PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

12 pelabur hartanah otai Malaysia anda wajib follow rapat di Facebook

Berminat nak belajar tentang pelaburan hartanah, tapi tak tau mana nak mula?

Perkara biasa. Orang yang masih fresh pasti ada masalah ni.

Tapi korang jangan pening kepala pulak sebab ada ramai otai pelabur hartanah berkumpul dalam satu platform ni.

Dunia media sosial semakin berkembang pesat, dan korang boleh mengaji ilmu-ilmu hartanah yang power daripada mereka.

Banyak korang boleh belajar daripada posting mereka setiap hari.

Hadamkan sekarang perkongsian Tuan Eza Ezamie yang Tok baca dekat blog Majalah Labur ni.

Otai #1: Faizul Ridzuan

faizul ridzuan 2

Beliau mula ceburkan diri dalam pelaburan hartanah seawal 24 tahun, dengan modal hanya RM2,000 dalam akaun bank.

FR selalu tekankan kepada pelabur lain dengan mantra ‘lokasi, lokasi, lokasi’ dan suka gunakan strategi yang tak ramai orang buat.

Pernah tak dengar buku bernama WTF (Where To Find) – 23 Properties by 30?

Ini buku berstatus best-seller FR, yang kongsikan pengalaman selama beliau terlibat dalam pelaburan hartanah.

Beliau juga aktif buat seminar bagi pelabur hartanah yang serius, Sarjana Hartanah.

Kalau korang memang dah allocate modal besar untuk pelaburan hartanah, korang dialu-alukan untuk hubungi beliau.

Syarikat perunding beliau (FAR Capital Sdn. Bhd.) sedia membantu orang ramai merealisasikan impian pelaburan hartanah mereka.

Laman Web: FaizulRidzuan.com
Facebook: Faizul Ridzuan 

Otai #2: Ahyat Ishak

Ahyat 1

Beliau adalah penulis buku best-seller ‘The Strategic Property Investor.’

Tak cukup dengan itu, beli juga pengasas program Strategic Property Investor, yang banyak membantu rakyat Malaysia menjana kekayaan menerusi pelaburan hartanah.

Tuan Ahyat terlibat dalam pelaburan hartanah lebih daripada 10 tahun, dan berjaya menjadi jutawan hartanah sebelum umur 30 tahun.

Dengan gabungan pengalaman dalam bidang pelaburan hartanah dan belajar dengan ramai jutawan hartanah yang lain, beliau perkenalkan sistem bernama REALWealthFormula ™ dan Strategic Property Investor Model ™.

Sistem ini adalah rangka kerja bagi seminar, bengkel, dan juga ceramah anjuran beliau.

Laman Web: Strategic Property Investor 
Facebook: Ahyat Ishak 

Otai #3: Amir Syahir

amir syahir 1

Tuan Amir Syahir merupakan seorang penjawat awam yang suka berkongsi ilmu berkenaan hartanah, pengurusan kewangan, dan ilmu-ilmu lain yang bermanfaat untuk kebaikan orang muda.

Beliau ada pengalaman yang luas dalam bidang pelaburan dan juga pengurusan kewangan untuk anak muda.

Facebook: Amir Syahir 

Otai #4: Dr. Azizul Azli

azizul azli 1

Beliau adalah seorang pensyarah dan juga pakar dalam bidang pelaburan hartanah.

Dr. Azizul kerap diundang untuk kendalikan seminar tentang hartanah kepada masyarakat awam dan pelajar universiti.

Mudahnya Beli Rumah, adalah buku sulung dan juga best-seller hasil nukila beliau. Beliau adalah satu-satunya Doktor dalam senarai ini.

Facebook: Azizul Azli Ahmad 

Otai #5: Shafie Bustan

shafie bustan 3

Shafie Bustan, atau lebih dikenali sebagai pie2020 dalam arena blogging, adalah seorang pelabur hartanah yang pakar dalam pasaran rumah lelong.

Beliau mulakan portfolio pelaburan hartanah sekitar tahun 2002. Dah berbelas tahun tu pengalaman.

Beliau jugak penulis buku Cinta Rumah Subsale & Bijak Melabur Edisi Rumah Lelong.

Laman web: Pie 2020
Facebook: Shafie Bustan

Otai #6: Harith Faisal

harith faisal 1

Harith Faisal adalah seorang Penolong Pengurus di salah sebuah bank di Malaysia, dan juga merupakan seorang perunding hartanah.

Beliau selalu berkongsi tip-tip hartanah, kewangan, dan pelaburan anak muda di laman sosial beliau.

eBook Hipster Hartanah dan Tip-Top Kewangan adalah nukilan yang Harith Faisal pernah terbitkan.

Facebook: Harith Faisal

Otai #7: Zaidi Ismail

zaidi ismail 1

Zaidi Ismail adalah seorang pelabur, pemilik perniagaan dan jururunding yang terlibat dalam industri komunikasi lebih dari 15 tahun.

Beliau juga adalah pengasas UrusInsan, sebuah komuniti atau kelab celik kewangan, dan pelaburan yang mempunyai keahlian lebih 1,000 orang ahli di seluruh Malaysia.

Oh ya, Facebook beliau memang meriah. Rugi kalau korang tak follow rapat-rapat.

Laman Web: Blog Zaidi
Facebook: Zaidi Ismail

Otai #8: Meor Zaidee

Meor Zaidee 2

Meor Zaidee, juga dikenali sebagai ‘Abang Ensem,’ berasal dari Teluk Intan, Perak.

Beliau mulakan kerjaya sebagai seorang banker sebelum ‘bersara awal’ selepas 15 tahun kemudian (pada tahun 2012).

Terjebak secara tak sengaja dalam industri pasaran hartanah pada penghunjung tahun 1998 sehingga kini, beliau dah pun memiliki beberapa unit rumah yang kini disewakan.

Penghujung 2009, beliau mula jenamakan diri beliau sebagai seorang blogger hartanah. Korang boleh lawati blog www.abangensem.com.

Blog ini mempunyai kepadatan sebanyak 1,000 pengunjung sehari, dan melayakkan beliau digelar sebagai Blogger Hartanah No. #1 di Malaysia. 

Ini ditambah pula dengan deretan anugerah seperti ‘Favourite Business Blog 2013,’ dan ‘Malaysia Best Business Blog 2014.’

Laman Web: AbangEnsem.com
Facebook: Meor Zaidee

Otai #9: Jimmy Haryzul

jimmy haryzul 1

Jimmy Haryzul adalah seorang usahawan berjaya dan juga dah lama bergiat aktif dalam bidang pelaburan hartanah.

Beliau juga seorang perunding hartanah berdaftar, yang ada kepakaran dalam pengurusan unit sublet.

Sekarang, beliau sedang melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah di Universiti Teknologi Malaysia.

In shaa Allah, akan bertambah lagi seorang Doktor di dalam senarai sifu hartanah ni.

Facebook: Jimmy Haryzul

Otai #10: Khairul Nawawi

khairul nawawi 1

Khairul Nawawi berasal dari Seri Manjung, Perak. Sudah berkeluarga dan mempunyai 3 orang anak.

Beliau adalah seorang perunding hartanah berdaftar dengan lembaga penilai, pentaksir, dan juga ejen hartanah. Beliau juga salah seorang ahli persatuan ejen hartanah muslim.

Laman web: Khairul Nawawi
Facebook: Muhd Khairulnawawi

Otai #11: Mior Hafis

mior hafis 1

Beliau adalah seorang perunding hartanah, speaker, penulis, digital influencer, website designer, dan juga blogger.

Juga merupakan penulis eBook Rahsia Beli Rumah Kos Rendah dan 22 Kesilapan Sewaktu Berurusan dengan Perunding Hartanah.

Laman Web: Melastik Bintang
Facebook: Mior Hafis Mior Ahmad 

Otai #12: Salkukhairi Abd Sukor

Salkukhairi Abd Sukor 1

Tuan Salkukhairi Ab Sukor merupakan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam).

Beliau memang sangat aktif berkongsi dalam pelbagai isu-isu penting tentang pemilikan hartanah.

Maklumlah, seorang peguam. Pengalaman beliau pastinya sangat berharga dan mahal harganya.

Perkongsian beliau di Facebook sentiasa mendapat jumlah share yang tinggi. Memang rugi kalau tak follow Facebook beliau.

Facebook: Salkukhairi Abd Sukor

Siapa kata susah nak mengaji ilmu pelaburan hartanah yang power sekarang ni?

Daripada korang baca cerita yang bukan-bukan dekat Facebook tu, baik lagi korang baca posting mereka yang sarat dengan ilmu bermanfaat.

Senang je kot kerja korang. Search nama 12 otai ni kat Facebook dan follow mereka sekarang.

Semua 12 otai hartanah (+ 4 otai lagi) banyak kongsikan ilmu power dalam eBook ini

Korang boleh dapat cashback yang banyak kalau tau main game pasaran subsale (rumah second hand).

Dan benda ni, serius tak mustahil dibuat. Dah ramai pelabur hartanah dekat luar sana buat. Lagi-lagi 16 otai hartanah ni.

Nak belajar? Klik link bawah ni sekarang untuk belajar:

KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK ‘TAK ADA DUIT, BOLEH BELI RUMAH KE?’
Cover eBook Tak Ada Duit Boleh Beli Rumah Ke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *