“Anak muda, baca 20 nasihat ini kalau nak beli kereta dulu sebelum...

“Anak muda, baca 20 nasihat ini kalau nak beli kereta dulu sebelum rumah” – Harith

2899
0
SHARE
Sumber gambar - MIT Technology Review
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Mungkin ramai yang rasa susah nak buat keputusan muktamad, sama ada nak beli kereta atau rumah dulu.

Dilema ni dah lama menghantui rata-rata orang, lebih-lebih lagi anak muda yang baru dapat kerja.

Dah lama belajar, akhirnya graduate dan dapat kerja. Bila lagi masa terbaik nak beli kereta, kan?

Dulu, Tok pun fikir sama macam korang masa lepas graduate dulu.

Tapi lepas cari ilmu dan belajar dengan ramai otai, baru Tok faham kenapa orang muda patut mula beli rumah seawal yang mungkin.

Dan buat korang yang masih belum buat keputusan sama ada nak beli rumah atau kereta dulu, jemput hadamkan perkongsian ilmu Tuan Harith Faisal yang awesome ni.

Betul ke anda mampu tanggung sebiji kereta?

1. Walaupun beli rumah dulu satu perkara yang bagus, tak semestinya keputusan tu bagus untuk semua orang.

Tak boleh la nak kata kita betul, dan orang yang beli kereta tu, salah. Lain orang, lain keupayaan dan kehendak yang mereka nak capai, kan?

2. Dah memang mak bapak dia paksa beli. Kalau tak beli, akan dicop anak derhaka. Jadi, budak tu kena la beli jugak.

Cuba amalkan berfikir secara positif. Mungkin mak bapak dia kesian dan risau keselamatan anak dia tu. Lebih-lebih lagi kalau perempuan.

3. Mungkin juga sebab kat tempat kerja korang tu, takde servis Grab, Uber, atau sebarang pengangkutan awam yang lain. Jadi nak tak nak, memang kena beli kereta jugak.

Takkan nak keluar berjalan kaki dari rumah untuk ke tempat kerja? Memang confirm basah ketiak. Memang korang tak nampak handsome dan hot la kalau macam tu.

4. Kalau korang terkena situasi macam ni, relax. Korang masih lagi boleh beli rumah bila dah beli kereta.

Tapi, tengok jugak kereta apa yang korang beli, berapa takat gaji semasa korang, dan jugak rumah yang korang berimpian nak beli.

5. Saya ambil contoh gaji RM2,500 untuk fresh graduate yang baru mula bekerja.

Siapa yang baru dapat kerja dan dapat gaji macam ni, boleh kira beruntung. Boleh cakap, gaji tu kira tinggi jugak la. Sekarang ni, orang yang graduate level degree pun susah nak cecah RM2,000.

Beli apa yang anda mampu, bukan yang anda mahu

6. Katakan, bank benarkan maksimum DSR 50%. Bermakna, komitmen bulanan korang tak boleh lebih daripada :

  • RM2,500 X 50% =
  • RM1,250

Kalau korang pilih untuk beli kereta seperti Perodua Axia atau Proton Saga, anggaran ansuran bulanan yang korang kena bayar adalah sebanyak RM400.

Berapa baki yang tinggal bila jelaskan ansuran bulanan kereta korang tu? :

  • RM1,250 – RM400 =
  • RM850

7. Kalau ikutkan kiraan atas tadi, korang sebenarnya masih mampu untuk membeli rumah yang harganya sekitar RM188,000, dengan pembiayaan bank sebanyak 90%.

Tapi kalau korang cuba-cuba nak beli kondo mewah yang terletak sebelah KLCC, memang tak lepas la. Haha!

8. Satu kebaikan yang korang susah dapat dengan pembelian kereta tu adalah rekod CCRIS.

Bank susah nak luluskan permohonan loan rumah kalau korang tak pernah ada rekod meminjam dengan bank. Siapa yang tak pernah buat loan tu, sila take note.

9. Cara lain untuk korang cipta rekod CCRIS adalah dengan membuat ASB Financing.

Dan satu lagi, dengan apply kad kredit. Cara ni mungkin bahaya untuk orang yang berbelanja tak ingat dunia. Tapi kalau korang jenis yang berhemat, boleh cuba cara yang ini.

10. Fresh graduate la katakan. Tengah takde sebarang komitmen yang berat lagi. Baru nak kenal duniawi ni macam mana.

Bank pulak, belum kenal korang ni siapa. Entah-entah, korang tergolong dalam jenis keturunan tak reti nak bayar hutang.

Apa punca bank tak bagi lepas loan rumah anda?

11. Dan atas sebab ni, bank nak tengok dulu perangai membayar hutang korang tu.

Kalau korang bayar ansuran kereta cantik (tak pernah lopong), bank takde sebab untuk pinjamkan korang duit untuk beli rumah. Faham tak?

12. Eh, bukan takat tu je bank nak tengok kat korang.

Korang ingat, bank senang-senang nak bagi pinjam duit kat korang? Ini bukan komitmen yang kecil anak. Dah la komitmen untuk loan rumah makan masa yang lama (35 tahun).

Kalau kereta yang takat 9 tahun tu, boleh cerita lagi. Sebab tu, ramai orang tak suka beli rumah. Sebab memang korang kena hadap dan prepare macam-macam, agak leceh.

13. Beli kereta, tak payah letak down payment pun boleh je. Sebab tu, ramai fresh graduate pilih untuk beli kereta dulu.

Nak beli rumah? Nampak macam jauh sangat perjalanan, kabur dan samar-samar.

14. Nak beli rumah, simpanan kena konsisten. Setiap bulan, korang kena simpan lebih daripada amaun asnuran bulanan bakal rumah korang tu.

Nak beli rumah yang ansuran bulanan RM850, korang simpan la RM1,000.

15. Dah pakai kereta, korang kena sediakan diri untuk tanggung kos yang tinggi. Korang bukan takat kena bayar ansuran bulanan je tau.

Silap-silap, total yang korang kena tanggung bila pakai kereta boleh cecah hingga RM800. Dengan tol, minyak, parking semua tu.

Tukar liabiliti menjadi aset (yang buat duit untuk kita)?

16. Tapi kalau korang bijak dan rajin, korang boleh je buat side income dengan gunakan kereta tu.

Uber atau Grab, korang boleh buat masa hujung minggu. Dapat sebulan RM800 pun dah kira okay. Daripada liabiliti, kereta tu boleh ditukar menjadi aset.

17. Tak pun, korang buat bisnes online. Korang boleh gunakan kereta tu untuk angkut stok barangan bisnes, pergi hantar tempahan kat PosLaju, dan macam-macam lagi.

Baru la korang rasa tak rugi dan berbaloi pakai kereta tu. Banyak jasa dia kat korang, kan? Ye la, bantu korang cari rezeki yang halalan toyyiban.

18. Semua orang ada gaya hidup dan kehendak nafsu yang nak dituruti. Tak yang betul atau salah.

Beli kereta dulu, tak salah. Dan beli rumah dulu pun, bukan 100% tindakan yang paling betul.

19. Hakikatnya, ramai je yang dah beli kereta dulu dan masih mampu beli rumah lepas tu. Tapi biasanya, lambat sikit nak beli rumah kalau dah ‘terbeli’ kereta dulu.

Bagi yang berkahwin pulak, banyak lagi yang korang kena fikir. Makan minum anak bini, pastikan cukup dulu. Ini tanggungjawab utama yang korang kena jaga.

20. Sehabis boleh, elak beli kereta mahal kalau korang belum pernah beli rumah.

Kalau gaji besar, takde hal. Tapi yang gaji ciput tu, apa cerita? Kenapa kena menggatal nak pakai kereta mahal?

Gigih sangat nak pakai kereta mahal, tapi tak beli rumah lagi walaupun dah kerja selama 10 tahun. Haha!

– HF

Mungkin korang tak rasa masalah akan timbul masa baru-baru dapat kereta. Tak pelik kalau korang boleh tersenyum lebar selama sebulan.

Tapi, muka korang pasti akan berubah kalau korang tak kawal kewangan korang dengan baik. Silap-silap, kereta tu pulak yang makan tuan.

Kan lebih elok gunakan bajet untuk bayar ansuran bulanan tu, untuk jana lebih banyak pendapatan pada masa depan?

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY