Home Analisa Kawasan Beli rumah dekat kawasan Kundang – O.K ke, K.O?

Beli rumah dekat kawasan Kundang – O.K ke, K.O?

2100
2
Sumber gambar - Hamboi Channel
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Ada antara kita yang tak kisah tinggal kat tempat yang jauh. Asalkan suasana tempat tu tenang, selamat, dan nyaman.

Bayangkan, anak-anak korang dapat membesar dalam keadaan sebegitu.

Susah nak dapat rumah yang dekat dengan alam semulajadi, serta lengkap dengan ciri-ciri sebuah bandar yang moden. Kalau ada pun, harga mesti karut.

Buat yang tengah mencari rumah macam ni, Tok nak kongsikan sebuah kawasan yang boleh dimasukkan dalam senarai pilihan korang.

Jemput hadamkan kalau nak tahu.

Berjiran dengan Bandar Tasik Puteri dan Rawang?

Korang pernah dengar tempat nama Kundang tak?

Kundang, atau Pengkalan Kundang ni terletak 17KM sebelah Rawang, dan 33KM daripada Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.

Kundang termasuk dalam Daerah Gombak, salah satu daerah terbesar dalam negeri Selangor. Terletak di bawah Parlimen Selayang, Kundang jatuh dalam bidang kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Bandar Tasik Puteri, Pekan Kundang, dan Bandar Rawang adalah kawasan jiran yang dekat dengan Kundang.

Nama ‘Kundang’ berasal daripada Sungai Kundang. Kundang adalah sejenis pokok Gandaria, atau dikenali sebagai Plum Mango. Nama lain untuk buah ni adalah ‘rembunia’ atau ‘setar.’

Sumber gambar – Paridah Ishak

Kundang tergolong dalam keluarga buah mangga. Rasanya masam sikit, dan bersaiz lebih kecil berbanding mangga yang biasa.

Sekarang, korang takkan jumpa pokok Kundang dekat sini. Orang yang menetap dekat sini pun, silap-silap tak pernah tengok rupa pokok tu.

Sambungan mudah ke 3 lebuhraya utama

Dah, stop cerita pasal buah. Buat kecur air liur saja.

Nak ke Kundang, cukup senang sekarang. Korang hanya ambil masa 40 minit untuk ke Kuala Lumpur, dan 30 hingga ke 40 minit untuk ke Petaling Jaya, Shah Alam, dan Subang. Nak ke Sungai Buloh pulak, hanya 20 minit.

Ini sebab korang ada sambungan ke 3 lebuh raya utama, NSE (Lebuhraya Utara-Selatan), GCE (Lebuhraya Koridor Guthrie), dan LATAR (Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor).

Sumber gambar – KLIA2

Dan korang boleh tembus lalu terus ke Kundang melalui Serai Interchange. Korang boleh sampai ke Bandar Serai, hingga ke Taman Kundang Jaya, Bandar Tasi Puteri, atau Rawang guna jalan ni.

Korang boleh gunakan ini untuk ke Pusat Bandaraya, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam, Bukit Jelutong, dan Kuala Selangor dengan mudah dan cepat.

Sumber gambar – YouTube

Kemudahan pengangkutan awam pun, tersedia dekat sini. Korang boleh pilih stesen KTM Kuang, atau Hab Pengangkutan Bersepadu Sungai Buloh.

Kawasan ini masih lagi dalam fasa membangun, jadi tak banyak lagi fasiliti yang ada. Tapi korang boleh pergi ke Kuang dalam masa 15 minit.

Dekat situ, ada pelbagai kemudahan yang tersedia seperti :

  • Tempat makan,
  • Kedai runcit,
  • Sekolah rendah dan menengah,
  • Balai Polis,
  • Klinik,
  • Stesen minyak, dan lain-lain kemudahan.

Ini contoh aktiviti anda boleh buat di Kundang

Kalau korang nak shopping atau berjalan-jalan, boleh ke AEON Rawang. Hanya ambil masa 16 minit perjalanan.

Nak beli barang runcit secara borong yang murah, boleh pergi ke NSK Trade City. Hanya makan masa 17 minit untuk ke sana.

Buat yang kaki memancing ikan, korang mesti suka duduk sini sebab dekat dengan Tasik Biru Kundang. Dulu, ini adalah tempat melombong tin.

Nikmati masa memancing ikan Toman, yang jadi resident tetap dalam lombong seluas 80 ekar ni. Memang syok buat kaki joran yang suka layan rentapan Toman.

Selain tu jugak, ada jugak Kudang Lakes Country Club untuk korang yang minat sukan golf. Padang golf asas sebanyak 18 lubang ini akan berikan pengalaman baru untuk pemain amatur.

Kenapa orang beli rumah dekat kawasan luar bandar?

Ada banyak kelebihan bila beli rumah dekat kawasan yang sedang membangun ni. Antara salah satu sebab yang ketara adalah bab harga rumah.

Kalau kita kaji, harga rumah dekat kawasan macam ni lebih murah kalau dibandingkan dengan rumah yang dibina di kawasan yang dekat dengan bandar.

Kalau rumah dekat kawasan bandar, korang confirm akan bayar lebih RM500 atau lebih untuk setiap kaki persegi.

Kalau rumah dekat kawasan Kundang atau lain-lain kawasan yang lebih kurang sama macam ni, korang boleh dapat lagi harga RM500 ke bawah.

Dan yang palling best, kawasan ini sedang membangun. Jadi, korang boleh nikmati kemudahan secara berperingkat dari masa ke semasa. Mana ada pembangunan boleh siap semua dalam masa 1 tahun, kan?

Apa projek baru yang menarik dekat Kundang?

Banyak kelebihan yang ada kat kawasan ini untuk korang yang suka duduk jauh dari hiruk-pikuk bandar, dan masih senang untuk ke mana-mana tempat utama.

Korang tak perlu tinggal terlampau ceruk untuk dapatkan semua ini. Dekat Kundang, korang masih boleh ke bandar tanpa perlu makan banyak masa.

Sekarang, korang ada pilihan untuk beli rumah dalam kawasan bandar yang dikelilingi alam semulajadi dan lengkap dengan pelbagai kemudahan.

2 COMMENTS

  1. Assalamualaikum Tok, mohon share article boleh ya Tok. Saya salah sorang agent hartanah rawang.
    Terima kasih,
    Rahimah Teh
    Arti properties

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here