Bandar Baru Setia Awan Perdana – Kediaman mesra keluarga, pada harga (serius) mampu milik

Korang pernah terfikir nak beli rumah yang dekat dengan kawasan perlancongan?

Bayangkan. Korang dapat nikmati suasana yang nyaman, sebab dekat dengan kawasan pantai. Orang lain kemain susah nak tengok pantai, korang pulak senang-senang boleh ke sana.

Bagi yang dah bekeluarga, pasti korang tengah mencari tempat yang sesuai untuk besarkan anak-anak. Dan ini salah satu tempat yang Tok sarankan kat korang.

Projek perumahan ini, menjanjikan gaya hidup yang berkualiti serta lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk kegunaan isi keluarga korang.

Nak tahu lebih lagi? Jemput hadamkan perkongsian Tok ini.

Peluang emas untuk anda beli rumah bawah RM300K

Projek yang Tok maksudkan, diberi nama Bandar Baru Setia Awan Perdana (atau nama singkatan, BBSAP).

Setia Awan Holdings Sdn Bhd adalah pemaju yang bertanggungjawab membangunkan projek perumahan mampu milik ini. Bab kredibiliti, korang tak perlu pening kepala. Mereka antara pemaju yang tersohor dan dipercayai kat Malaysia.

Projek BBSAP ini dibina kat daerah Manjung, Perak. Tok ada kongsikan serba sedikit tentang kawasan Manjung 2 hari lepas. Klik sini kalau korang nak baca balik.

“Apa yang saya boleh jangka kat projek perbandaran ini, Tok?”

Dekat Bandar Baru Setia Awan Perdana ni, korang boleh jangkakan kemudahan yang mantap. Tok akan jelaskan lebih lanjut tentang bab ini kejap lagi.

Menurut jurucakap Setia Awan Holdings Sdn Bhd, fasa pertama projek ini telah siap dan sebanyak 1,147 unit rumah teres setingkat dah habis dijual. Fasa ke-2 dan ke-3 masih lagi dalam pembinaan.

Projek ini dibina secara berperingkat. Ada 5 fasa secara keseluruhan, dan dijangka siap pada tahun 2019.

3 jenis unit kediaman untuk anda pilih

Projek BBSAP ini dibina atas tanah Rezab Melayu (Malay Reserve Land), yang berkeluasan 1,012 ekar dan bakal merangkumi lebih 10,000 unit kediaman dan bangunan komersial untuk kegunaan penduduk kat sini.

Buat korang yang mencari rumah Freehold (Hak Milik Kekal), Bandar Baru Setia Awan Perdana boleh jadi pilihan yang tepat untuk korang.

Tok tak habis lagi cerita pasal fasa ke-2 dan ke-3. Pembinaan fasa ke-2 melibatkan 1,555 unit teres setingkat, dengan 3 bilik dan 2 bilik air. Dan fasa ke-2 pulak melibatkan pembinaan 1,476 unit kediaman jenis kluster berkembar setingkat, yang lengkap dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Dah alang-alang tu, Tok jelaskan sekali jenis unit yang ditawarkan kat BBSP ni. Ada 3 jenis yang korang boleh pilih:

D’Azalea (Jenis Kluster Berkembar Setingkat, berkeluasan 33’ X 60’)

D’Almanda (Jenis Kluster Berkembar Setingkat, berkeluasan 33’ X 60’)

D’Arwana (Jenis Teres Setingkat, berkeluasan 20’ X 65’)

BBSAP, lengkap dengan macam-macam kemudahan? 

Projek BBSAP (yang juga projek usahasama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak) ini, bukan saja menawarkan unit rumah pada harga mampu milik semata-mata.

Pada harga bawah RM300,000, korang akan dapat nikmati kemudahan asas dan lengkap seperti:

  • Stesen minyak,
  • Surau,
  • Masjid,
  • Lot perniagaan,
  • Taman tasik tropika,
  • Klinik kesihatan,
  • Balai bomba,
  • Balai polis, dan
  • Cawangan Majlis Daerah.

Dan buat itu saja. Kat sini jugak, akan dibina sebuah kelab seluas 10 ekar, lengkap dengan kemudahan berikut:

  • Gym,
  • Kolam renang bersaiz Olimpik,
  • Gelanggang tenis dan bola keranjang,
  • Lapangan sasar golf,
  • Dewan serbaguna,
  • Maze Garden,
  • Trek basikal,
  • Trek jogging, dan
  • Taman permainan.

Tak perlu pun keluar dari dalam kawasan BBSAP. Korang boleh beridah dengan keluarga tanpa perlu risau tentang keselamatan mereka.

Dekat BBSAP jugak, sebuah Dewan Badminton Datuk Misbun Sidek akan dibina bagi mencari bakat baru kat sekitar Sitiawan dan Seri Manjung, untuk menyertai Skuad Badminton Nusa Mahsuri.

Apa lagi yang menarik dekat dengan BBSAP ni?

Dari tadi Tok fokus cerita tentang projek BBSAP ni. Sekarang, Tok nak cerita tentang kemudahan yang ada dekat luar BBSAP ni pulak.

Boleh kata, banyak kawasan tumpuan perlancongan yang ada dalam kawasan Manjung ni. Antara lokasi yang terkenal seperti:

  • Teluk Batik (resort, pantai, taman permainan, taman rekreasi),
  • Taman Esplanade, Lumut (tempat rekreasi),
  • Pasir Panjang, Segari (pantai, pusat pembiakan penyu, lokasi memancing),
  • Teluk Senangin (pantai),
  • Pasir Bogak (pantai),
  • Teluk Nipah (pantai),
  • Pantai Puteri Dewi (pantai, resort),
  • Pangkor Village (pantai),
  • Kota Belanda Pangkor (tempat bersejarah),
  • Lata Ulu Licin Beruas (air terjun),
  • Pulau Marina (Marina Island, Teluk Muruh) (jeti dan perlancongan), dan banyak lagi.
Sumber gambar – Foto Manjung – Blogger

Kalau korang mencari pasaraya, cukup senang. Antara pilihan yang ada kat sini seperti:

  • Pasaraya RAPID (Cawangan Seri Manjung),
  • Pasaraya Billion (Cawangan Jalan Lumut),
  • Pasaraya Billion (Cawangan Pantai Remis),
  • Pasaraya Besar TESCO,
  • AEON Seri Manjung,
  • The Store,
  • Econsave,
  • Pasaraya Kamdar,
  • Mydin Hypermarket Seri Manjung (dalam perancangan),
  • TF Value Mart Seri Manjung.

Nak ke pusat kesihatan dan hospital, pun dah tersedia kat sini. Korang boleh pergi ke antara 3 pilihan ini:

  • Hospital Seri Manjung,
  • Pantai Hospital Manjung,
  • KPJ Sri Manjung Specialist Centre.
Sumber gambar – oum.edu.my

Dekat sini jugak, dah ada macam-macam pusat pengajian tinggi. Antaranya seperti:

  • Kolej Komuniti Manjung,
  • Kolej Vokasional Seri Manjung,
  • Open University Malaysia (Seri Manjung),
  • Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Seri Manjung,
  • Teluk Intan Community College Manjung,
  • Mont Royale College – TVET (Seri Manjung),
  • Kolej Perikanan Malaysia (Lumut), dan
  • UniKL MIMET (Lumut, Perak).

Hanya 1 jam 30 minit dari KL ke BBSAP?

Biasanya kalau ikut Lebuh Raya Utara Selatan, korang boleh sampai ke kawasan ini dalam masa 3 jam lebih.

Itu pun, kalau takde halangan traffic jam yang menggila. Siapa yang biasa balik masa musim perayaan, korang faham maksud Tok, kan?

Dan tak lama lagi, korang ada pilihan lebuh raya yang lain selain Lebuh Raya Utara Selatan. Lebuh raya ini dikenali sebagai Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (Westcoast Expressway E32).

Dengan jaringan lebuh raya ni, korang boleh sampai ke Selatan dan jugak Utara, tanpa perlukan banyak masa. Kalau dari KL nak ke sini (BBSAP), korang hanya perlukan 1 jam 30 minit saja!

Dari Taiping untuk ke BBSAP pulak, hanya ambil masa 30 minit saja. Laju tak?

Sekarang ni, pembinaan projek lebuh raya ni dah siap 50%. Awal tahun depan, projek ni dijangka siap sepenuhnya.

Nah, Tok tambah lauk sikit lagi. Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat bersambung dengan jaringan lebuh raya utama lain, seperti:

  • North-South Expressway (PLUS),
  • KL Kuala Selangor Expressway (LATAR),
  • New North Klang Straits Bypass (SHAHPADU),
  • Shah Alam Expressway (KESAS),
  • South Klang Valley Expressway, dan
  • North Klang Valley Expressway.

Bermakna, bertambah mudah untuk korang sampai ke sini. Best, kan?

Ini peluang anda belajar ilmu hartanah power secara PERCUMA

Korang tak ada sebarang pelan pada hujung minggu ini?

Kalau tak ada atau tengah mencari aktiviti, Tok nak jemput korang datang beramai-ramai ke Pejabat Setia Awan untuk sesi Sembang Hartanah bersama Tuan Faizul Ridzuan.

Topik yang akan dibincangkan adalah:

  • Tinjauan Pelaburan Hartanah Selepas Pilihan Raya 2018,
  • Prestasi Pelaburan Hartanah Di Bawah Kerajaan Baru,
  • Tip Membeli Hartanah Tahun 2018,
  • Pelaburan Hartanah di Perak – Boleh ke buat duit?

Anda berminat nak datang? Ini maklumat Sembang Hartanah yang korang perlu tahu:

  • Tempat: Pejabat Setia Awan (Tingkat 5), No.131, Persiaran PM2/1, Pusat Bandar Seri Manjung Seksyen 2, 32040 Seri Manjung, Perak.
  • Masa: 11 pagi hingga 5 petang.
  • Tarikh: 4 Nov 2018 (Ahad)

Nota: Sesi Sembang Hartanah akan berlangsung pada pukul 2.30 petang.

“Berapa saya kena bayar untuk datang ke sesi Sembang Hartanah ini, Tok?”

Pasal bayaran dan makanan, korang tak perlu risau. Semuanya ditanggung beres oleh pihak Setia Awan. Korang hanya perlu mendaftar untuk tempah tempat duduk saja.

Cuma, korang kena daftar laju-laju sebab TEMPAT DUDUK ADALAH TERHAD.

Korang boleh mendaftar segera dengan mengisi borang dekat bawah ini:

120 Shares

1 thought on “Bandar Baru Setia Awan Perdana – Kediaman mesra keluarga, pada harga (serius) mampu milik

  1. tok..saya nak tanya..saya nak batalkan satu pembelian rumah..belum sign s&p lagi,agreement dengan bank pun blm sign..cuma baru sign L.O,boleh ke saya batalkan L.O yg saya dah sign tu?sebab saya nak amik rumah yang sesuai dengan gaji saya.

Leave a Reply