Boleh ke bela haiwan peliharaan dalam kondominium dan apartmen (rumah berstatus strata)?

Boleh ke bela haiwan peliharaan dalam kondominium dan apartmen (rumah berstatus strata)?

1211
0
SHARE
Sumber gambar: Pecinta Binatang
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Tok tahu. Ramai pembaca GH adalah pencinta haiwan.

Lagipun, adalah tuntutan agama Islam untuk berbuat baik dengan seluruh makhluk atas muka bumi ni, termasuk haiwan.

Mereka selalu berdepan dengan masalah untuk membela haiwan kesayangan di apartmen atau bangunan jenis high rise yang lain dalam negara ni.

Betul ke tak boleh bela haiwan peliharaan dekat dalam bangunan berstatus strata (segala kediaman high rise seperti kondiminium, apartmen, dan sebagainya)?

Jangan risau. Perkongsian yang Cikpuan Tang Ruxyn coretkan dekat laman web Says.com ini akan menjawab persoalan korang tu.

Ada perubahan dekat Akta Pengurusan Strata yang lama – Berita baik ke buruk?

Salah satu kelemahan untuk duduk di apartmen atau kondominium sering berkait dengan peraturan ketat yang melibatkan haiwan peliharaan.

Akibatnya, ramai pencinta haiwan terpaksa cari rumah landed untuk elakkan kekangan daripada pengurusan apartmen dan kondiminium. Itu pun bukan semua rumah.

Penduduk di Malaysia tertakluk kepada perjanjian dengan kondominium atau pengurusan apartmen, di mana membela haiwan kesayangan adalah dilarang.

Tapi baru-baru ni, perubahan kepada Akta Pengurusan Strata mendapat perhatian ramai orang.

Dan ini tertumpu kepada amalan membela haiwan peliharaan di rumah berstatus strata seperti kondominium dan pangsapuri (jenis high rise building).

“Masih tak boleh bela haiwan peliharaan dalam bangunan high rise ke?”

Laporan daripada The Edge pada Oktober lepas mendedahkan yang pemilik unit berhak membela haiwan di kondominium masing-masing.

“Menurut Undang-Undang 14 dalam Jadual ke-3 Pengurusan Strata (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2015, haiwan peliharaan dibenarkan melainkan jika ia menyebabkan masalah seperti mengganggu, atau melibatkan risiko kesihatan kepada penduduk lain dalam sesebuah kawasan itu,” jelas peguam dan rakan kongsi Pretam Singh Nor & Co, Datuk Pretam Singh, berkata kepada The Edge.

Tak cukup dengan itu, laman web komuniti popular, Petfinder.my juga sahkan yang haiwan peliharaan dibenarkan dalam kondominium dan juga apartmen di Malaysia.

Dalam sebuah nota yang disiarkan di laman Facebook Petfinder.my pada 9 November lepas, Pretam menjelaskan yang Deed of Mutual Covenants (DMC) menggariskan perkara yang boleh dan tak boleh dibuat dalam bangunan berstatus strata.

Semua pertelingkahan yang melibatkan isu ini berakhir pada tarikh 2 Jun 2015 sebagai pindaan kepada Akta Pengurusan Strata yang berkuatkuasa pada 1 Jun 2015.

Dengan penguatkuasaan undang-undang yang dipinda, Pretam menambah:

“Akta DMC yang masih digunapakai adalah Third Schedule of the Regulation, yang sekaligus menjadikan undang-undang ini sebagai akta standard untuk semua pemilik unit strata di negara ini.”

Ini bermakna, penyewa tak lagi terikat kepada akta DMC. Tapi undang-undang baru menyediakan satu mekanisme bagi undang-undang kecil yang dibuat.

Dan undang-undang kecil ini tak boleh bertentangan dengan undang-undang kecil berkanun.

Apa pula yang berlaku kalau badan pengurusan kondominium membuat undang-undang kecil, yang menghalang penduduk bela haiwan peliharaan?

Perbadanan Pengurusan (MC) merujuk kepada badan pengurusan kandominium, atau mana-mana kawasan yang mempunyai berbilang pemilik dan kemudahan awam yang dikongsi.

“Adalah jelas yang mesyuarat agung tahunan Perbadanan Pengurusan mungkin menerima pakai undang-undang kecil berhubung dengan haiwan peliharaan, tapi ia tak sesuai dengan Jadual Ke-3 Undang-Undang Kecil (Standard Mengikut Undang-Undang),” kata Pretam.

“Jadual Ke-3 Undang-Undang Kecil (Standard Undang-Undang) membenarkan pemilik unit untuk menyimpan haiwan peliharaan, dan mana-mana larangan yang bertentangan dengan perkara ini adalah tak boleh digunapakai.”

Ada tak perkara lain yang anda kena ambil tahu?

Seperti yang dinyatakan sebelum ni, haiwan peliharaan dibenarkan kecuali mereka jadi penyebab kepada gangguan dan penyakit.

Pretam menjelaskan secara lebih mendalam tentang nota yang diterbitkan oleh laman web Petfinder.my:

“Perkataan “mengganggu” (nuisance) dan “kegusaran” (annoyance) sering digunakan bersama-sama, tapi hakikatnya, ia mempunyai maksud yang berbeza.

Maksud klasik bagi ayat “mengganggu” (nuisance) pada abad ke-19 adalah “sesuatu yang menyusahkan dan mengganggu secara material serta keselesaan fizikal seorang manusia.”

Sebagai contoh, aktiviti yang menyebabkan gangguan bunyi yang berlebihan, atau habuk atau asap, mungkin dianggap sebagai suatu perkara yang mengganggu.

Apa-apa pun, anda masih perlu patuhi undang-undang pihak berkuasa tempatan (dekat tempat yang anda tinggal)

Sebagai contoh, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) secara khusus menyatakan bahawa anjing kecil je yang dibenarkan dalam rumah berstrata.

Antara jenis-jenis baka yang dibenarkan:

  • Miniature Pinscher,
  • Bichon Frise,
  • Pekingese,
  • Papilon,
  • Poodle (Toy),
  • Japanese Chin,
  • Maltese,
  • Pomeranian,
  • Chihuahua.

Sebaliknya, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menghalang pemilik unit untuk membela anjing dalam bangunan berstatus high rise.

Oleh tu, penduduk Malaysia boleh merujuk kepada majlis tempatan masing-masing untuk dapatkan maklumat lanjut tentang perkara tu.

Tok simpulkan jadi 3 poin (yang mudah anda hadam dan faham)

  • Pemilik haiwan peliharaan berhak (secara sah) untuk membela haiwan kesayangan di kondominium dan pangsapuri, kecuali undang-undang majlis tempatan secara terang-terang menghalang perkara ini,
  • Kalau majlis tempatan tak mempunyai undang-undang yang kenakan apa-apa sekatan, penyewa tak perlu dapatkan persetujuan daripada pihak pengurusan kondominium,
  • Jika pengurusan kondominium enggan patuhi perkara ni, korang boleh failkan kes di Tribunal Pengurusan Strata.

Nota: Macam mana nak failkan kes di Tribunal Pengurusan Strata? Pemilik haiwan kesayangan boleh merujuk dekat laman web ini untuk maklumat lanjut.

Tahniah Tok ucapkan. Sekarang korang dah tahu perkara yang sebenar.

Tak payah takut-takut lagi nak bawak haiwan peliharaan kesayangan korang ke dalam bangunan berstatus strata ya. Tapi, tetap kena tengok tempat jugak.

Dan kalau ada jugak yang menghalang, korang bagitahu je akta-akta yang terlibat. Paling kurang, orang yang tak tahu tu boleh jadi tahu lepas ni. Takde la dia ulang buat lagi.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY