Apa perkara menarik (yang wajib anda tahu) tentang kawasan Puchong?

Apa perkara menarik (yang wajib anda tahu) tentang kawasan Puchong?

3162
1
SHARE
Sumber gambar - themalaymailonline.com
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Kebanyakan pelabur hartanah yang seasoned dan kental mesti tahu.

Bila pasaran hartanah sedang perlahan, itu adalah petanda waktu yang terbaik untuk membeli.

Tapi, dengan  banyak rumah yang dijual dalam pasaran sekarang, kat mana yang patut kita tengok dan beri perhatian?

Takde jawapan yang ringkas dan tepat untuk soalan tersebut. Sebab matlamat, kebolehan, dan keperluan setiap orang, tak sama.

Tapi hari ni, Tok nak kongsikan dengan korang semua apa yang Tok nampak dekat kawasan Puchong. Mungkin kawasan ni bakal jadi lebih gempak pada masa akan datang?

Dulu lain, sekarang lain?

Kalau kita tanya ‘orang lama’ tentang kawasan Puchong, mereka pasti akan cakap macam ni :

“Puchong tu dulu, kawasan melombong tin dan biji timah sewaktu 60-an.”

Tapi, tak jadi kalau bandingkan yang dulu dengan yang terkini. Sekarang, Puchong dah lebih maju dan padat dengan populasi penduduk yang pelbagai.

Puchong mempunyai populasi melebihi 400,000 orang penduduk. Dengan keluasan seluas 51.71km2, kadar kependudukan di Puchong boleh dikira padat.

Dan dengan kepadapatan sebegitu, bermakna terdapat permintaan yang tinggi untuk hartanah di Puchong. 

Seperti biasa, kita melihat kepada soalan ‘kenapa’

Apa yang popular sangat pasal Puchong ni?

Pertama sekali, Puchong dilengkapi dengan pengangkutan awam dengan sangat molek. Kalau korang kira ada 8 semuanya stesen LRT yang ada dalam Puchong tadi.

Bermula dari :

  • Tesco Extra Puchong,
  • IOI Mall Puchong,
  • Kompleks Puchong Perdana,
  • Giant Bandar Puteri Mall,
  • AEON Big Puchong Utama,
  • 24 sekolah rendah,
  • 13 sekolah menengah, dan
  • 3 pusat pengajian tinggi berdekatan. 

Dah banyak kemudahan asas. Cukup senang nak hidup dekat sini

Disamping tu, Puchong juga menjadi pilihan mereka yang bekerja di Putrajaya dan Cyberjaya oleh kerana lokasi Puchong dengan kedua-dua tempat tersebut.

Sesetengah orang, lebih-lebih lagi orang-orang muda lebih suka hidup dekat tempat yang lively daripada tempat yang masih banyak ruang kosong dan dalam proses membangun.

Tambahan lagi, Puchong mempunyai pelbagai pilihan untuk rumah sewa yang lebih berpatutan. 

Dari segi kemudahan asas dan fasiliti, Tok rasa tak ada masalah dengan Puchong.

Kat sini, dah sedia ada :

  • Tesco Extra Puchong,
  • Avenue Puchong,
  • IOI Mall Puchong,
  • Kompleks Puchong Perdana,
  • Giant Bandar Puteri Mall,
  • AEON Big Puchong Utama,
  • 24 sekolah rendah,
  • 13 sekolah menengah, dan
  • 3 pusat pengajian tinggi berdekatan. 

Dan bagi Tok kalau nak dibanding dengan kawasan matang yang lain seperti Subang Jaya dan Petaling Jaya, Puchong mempunyai lebih banyak rumah mampu-milik. 

Sambungan lebuhraya terbaik

Antara faktor utama punca kepada pembangunan pesat kawasan Puchong adalah pembinaan LDP (Lebuhraya Damansara – Puchong), dengan akses ke New Klang Valley Expressway (NKVE) dan South Klang Valley Expressway (SKVE).

Selain tu, bila Equine Park dah selesai dibina dekat bandar jiran (Seri Kembangan), nak ke Puchong dah jadi lebih mudah. Hanya beberapa minit perjalanan je kalau korang ikut MEX (Maju Expressway).

Dan kalau korang nak ke hospital pun, senang je. Kat kawasan Puchong, ada :

  • Columbia Asia Hospital Puchong (yang dibuka selama 24 jam),
  • KPMC Puchong Specialist Center, dan
  • Hospital Serdang (yang bertempat di Kajang).

Kawasan apa yang dekat dengan Puchong?

Mungkin ramai yang dah rasa boring (atau malas) nak ke pusat bandar untuk berjalan-jalan.

Tu dah tak jadi masalah untuk korang yang buat keputusan untuk menetap di Puchong. Korang cukup dekat dengan 3 kawasan hot untuk melepak, ataupun membeli-belah, tanpa perlu pun ke pusat bandar.

Antara kawasan kejiranan yang dekat dengan Puchong adalah :

  • Subang Jaya,
  • Petaling Jaya,
  • Seri Kembangan.

Kalau nak ke Subang Jaya, korang boleh gunakan lebuhraya LDP (Lebuhraya Damansara – Puchong), yang mengambil masa 13 minit perjalanan. Korang jugak boleh gunakan Lebuhraya Shah Alam, yang ambil masa hanya 16 minit perjalanan.

Ini bergantung jugak ya. Kalau masa peak hour, memang tak dapat la. Tapi dengan maklumat macam ni, lebih senang korang merancang perjalanan ke sana.

Kalau nak ke Petaling Jaya pulak, akan ambil masa 21 minit dengan gunakan Lebuhraya Damansara – Puchong (sejauh 15.2 KM).

Dan untuk ke Seri Kembangan pulak, hanya ambil masa selama kurang setengah jam (27 minit), dengan gunakan LDP, Lebuhraya Shah Alam, serta LDP dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan.

Nota : Tengah mencari projek undercon dekat Puchong? Tok ada satu projek best nak kongsi dengan korang. Klik sini untuk baca sekarang. 

Mungkin ramai yang tak kenal apa yang ada dekat kawasan Puchong. Takpe, Tok dah bentangkan apa yang patut korang tau melalui artikel ni.

Sebelum nak beli mana-mana rumah dekat sesebuah kawasan, ini perkara yang wajib korang kaji dulu sebelum buat keputusan membeli.

Jangan pulak korang skip buat benda ni. Segala rugi, korang jugak yang kena tanggung nanti.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY