Home Tip pelaburan hartanah Sublet: Bagaimana Menjana Pendapatan RM2,000 Sebulan Dengan Hartanah Tanpa Perlu Ada...

Sublet: Bagaimana Menjana Pendapatan RM2,000 Sebulan Dengan Hartanah Tanpa Perlu Ada Hartanah?

18046
15
SHARE
Sublet Hartanah
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Macam mana tu? Pernah dengar SUBLET ?

Pelik, tak ada hartanah pun tapi masih boleh membuat keuntungan dengan hartanah?

Apa itu Sublet?

Sublet atau sub-sewa adalah istilah yang mula dikenali sejak kebelakangan ini.

Secara asasnya, sublet adalah suatu aktiviti apabila tuan rumah menyewakan unit kepada anda, dan anda pula menyewakan unit tersebut pada orang lain (sublet).

Macam Mana Boleh Buat Untung Dengan Sublet Ni?

Ada beberapa teknik yang selalu dipakai untuk membuat keuntungan melalui sublet iaitu:

  • Sewakan per unit rumah: Sewakan satu rumah sekaligus
  • Sewakan per bilik: Pecahkan sewa ikut bilik. Lain bilik, lain harga sewa
  • Sewakan per head (individu): Sewakan ikut harga sekepala. Lebih ramai orang dalam rumah tu, lagi tinggi sewanya.
  • Sewakan unfurnished (tanpa perabot): Sewakan rumah tersebut tanpa apa-apa perabot. Penyewa perlu bawa perabot sendiri
  • Sewakan partly-furnished (separa perabot)
  • Sewakan Fully furnished (lengkap dengan perabot)
  • Homestay (sewaan harian)

Secara amnya, sewa per head lebih menguntungkan subletter berbanding per bilik atau satu rumah seluruhnya. Jika kena dengan caranya, biasanya pendapatan sewaan boleh dapat dalam RM600-RM1,000 sebulan untuk sebuah unit rumah.

Sewakan secara Fully furnished juga boleh dilakukan dengan memasukkan barang2 keperluan sperti peti ais, sofa, TV, katil (perabot serba lengkap). Biasanya boleh dapat pendapatan sewaan dalam RM300-RM600 sebulan.

Unfurnished bermakna sewaan secara kosong (tiada perabot).

Partly furnished pula ada barang-barang asas spt peti ais, washing machine, TV (perabot separa lengkap).

Ada juga yg menjadikan unit sublet sebagai tempat homestay (sewa harian). Ini pun amat menguntungkan. Macam hotel lah.

Macam Mana Nak Mulakan Sublet Hartanah Ni?

Ada 7 langkah asas untuk ada memulakan bisnes sublet ini:

1) LOKASI.

Pilih lokasi rumah yang anda lihat sebagai lokasi “hot” untuk disewakan. Kebiasaannya, hartanah yang berdekatan dengan public transport seperti LRT station, shopping mall amat mudah sekali disewakan.

2) ANALISIS.

Sila buat kajian terlebih dahulu sebelum memilih unit sublet.

  • Apakah jenis sewaan yang sesuai? Fully furnished? Unfurnished?
  • Berapa harga market sewaan bagi setiap jenis tersebut?
  • Jenis unit mana yang penyewa tidak suka? Contoh : Elakkan unit yang menghadap playground kerana selain factor privasi, bunyi bising kanak-kanak mengganggu penyewa.

Jadi susah anda nak cari penyewa nanti. Fahami setiap detail sebelum mula memilih unit sublet.

Pada kebiasaanya saya lebih cenderung untuk memilih unit kosong (tanpa perabot) kerana unit sebegini lebih murah. Selain itu,tuan rumah juga lebih mudah untuk bersetuju kerana tak perlu bimbang perabotnya akan rosak.

3) PEMILIK RUMAH.

Berhubung dengan tuan rumah rumah dan berbincang dengan JUJUR akan niat anda untuk menjadikan rumahnya sebagai unit sublet. Skill negotiation (rundingan) anda amat penting.

Anda juga boleh berbincang melalui ejen hartanah jika anda tidak mengenali tuan rumah tersebut.

4) TENANCY AGREEMENT.

Jika tuan rumah setuju, maka segala terma dan syarat (Terms and Condition) pastikan tercatat didalam Tenancy Agreement (Perjanjian Sewaan) anda dengan tuan rumah. Biasanya tenancy agreement di ikat minimum 3 tahun barulah berbaloi.

5) FURNISHED/PARTLY FURNISHED/UNFURNISHED.

Jika anda sudah melihat bahawa sewaan Fully Furnished lebih menguntungkan, maka anda boleh membeli perabot dan masukkan ke dalam unit sublet anda.

Lagi bagus jika rumah itu sudah ada perabot sendiri (perabot milik tuan rumah) anda dapat jimat sedikit (kena pandai ayat tuan rumah la. Hehehe).

Anda juga boleh cari perabot-perabot terpakai dikedai-kedai perabot second hand.

Selain itu sebagai alternatif, boleh juga melalui Mudah.my utk dapatkan perabot yang murah.

6) IKLAN.

Disini ada trick sedikit. Anda perlu mula iklankan rumah sublet seawal 2 minggu SEBELUM dapat rumah. Buat iklan secara simple sahaja (ada harga sewa, berapa bilik, etc).

Jangan tunggu sehingga unit anda siap baru anda terhegeh-hegeh mencari penyewa. Saya ulangi, jangan terhegeh-hegeh mencari penyewa nanti.

Anda bakal menghadapi tempoh“ kekosongan tanpa penyewa” jika begitu. Kan dah rugi?

Namun jika anda yakin boleh dapat penyewa selepas rumah sublet siap maka, terpulang pada anda.

7) SEWAKAN.

Unit sublet dah siap. Maka bolehlah sewakan dengan kadar sewaan yang anda mahukan.

Sila ikat tenancy agreement anda dengan penyewa tidak melebihi tempoh tenancy agreement anda dengan pemilik rumah.

Contoh: JANGAN anda sewakan kepada penyewa anda selama 3 tahun tapi tempoh sewaan anda dengan tuan rumah hanyalah tahun. Itu memang akan mengundang masalah kelak!

Bayangkan jika anda dapat menguruskan sekurang-kurangnya 5 unit sublet, dan setiap unit sublet memberikan anda keuntungan sekurang-kurangnya RM400 sebulan.

Maka sebulan anda sudah mempunyai RM2,000 hanya sebagai side income.

Ada juga antara subletter yang mampu menjana keuntungan melebihi dari RM800 sebulan hanya dengan sebiji rumah.

Wow.. Menarik kan?

Namun semuanya perlukan ilmu ya bukan main buat sahaja.

Ada banyak lagi skills sublet yang ingin saya kongsikan.

Teknik-teknik negotiation dengan tuan rumah, cara pengiraan yang betul bagaimana mengurangkan risiko dalam bisnes sublet, skill pengurusan sublet dan pengalaman-pengalaman ngeri yang pernah berlaku dalam dunia sublet ini akan saya share dalam PART 2 nanti.

Semuanya berdasarkan pengalaman saya sendiri dan beberapa rakan dalam bidang sublet ini.

Semoga ianya bermanfaat pada anda semua dan selamat mencuba!

15 COMMENTS

  1. Good info. Sy start buat corporate sublet bermula tahun lepas.. mmg boleh dpt positive cash flow 2000-3500 sebulan. Kawasan luar klang valley. Tp kena invest byk gak utk fully furnished pada awalnya. Service dengan client kena tiptop..

  2. Hanya berkongsi pendapat

    saya baru ingin memulakan bisnes sublet ni.. pada mulanya sy ingin mulakan dengan menyewa kedai dan buat bilik2 so dapat lah byk sikit income..tp bila sy fikir blik, baik sy mulakan dgn rumah terdahulu.. betul x??

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here