. Korang boleh je ubah ikut kesesuaian hidup korang sendiri.

Artikel ni bermanfaat? Silakan SHARE dan panjangkan kepada anak muda yang lain. Sama-sama kita pasakkan kesedaran membeli hartanah sewaktu muda-mudi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *