Aspire Residence, Cyber 10, Cyberjaya – Kediaman keluarga yang nyaman, dengan 10%...

Aspire Residence, Cyber 10, Cyberjaya – Kediaman keluarga yang nyaman, dengan 10% rebat

2851
1
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Kalau semalam Tok ada cerita mengenai kawasan Cyberjaya, hari ni Tok nak cerita sikit mengenai pembangunan baru yang dijalankan oleh SPNB.

Apa yang unik dengan Aspire Residence?

Konsep pembangunan yang diterapkan dalam pembangunan Aspire Residence adalah Urban Community Living Concept,” yang mengetengahkan gaya hidup sihat, selesa, dan selamat.

Oleh yang demikian, semua fasilit yang dibina dalam Aspire Residence dibahagikan kepada 3 fungsi :

Gaya hidup sihat

1. Kemudahan seperti rumah kelab, kolam renang dan juga gimnasium.

2. Empat ekar ruang taman hijau untuk penduduk menjalankan aktiviti riadah.

Keselesaan kelas A

1. Ada kawasan yang dikhaskan bagi tujuan pasar pada masa hadapan.

2. Kemudahan hentian bas berdekatan.

3. Dikelilingi oleh kemudahan asas seperti masjid dan akan ada sekolah rendah dan sekolah agama yang akan dibina berdekatan.

Keselamatan

1. Sistem keselamatan tiga peringkat yang merangkumi akses di pintu pengawal, lobi lif, dan pintu masuk MLCP.

2. Dua ruang parkir disediakan berdekatan unit.

Booking hanya RM3,000

Hanya dengan RM3,000, korang boleh memiliki rumah 900 kaki persegi dengan 3 bilik dan 2 bilik air.

Berapa harga rumah ni Tok?

Rumah ini dijual pada harga RM400 kaki persegi. Bagi Tok, untuk apartmen yang separa lengkap dengan 2 tempat parkir, adalah antara yang termurah di Cyberjaya.

Bermakna korang hanya perlu RM3,000, dan boleh terus pilih unit yang korang berminat.

Baki daripada 10% yang sepatutnya korang bayar akan didiskaunkan melalui rebat 10%.

Selain daripada tu, seperti yang Tok bincangkan dalam artikel Tok semalam, kadar harga rumah di Cyberjaya meningkat baik jika dilihat pada transaksi 2015 – 2016.

Dan kalau korang nak tahu, bagi kawasan di sekitar Aspire Residence akan dibina kawasan kediaman high-end, yang mana, berkemungkinan untuk menaikkan lagi harga rumah Aspire Cyberjaya.

Berikut adalah cadangan pembinaan berdekatan Aspire Cyberjaya:

  • Areca Contemporary Homes (Blok 14),
  • EMKAY group (Blok 15),
  • Setia Haruman (Blok 16).

Aksesibiliti yang memudahkan pergerakan ke mana-mana

Oleh sebab Cyberjaya ni berada di lokasi tengah-tengah dalam kawasan Greater Klang Valley, adalah mudah untuk korang bergerak ke mana-mana.

Terdapat 2 jaringan lebuhraya yang dekat dan kerap digunakan yang berada berdekatan dengan Aspire Cyberjaya :

  • Cyberjaya via Persiaran Rimba Permai,
  • Selangor Cyber Valley via Persiaran SP2, akses terus melalui Elite Highway.

“Boleh tak Tok tunjukkan pecahan harga rumah ni, sekali diskaun semua?”

Boleh, ini kira-kiranya :

Harga Bumiputera (RM)

  • Harga jualan = RM395,460,
  • Ditolak :
  • 7% diskaun Bumiputera = RM27,682,
  • 10% rebat tambahan = RM39,546 (berdasarkan harga jualan kasar),
  • Harga selepas diskaun = RM328,232 (RM365 setiap kaki persegi).

Harga biasa (RM)

  • Harga jualan = RM395,460
  • Ditolak :
  • 10% rebat tambahan = RM39,546 (berdasarkan harga jualan kasar),
  • Harga selepas diskaun = RM355,914 (RM395 setiap kaki persegi).

Dengan harga jualan kasar tu, korang akan dapat :

  • Gril pintu masuk standard, kabinet dapur, hood and hob, 2 pemanas air, dan penyaman udara 1 HP,
  • Pemasangan kipas dan lampu,
  • Yuran guaman dan yuran pinjaman termasuk duit setem, ditanggung beres oleh pemaju,
  • Yuran penyelenggaraan selama 1 tahun, juga ditanggung oleh pemaju,
  • SEMUA INI BERNILAI RM50,000!

Apa lagi yang anda perlu tahu tentang Aspire Residence?

Type A, 900 kaki persegi, bermula DARIPADA RM448,500.00
Type B, 900 kaki persegi, siling 10’, DARIPADA RM452,500.00
Type C, 1,608 kaki persegi, DARIPADA RM826,960.00
Type D, 1,175 kaki persegi, DARIPADA RM616,625.00
  • Freehold,
  • Build-up area = 900 kaki persegi,
  • 3 bilik tidur dan 2 bilik air,
  • Jubin penuh dalam semua bilik mandi,
  • 4 nos poin penghawa dingin,
  • Sistem keselamatan 3 peringkat,
  • Persekitaran mesra Orang Kurang Upaya (OKU).

Berminat nak tahu lebih lanjut?

Klik sini untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang Aspire Residence, Cyberjaya.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY