Aspirasi Ulu Sat @ Machang – Kediaman simple untuk keluarga di Pantai...

Aspirasi Ulu Sat @ Machang – Kediaman simple untuk keluarga di Pantai Timur

1367
3
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Aspirasi Ulu Sat @Machang dalah rumah baru teres satu tingkat, yang dibangunkan oleh Pemaju Aspirasi sebuah anak syarikat milik penuh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Harga seunit bermula dari RM188,000 (kira-kira Tok mengatakan sebulan kena bayar dalam sekitar RM940++ setiap bulan), untuk yang gaji gabungan laki bini atas RM2,600.

Pada pendapat Tok, harga ni dikira berpatutan untuk sebuah rumah teres setingkat.

Dekat mana lokasi Aspirasi Ulu Sat, Machang ni Tok?

Aspirasi Maya ni lokasinya di Kelantan. Lagi tepat lagi Mukim Ulu Sat, Daerah Ulu Sat, Jajahan Machang, Kelantan.

Kawasan perumahan Ulu Sat @ Machang ni dibina di atas tanah seluas 40.39 ekar.

Seperti kebanyakan tanah di Kelantan, status tanah projek ini adalah freehold di bawah Rizab Melayu.

Pembinaan Aspirasi Ulu Sat @ Machang dibahagikan kepada 3 fasa utama :

  1. Fasa Pertama – Pembinaan rumah jenis Type A sebanyak 111 unit,
  2. Fasa Kedua (2A) – Type A (199 unit), Type B (34 unit),
  3. Fasa Ketiga (2B) – Type A 200 unit.

Dari segi kemudahan kehidupan harian tak perlu risau, kawasan perumahan Aspirasi Ulu Sat @ Machang dilengkapi dengan taman permainan dan surau.

“Senang ke nak ke Ulu Sat @ Machang ni, Tok?”

Kalau nak cerita dulu dengan sekarang, memang jelas banyak bezanya.

Dulu sekitar tahun 1982, kalau korang nak travel (berjalan) dari Pantai Timur ke belah Utara (Kedah, Perak, atau lain-lain), jarak perjalanan yang korang kena hadap adalah lebih 1,000KM.

Jauh tu. Orang dulu-dulu, tau la macam mana peritnya. Boleh sakit belakang sebab duduk terlampau lama. Kena hadap dalam 14 jam oi.

Sekarang, jarak dah jadi beratus KM je. Lebih kurang 6 jam, korang dah boleh sampai ke Gua Musang, Kelantan. Nasib baik ada Lebuhraya Timur-Barat.

7 tahun lagi, bertambah mudah nak travel dari KL ke Kelantan

Nah, Tok kongsikan satu fakta lagi :

“Ini bakal menjadi salah satu faktor, yang akan meningkatkan ekonomi bagi 4 buah negeri yang terlibat sebanyak minimum 1.5% setiap tahun, untuk tempoh 50 tahun akan datang.” – The Star

Mesti korang dah boleh agak apa Tok nak cakapkan, betul?

Sumber gambar – The Star

Ya, ECRL. Tak lama lagi, masa perjalanan korang untuk ke negeri ‘Serambi Mekah’ ni hanya ambil masa 4 jam je.

Dengan ECRL, korang boleh ke negeri Pahang, Terengganu, Kelantan, dan Selangor, tanpa makan masa perjalanan yang lama. Boleh dah jimatkan mileage kenderaan korang tu.

Dan ini berita baik buat penduduk KL yang ada kampung kat belah Pantai Timur. Senang korang nak balik lepas ni kalau ada sebarang perkara mustahak, atau setakat nak lepas rindu kat mak abah.

Korang kerja dalam sektor awam, dan tengah mencari rumah? Jangan lepaskan peluang untuk jadi antara pemilik awal kediaman ni.

Baca tak perkongsian Tok semalam? Kalau belum, klik sini untuk baca. Banyak kelebihan yang korang ada untuk beli rumah. 

Berminat dengan Aspirasi Ulu Sat @ Machang?

Jemput isi borang di bawah dan dapatkan eBook Ringkasan Proses Beli Rumah PERCUMA! (Bernilai RM37)

[[[["field1","equal_to","Coffee"]],[["show_fields","field6"],["hide_fields","field1"]],"and"],[[["field6","not_equal_to"]],[["show_fields","field3"],["hide_fields","field6"]],"or"],[[["field1","equal_to","Tea"]],[["show_fields","field7"],["hide_fields","field1"]],"and"],[[["field7","not_equal_to"]],[["show_fields","field8"],["hide_fields","field7"]],"and"],[[["field8","not_equal_to"],["field3","not_equal_to"]],[["show_fields","field11,field10,field12"],["hide_fields","field8,field3"]],"or"]]
1 Step 1
Nama penuh andaIsi nama penuh anda
Alamat emel andaIsi alamat emel anda
Lokasi tempat tinggalIsi tempat tinggal anda
Nombor telefonIsi nombor telefon anda
Berapa gaji kasar anda?Pilih salah satu sahaja
Previous
Next

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY