Home Analisa Kawasan Bandar Baru Bangi : Syurga kediaman ideal untuk keluarga

Bandar Baru Bangi : Syurga kediaman ideal untuk keluarga

2610
8
SHARE
Sumber gambar - Wikimapia
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Apa yang korang fikirkan bila Tok sebut perkataan ‘Bangi’?

Bangi dulu yang dikenali sebagai pekan industri ’koboi’ (cowboy), telah dinobatkan sebagai ‘Bandar Ilmu’ (Knowledge City) pada 22 Jun 2008.

Bandar Baru Bangi terletak hanya 25KM dari bandar Kuala Lumpur, dan ia berlokasi antara Kajang dan Putrajaya.

Kawasan ini menjadi tumpuan sebagai pusat penempatan sebab terdapat pelbagai jenis ekonomi seperti perindustrian, perniagaan, dan perkhidmatan.

Yang pasti, Bandar Baru Bangi sangat maju kalau nak dibandingkan dengan yang dulu.

Sedikit maklumat tentang sejarah ‘pekan koboi’ ini

Kalau kita kaji sejarah dulu, Bandar Baru Bangi berasal daripada sebuah ladang kelapa sawit (West Country Estate) yang berkeluasan 5,118 ekar, dan mula membangun pada tahun 1974.

Semua ini berlaku selepas proses pengambilan tanah dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Bermula dari situ, sebanyak 200 buah unit rumah kos rendah, sederhana, dan tinggi dibina, bermula di Seksyen 1 (Bandar Baru Bangi ada 16 Seksyen secara keseluruhan).

Apa yang ada kat Bandar Baru Bangi?

Sumber gambar – EduAdvisor.my

Kalau tanya Tok, pusat pengajian tinggi adalah poin utama yang menjadikan Bandar Baru Bangi terkenal. Jadi, tak pelik la kalau tempat ini mendapat julukan ‘Bandar Ilmu.’

Antara sekolah yang ada di kawasan ini termasuk :

Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan

  • Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bangi,
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yoke Min,
  • Sekolah Kebangsaan Jalan Empat,
  • Sekolah Kebangsaan Seksyen 7,
  • Sekolah Kebangsaan Jalan Enam,
  • Sekolah Kebangsaan Bangi,
  • Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi,
  • Sekolah Kebangsaan Jalan 3.

Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan

  • Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi,
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko,
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga,
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat.

Ada juga sekolah persendirian kat Bandar Baru Bangi. Antara yang ada termasuk :

  • Sri Ayesha Islamic School,
  • Sekolah Seri ABIM, Sungai Ramal,
  • Tanarata International School,
  • Sekolah Rendah Agama Islam Bandar Baru Bangi.

Pusat pengajian tinggi, institusi pendidikan dan pusat latihan yang ada pula seperti :

  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN),
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL),
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),
  • Universiti Putra Malaysia (UPM),
  • German-Malaysian Institute (GMI).
  • Kolej Poly-Tech MARA (KPTM),
  • Institut Perguruan Islam,
  • Institut Latihan Maybank,
  • Institut Latihan CIMB,
  • Institut Latihan Public Bank,
  • Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI),
  • Infrastructure Universiti Kuala Lumpur (IUKL),
  • MEA Technology Centre,
  • Akademi Percukaian Malaysia (LHDNM),
  • Lembaga Perlesenan Sawit Malaysia (MPOB).

Salah satu tempat beli baju raya terkenal setiap tahun

Sumber gambar – Farhan Emily – blogger

Kawasan Bandar Baru Bangi juga menjadi port marhaen untuk beli barangan berkaitan pakaian. Ada macam-macam jenis perniagaan berkaitan butik kat sini.

Daripada baju kanak-kanak sampai la ke koleksi pakaian orang dewasa, semua korang boleh cari kat sini. Baik lelaki atau wanita.

Dan korang tak payah risau tentang bab kualiti. Kedai pakaian yang ada kat sini menawarkan produk yang unik dan bermutu tinggi. Harga yang ditawarkan pun menarik.

Butik-butik famous yang ada di Bandar Baru Bangi seperti :

  • Butik Labeyla,
  • Butik Gorgeous Mom Outlet,
  • Butik Ariani,
  • Butik Fahada,
  • Sutera Naqiyyah,
  • Butik Qalesha,
  • Hajaba,
  • Marian,
  • Butik Qasha,
  • Butik Mum Dreams,
  • Butik Siti Khadijah,
  • Tudung Fareeda,
  • Al-Ikhsan,
  • Butik Sutra Ungu,
  • Butik Zaida,
  • Moodha Boutique,
  • Butik Baju Korporat,
  • Butik Tateh.

Nak beridah dengan keluarga? Tak payah pergi jauh

Sumber gambar – eXplorasa

Seronok tinggal kat kawasan Bandar Baru Bangi. Sebab korang tak payah keluar pun dalam kawasan ini untuk beriadah dengan keluarga yang tersayang.

Bermakna, keluarga korang boleh jimat banyak berkaitan kos pengangkutan seperti minyak dan tol. Memang berbaloi-baloi.

Antara terdekat yang korang boleh pergi adalah Taman Tasik Cempaka.

Kemudahan awam yang disediakan kat sini adalah trek jogging sepanjang 3KM yang mengelilingi taman tasik ini, termasuk sebuah skatepark untuk penggemar sukan ekstrim.

Ada satu lagi taman rekreasi yang baru dibuka pada 27 Ogos 2016 di kawasan ini. Korang mesti pernah dengar tentang Bangi Wonderland.

Ada macam-macam aktiviti yang ditawarkan kat Bangi Wonderland ni, termasuk :

  • Kids Adventure,
  • Magic Funnel,
  • Anaconda Trail,
  • The Fall,
  • Green Pearl,
  • The Fall, dan lain-lain aktiviti.

Senang cerita, memang sesuai nak bawak anak-anak korang masa cuti sekolah. Korang tak payah nak menghadap traffic jam untuk ke taman tema yang lain kat Klang Valley ni.

Dekat mana nak hantar anak-anak kalau sakit?

Sumber gambar – Medical centers in Malaysia – blogger

Antara penentu utama kawasan tu bagus untuk didiami adalah kemudahan hospital dan klinik yang berdekatan.

Dan Bandar Baru Bangi lengkap dengan semua ini. Senang kalau korang atau anak-anak tak sihat dan perlu buat check up dengan doktor.

Antara hospital dan klinik kesihatan yang ada di kawasan Bandar Baru Bangi seperti :

  • Az-Zahra Islamic Hospital (jarak hanya 4 minit berjalan kaki saja),
  • Hospital Pakar An-Nur Hasanah Sdn Bhd (dengan jarak 3 minit berjalan kaki saja),
  • Megaklinik Zahran (paling dekat. Jarak hanya 1 minit berjalan kaki saja).
  • Medic IG Holdings Sdn Bhd (PMO) (jarak hanya 1 minit berjalan kaki),
  • KPJ Kajang Specialist Hospital (jarak 17 minit kalau naik kereta).

Wah, semua dekat-dekat belaka! Senang betul kalau korang duduk kat sini. Setuju?

Apa pandangan anda tentang Bandar Baru Bangi?

Okay. Panjang lebar dah Tok bercerita tentang Bandar Baru Bangi.

Tok pun manusia biasa. Mungkin ada yang Tok terlepas pandang tentang sebarang perkara yang menarik kat sini.

Korang ada sebarang pandangan dan apa-apa yang nak ditambah tentang Bandar Baru Bangi? Jemput kongsikan kat ruangkan komen.

Nota : Tok ada satu projek menarik nak kongsi kat korang. Nak tahu? Klik sini sekarang.

8 COMMENTS

    • Kami penduduk bangi xperlukan mrt. Bas perantara sudah memadai. Stesen mrt kajang & ktm ukm/kajang dan akan datang ktm kajang2 dah dekat bangi. Tak aman ada mrt lalu depan or atas rumah . Perhebatkan kekerapan bas rapidconnect ke stesen terdekat je.

  1. Tq tok ats pendapat tok di atas. Mohon pandangan tok untuk semenyih pula..sebab sy tngok kwsan di situ pesat membangun dgn developer sp setia. Rumah di semenyih pun murah lg..tp faktor jauh dari kl berbelah bahagi.

  2. Kawasan Bandar Baru Bangi juga menjadi port marhaen untuk beli barangan berkaitan pakaian. Ada macam-macam jenis perniagaan berkaitan butik kat sini.

    Butik marhaen? 😂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here