PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Baru bekerja, tapi kewangan barai. Punca anak muda ini ‘terkena’ confirm buat anda terkejut

Sedih. Terkejut, apatah lagi.

Bercampur baur 2 perasaan ini. Dan korang pun pasti akan rasa yang sama lepas baca kisah sedih si anak muda ini.

Baru mulakan kerjaya, tapi hutang dah lilit keliling pinggang. Dan yang paling tak best dengar, semua ini bukan berpunca daripada diri dia sendiri.

Korang rasa, siapa punca utama anak muda ini tersangkut dengan masalah kewangan?

Kalau korang serius nak tahu, jemput baca perkongsian Tuan Harith Faisal ini. Jangan korang terkejut beruk ya. Tok dah siap pesan awal-awal ni.

Punca utama kewangan anak muda ini tenat

Saya ada terbaca kisah sedih baru-baru ini. Pasal seorang anak muda penjawat awam, berumur 22 tahun.

Dan dia jadi mangsa hutang yang serius sebab mak bapak dia.

Ya, sebab mak bapak dia sendiri.

Mak bapak sepatutnya jadi orang yang paling faham anak-anak. Tapi kesian, sebab mak bapak dia yang suruh dia berhutang sana-sini.

Dia mula terjerumus dalam masalah ini bila mula buat hutang kereta.

Dia tak nak beli kereta sebab lebih selesa pergi kerja naik motor. Semua sebab dia nak jimatkan belanja.

Lagipun, gaji anak muda ni RM2,000 saja. Tapi sebab mak bapak, dia turutkan juga.

Tengkingan jadi ‘makanan’ sebab tak ikut kata

Nak beli Saga, tak lepas sebab kereta second hand. Kena ada guarantor (penjamin).

Mak bapak tak boleh jadi guarantor sebab dua-dua dah blacklist. Ehem! Kat situ dah boleh nampak something wrong.

Jadi dia “dipaksa” buat personal loan.

Personal loan sebanyak RM40,000, beli kereta Myvi second hand RM32,000. Bakinya dia guna untuk repair kereta tu. Banyak rosak katanya.

Lepas tu, disuruh pula dia bayar hutang perabot RM3,000. Kemudian, bapaknya suruh pulak anak tu pasang garaj untuk kereta. Takut kereta yang dibeli tadi rosak.

Kesian bila dia kata dia dah tak mampu, bapak dia tengking dia.

Dan bila dia mengadu kat maknya, pun kena marah juga. Siap mak dia kata yang dia ni boros dan tak reti simpan duit.

Nak survive apa dengan RM200 sebulan?

Sedih wei!

Padahal lepas tolak duit hutang, duit sewa rumah, bil-bil semua dan duit simpanan untuk kahwin tahun depan, dia tinggal RM200 saja untuk survive. Jenuh nak jimat.

Ini nasihat saya untuk korang yang hadapi situasi yang lebih kurang macam ni :

#1 : Jangan takut untuk cakap ’tidak’

Beranilah untuk kata “tidak” kat orang yang suruh kita berhutang. Walaupun mak bapak kita sendiri.

Kalau kau gaji besar, takpe la. Tak luak pun. Yang gaji kecik, memang tak ke mana.

#2 : Mak bapak tak percaya? Bagi bukti

Tunjukkan kira-kira bajet bulanan kat mak bapak jika perlu. Baru la mereka tahu yang kita ni, kena berjimat tahap ikat perut kaw-kaw kalau tambah hutang lain ikut kemahuan.

#3 : Buat side income secara rahsia

Ini cara terakhir. Korang buat la side income banyak-banyak. Tapi jangan bagitau mereka. Kalau nak harapkan gaji RM2,000 tu saja, memang tak cukup.

Apa yang saya nampak sekarang, bukan anak muda saja yang kena ada ilmu kewangan. Mak bapak kita pun kena ada ilmu kewangan dan pelaburan. Saya ada sebut dalam talk saya tadi.

Ilmu kewangan untuk kegunaan semua. Bukan setakat anak muda saja

Mak bapak boleh jadi orang yang sangat supportive bila anak nak jaga kewangan. Mak bapak juga boleh jadi penyebab anak-anak terjebak dengan dosa kewangan yang serius.

Tak ada istilah terlambat untuk mula belajar tentang kewangan dan pelaburan.

Kalau bukan untuk diri sendiri, ia mungkin berguna untuk anak kita nanti. Jadilah, mak bapak yang bijak!

Ending tak lawak hari ni. Tapi peduli apa aku.

Haha! – HF

Selalunya yang Tok dengar berkaitan dengan wedding of the year. Boleh kata, ini kisah yang cukup baru di mata Tok.

Kesian anak muda tu. Tok harap, mak bapak kat luar sana boleh ambil iktibar daripada perkongsian hari ini.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *