Home Kisah Inspirasi Anak muda sekarang, miskin 5 kali ganda daripada orang dulu?

Anak muda sekarang, miskin 5 kali ganda daripada orang dulu?

3099
4
SHARE
Sumber gambar - proufu.ru
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Boleh jadi, tajuk dekat atas ni buatkan ramai orang gelisah tak sudah.

“Macam mana pulak anak muda sekarang lebih miskin berbanding orang dulu? Bukan gaji lebih banyak ke sekarang?”

Betul. Cuma, tak ramai yang sedar.

Kuasa membeli sekarang semakin lemah, walaupun gaji graduan sekarang lebih banyak berbanding graduan sebelum ini.

Apa dah jadi? Nah, jemput baca perkongsian Cikpuan Nur Aliah Mohd Nor yang membuka mata ni.

Dulu, murah belaka. Sekarang, makin ‘cekik darah’?

Sumber gambar – Nur Aliah Mohd Nor (FB)

Ada seorang pakcik ni bagitahu, orang muda zaman sekarang 3 kali ganda lebih miskin daripada orang mudah zaman dia dulu.

Terkejut Lia!

Nama pakcik tu, Harun. Dia bagitahu dulu masa dia kerja tahun 1985, gaji awal dia sebagai engineer (jurutera) cuma RM1,200 je.

Masa tu, kereta second hand baru RM3,000. Rumah teres pulak, boleh dapat pada harga RM35,000.

Pakcik Harun bagitahu lagi, sekarang ni pulak fresh graduate ijazah kalau dapat gaji sekitar RM3,500. 3 kali ganda berbanding orang dulu.

Cuma, ini yang sedihya…

Kereta second hand, memang tak dapat la harga macam dulu. Sekarang, harga kereta second hand dah cecah RM35,000.

Kalau beli rumah teres pulak sekarang ni, nilainya dah sampai RM350,000. 10 kali ganda harga rumah dulu woi!

Sebenarnya, secara tak sedar, memang gaji naik 3 kali ganda. Namun, harga rumah dan harga kereta pulak, naik 10 kali ganda.

RM50 dulu, boleh beli banyak macam-macam

Maksudnya kat sini, puchasing power (kuasa membeli) graduan telah menurun sebanyak 3.3 kali ganda!

Itu belum lagi kira kalau gaji permulaan seseorang itu hanya RM2,400 (naik 2 kali ganda dari zaman gaji dulu). Tapi secara tak langsung, mereka jadi 5 kali ganda lebih miskin.

Tapi, kenapa tahap kemiskinan zaman sekarang telah meningkat, tapi kita tak rasa pun macam miskin. Perasan tak?

Ini sebab, polisi kewangan negara dah banyak berubah.

Antaranya contoh jangka masa pinjaman perumahan dulu-dulu. Dulu, maksimum pinjaman perumahan hanya 15 tahun saja, berbanding sekarang. Tempoh pinjaman boleh cecah sehingga 35 tahun.

Nak contoh lain?

Dulu, pinjaman kereta dari 5 atau 7 tahun je. Sekarang, pinjaman kereta dari 8 atau 9 tahun. Maksudnya, bayaran bulanan memang mampu bayar. Tapi masa untuk tanggung bayar sangat lama.

Jadi, apa solusi terbaik untuk elakkan hutang dan beban yang teramat banyak sekarang ini?

Nak tunggu nasib berubah, atau berusaha untuk ubah nasib? 

Kita tengok sekarang, kebanyakan generasi Y dan Z dah mula buat bisnes secara part-time. Tu tak campur lagi dengan mereka yang buat secara full-time.

Kenapa mereka buat? Sebab mereka yakin dan percaya dengan bisnes, mereka boleh dapat income 3 hingga 10 kali ganda berbanding gaji kerja biasa.

Apa pun, rakyat marhaen sekarang tertekan dan terbeban dengan hutang. Bekerja penat-penat pun, hanya untuk melunaskan hutang pelajaran.

Belum kira lagi hutang pinjaman peribadi, nak kahwin, nak beli kereta, beli rumah, nak tunai Umrah, nak tanggung anak isteri dan juga nafkah.

Hasilnya, ramai sekarang yang berhutang sampai ke tua dan hingga ke akhir hayat mereka.

Jadi, korang masih nak tunggu nasib berubah, atau korang nak berusaha untuk ubah nasib hidup sendiri?

Tepuk dada, tanya diri sendiri.

3 peluang untuk graduan cari pendapatan tambahan (sehingga RM3,000 sebulan) 

Tok faham. Mungkin korang takde idea untuk cari duit tambahan. Berbisnes pulak, perlukan banyak masa. Bukan sekadar sebulan dua.

Tak perlu risau. Sekarang ni, banyak peluang untuk korang buat duit.

Ada yang boleh bagi sehingga RM3,000 sebulan, kalau korang rajin. Ini antara contoh kerja yang korang boleh buat :

#1 : Jual barang, tanpa perlu simpan stok?

Sumber gambar – ZoomTanzania

Sekarang ni, zaman orang beli barang secara online. Ini juga boleh jadi peluang korang untuk jana pendapatan tambahan.

Korang boleh kurangkan risiko dengan buat perniagaan jenis dropship. Boleh kaji pasaran dulu tentang produk yang tengah hot.

Lagipun, kerja korang senang je. Korang hanya perlu buat pemasaran untuk produk yang dijual. Dan setiap yang terjual, korang akan dapat komisyen.

Antara produk yang laku keras, yang senang dijual di media sosial adalah :

  • Produk suplemen kesihatan (vitamin, dan sebagainya),
  • Produk kecantikan wanita,
  • Pakaian dan juga aksesori wanita,
  • Produk informasi (seperti buku atau eBook).

Dan kalau korang malas nak jual produk tapi ada bakat menulis atau buat graphic design, korang juga boleh jual servis ini.

Antara laman web yang korang boleh gunakan seperti fiver.com atau freelancer.com. Kalau dalam Malaysia pulak, korang boleh try bantu.my.

#2 : Sambil ajar pengurusan kewangan, boleh buat ‘duit tepi’?

Sumber gambar – happyinvesting.co.in

Ini antara kerja yang fleksibel dari segi masa, dan tak kacau waktu kerja hakiki korang. Habis kerja office, dah boleh buat benda ni untuk cari pendapatan tambahan.

Cuma, ramai yang takut bila dengar nama ‘perunding kewangan’ (atau financial planner). Padahal, ini salah satu profesion yang mulia. Korang ajar orang lain supaya pandai urus kewangan kot!

Korang boleh jadi ejen Takaful, ASB atau unit trust. Potensi komisyen? Ini yang paling menarik. Pendek kata, sky is the limit. Korang rajin, korang dapat buat lebih.

Kalau masih baru dan takde pengalaman nak approach orang luar, mulakan dengan apa yang ada dulu seperti kawan-kawan rapat, ahli keluarga, atau saudara mara dulu.

Bina keyakinan daripada situ. Dan bila dah hebat bercakap nanti, baru boleh beralih dan present dekat prospek yang korang tak kenal.

#3 : “Boleh dapat RM3,000 sebulan dengan kerja part-time?”

Sumber gambar – grab.com

Tok yakin, korang dah sedia maklum apa yang bakal dikongsikan dekat sini. Paling mudah nak buat duit tepi sekarang, adalah dengan menjadi pemandu Grab.

Dulu, ramai yang pandang enteng kerja pemandu teksi. Tapi dengan kemunculan servis ini, persepsi tu berubah tanpa ambil masa yang lama.

Masalah kesesakan lalu lintas di kawasan bandar (seperti Klang Valley), buatkan ramai orang semakin malas memandu kereta sendiri.

Bermakna, pasaran ini semakin membesar. Dan ini adalah peluang yang tak patut korang lepaskan.

Ada sesetengah kes yang Tok baca, pemandu Grab boleh jana sehingga RM3,000 sebulan. Itu kalau buat secara part-time. Kalau buat secara full-time, agak-agak berapa banyak boleh dapat?

Nota tambahan : Sekarang pulak, Uber dan bergabung dengan Grab. Ini apa yang perlu korang tahu tentang gabungan 2 syarikat servis pengangkutan ini di Asia Tenggara. 

Korang mampu ubah nasib kewangan korang. Yang penting, korang kena berusaha sebaik mungkin. Tok percaya, korang boleh buat.

Dah ada sumber pendapatan yang bagus, baru la boleh plan untuk buat pelaburan demi masa depan. Dan jangan lupa beli sebiji rumah sebelum korang berkahwin ya.

Sila SHARE perkongsian bermanfaat ni supaya lebih ramai anak muda kat luar sana tahu.

4 COMMENTS

  1. Ada jer banyak kereta second hand bawah 10k dan 5k.
    Rumah dulu xder bertingkat, skg byk bertingkat dan murah jugak harganya.
    Hidup ada byk pilihan dan jangan terlalu memaksa diri.
    Jika air kopi di isi di dalan gelas mahal, murah, cantik atau pun buruk, rasa nya masih tetap sama.
    Jgn penting rupa bentuk luaran dan abaikan rasa y sebenar.

  2. hai…ada page fb tak?.. sy suka baca…bnyak ilmu yg dapat belajar… nk share pada member2… kalau ada FB or twiter lagi cepat utk search…Thanks

  3. Terima kasih tok berkongsi. Kiraannya simple dan tidak semestinya tepat tapi boleh membuka mata. Yang paling penting, terima kasih tok bagi idea buat duit geli-geli.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here