Sky Awani Kondo: RM300,000 SAHAJA & BELAJAR CARA DAPATKAN 100% LOAN?

Sky Awani Kondo: RM300,000 SAHAJA & BELAJAR CARA DAPATKAN 100% LOAN?

12919
10
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Tok ada berita baik untuk disampaikan.

Pihak pemaju bagi projek Sky Awani Residence telah membuka kuota untuk Bumiputra, dan kuantiti sangat terhad.

Untuk mereka yang tidak tahu berkenaan projek Sky Awani Residence ini, boleh teruskan membaca.

Jika korang berusia 21 tahun ke atas, dan sedang mencari rumah pertama anda di Kuala Lumpur, projek Sky Awani Residence ini sangat sesuai untuk korang.

Sky Awani Residence ini termasuk dalam skim perumahan RUMAWIP. Rujuk artikel ini:

http://gilahartanah.com/rumawip-rumah-mampu-milik-kuala-lumpur/

Projek Sky Awani Residence

Lokasi: Jalan Sentul Pasar, Kuala Lumpur (bersebelahan Maxim Citilights)

Pemaju perumahan: Citra Amal Sdn Bhd, anak syarikat SkyWorld, yang dikenali dengan nama NTP World Development Sdn Bhd. Disokong oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Pegangan: Leasehold, 99 tahun

Jenis dan bilangan unit:

  • Tower A (35 tingkat): 322 unit (11 unit setingkat)
  • Tower B (34 tingkat): 307 unit (11 unit setingkat)
  • Tower C (34 tingkat): 279 unit (10 unit setingkat)
  • Tower D (35 tingkat): 318 unit (11 unit setingkat)

Keluasan unit:

  • TYPE A: 800 kaki persegi (sqft) – 3 bilik, 2 bilik mandi
  • TYPE B: 800 kaki persegi (sqft) – 3 bilik, 2 bilik mandi

Setiap unit dapat 1 parking lot. (Boleh park 1 kereta)

skyawani-residence-floor-plan-type-a

skyawani-residence-floor-plan-type-b

Lokasi Yang Strategik

  • Berhampiran dengan lebuhraya DUKE, lebuhraya KARAK, lebuhraya MRR2, Jalan Ipoh & Jalan Sentul Pasar
  • 15 minit ke KLCC (lebih kurang 9km jaraknya)
  • Dikelilingi kawasan bandar seperti Gombak, Setapak, Jalan Ipoh, Mont Kiara dan Hartamas

Berhampiran Dengan Pengangkutan Awam

  • Stesen KTM Komuter – Kampung Batu (3km), Sentul (4km)
  • Stesen LRT – Sentul Timur (4km), Sentul (4.5km)
  • Stesen teksi dan bas sekitar Jalan Sentul

Lengkap Dengan Fasiliti Yang Menarik

  • Infinity Pool
  • Wading Pool
  • Gazebo
  • Gymnasium berlatarbelakang kolam renang
  • Badminton Court
  • Court Futsal dan Basketball
  • Court Takraw
  • Bilik riadah
  • Ruang meditasi
  • Taman herba
  • Taman permainan kanak-kanak
  • Pusat asuhan kanak-kanak
  • Bilik persalinan
  • Dewan serbaguna
  • Surau

Maklumat pembelian

Harga (RM): RM300,000 untuk semua jenis semua tingkat

Booking fee : RM15,000 (akan dipulangkan jika permohonan anda ditolak oleh DBKL)
Kalau korang cancel booking, kena bayar RM1,500 kepada DBKL sebagai caj perkhidmatan (admin charges)

Pengesahan permohonan: Selepas menerima Booking Fee, korang perlu hantar borang permohonan kepada DBKL untuk pengesahan dan penerimaan. Jika permohonan berjaya, korang boleh mohon pinjaman bank. Semua permohonan tertakluk kepada pinjaman perumahan 90% dari harga rumah.

Cara Pengiraan:
Harga jualan =RM300,000
Pinjaman 90% dari harga rumah =RM270,000
Booking fees :RM15,000 (5%)
Bayaran sebelum tandatangan Perjanjian Jual Beli (Sales and Purchase Agreement) =RM15,000 (5%)
Yuran guaman (legal fee) untuk pinjaman bank, stamping dan MOT(memorandom of transfer) =lebih kurang RM2,500

Kesimpulannya, jika permohonan korang berjaya, korang kena ada RM32,500 tunai untuk membeli rumah ini.

Mana nak korek duit RM32,500 tu?

  1. Dari duit simpanan korang. Kalau korang memang konsisten menyimpan RM1,000 sebulan selama 3 tahun lepas, memang korang ada RM32,500 tu.
  2. Keluarkan duit KWSP korang. Tapi korang tetap kena ada cash dulu untuk buat bayaran Booking Fee. Bila permohonan RUMAWIP dah lulus, baru korang boleh keluarkan duit KWSP.
  3. Buat short-term personal loan, atau pinjaman peribadi jangka pendek. Dengan syarat, korang memang ada cash dalam KWSP yang boleh dikeluarkan dan cukup untuk bayar balik personal loan tu.
  4. Pinjam dulu sebab ada cara untuk dapatkan 100% loan. Kalau nak tahu cara dapatkan 100% boleh datang ke event Ahad ini ^^

5 sebab kenapa pilih Sky Awani?

Bagi Tok, Sky Awani ni menarik sebab :

  • MRT 2 : Dalam perancangan, Sentul akan ada link MRT 2 :
  • MRT-Line2
  • MRT Circle Line : Dalam perancangan, Sentul juga  akan ada Circle line atau juga dikenali sebagai MRT3

    circleline
    CIrcle Line juga diramalkan akan mempunyai Stesen di Sentul
  • Unit berdekatan harga subsale yang tinggi : Kondo berdekatan yang sudah siap seperti One Sentul atau 1Sentul, unit 3 bilik di kondo ini sedang dijual pada harga hampir RM600,00.  Sky Awani ni sgt dekat dengan kondo 1Sentul. Jadi pada harga RM300,000, kondo Sky Awani memang tidak mahal.
  • Kondo 1 Sentul, berdekatan Sky Awani
    Kondo 1 Sentul, berdekatan Sky Awani
  • Potensi kadar sewa tinggi – Unit 3 bilik di kondo 1Sentul sekarang boleh dsewakan pada harga setinggi RM2500 sebulan. Bayaran bulanan untuk Sky Awani patut lebih kurang RM1300 sahaja. Jadi ada potensi tinggi untuk jadi cashflow positif selepas tamat tempoh tanpa sewa untuk RumahWIP.

    1seniprop
    Iklan jualan dan sewaan 3+1 bilik di kondo 1Sentul di Iproperty.com
  • Kondo 300k di KL? : Susah nak dapat peluang beli kondo 3 bilik di Kuala Lumpur pada harga RM300,000. Kalau tengok kondo lain di Sentul seperti Tamarind, Saffron, 1 Sentul, semua unit 3 bilik mereka dijual pada harga lebih RM600,000. Sky Awani ni pun cuma tinggal lot bumiputera sebab lot bukan bumiputra dah habis dijual pada bulan pertama.

Berminat?

Kalau korang ada duit simpanan atau KWSP akaun 2 dalam lingkungan RM35,000 tu, dan korang layak untuk memohon rumah RUMAWIP tu berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan, hubungi nombor di bawah untuk sesi preview projek ini.

p/s : Kalau nak tahu cara nak dapatkan 100% loan untuk pembelian hartanah ini, datang Ahad ini. Ada perkongsian dari pihak bank rahsia mengenai cara nak dapatkan loan 100%!

Syarat Kelayakan RUMAWIP

  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun keatas
  • Bekerja atau dah tinggal di wilayah persekutuan tidak kurang dari 3 tahun
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000
  • TIDAK mempunyai sebarang kediaman atau rumah di Wilayah Persekutuan
  • Cuma boleh dibeli untuk kegunaan pakai sendiri untuk tempoh 10 tahun pertama
  • Tidak boleh dijual dalam tempoh 10 tahun pertama

Proses nak beli rumah di Sky Awani :

1. Sediakan semua dokumen yang diperlukan dalam “Senarai Semak” berikut :

senarai-semak-skyawani-residensi
senarai-semak-skyawani-residensi

2. Sediakan cheque bernilai RM15,000 sebagai booking fee ke atas nama peguam pihak pemaju – Chang.Haryati

3. Hantar semua borang permohonan, dokumen yang dipinta dan cheque booking fee unutk dapatkan kelulusan dari pihak pemaju dan DBKL. Sekiranya permohonan anda ditolak, cheque anda akan dipulangkan tanpa apa apa caj.

4. Pihak pemaju akan memanggil anda untuk datang ke sesi ballot atau pemilihan. Jika anda dipilih, anda perlu cepat-cepat bat permohonan mortgage atau loan rumah.

5 .Bila loan dah lepas, pemaju akan panggil untuk tandatangani SPA dan anda perlu sediakan baki RM15,000 untuk lengkapkan bayaran-muka (downpayment) 10% sekiranya anda dapat kelulusan 90% loan.

6. Lepas dah sign SPA dan perjanjian loan (loan agreement), boleh pergi ke KWSP untuk keluarkan maksimum RM30,000 dari akaun 2 EPF anda.

10 COMMENTS

  1. Adakah syarat2 RUMAWIP tersebut terpakai untuk bukan bumiputera juga? Unit untuk bukan bumiputera habis dijual dlm bulan pertama- perkara yg biasa didengari. Tok dah pernah ulas ttg isu ni? (Kot sy terlepas pandang) Terima kasih krn berkongsi ttg info menarik ni. Terus kan usaha yg baik

  2. Lokasi rumah meragukan…saya dah pergi ke tapak kawasan…serba jauh dgn kemudahan…pada pendapat saya la…

    • saya stay taman batu muda.. kemain bnyk lg kemudahan situ tuan hoiiiii.. giant dekat.. speedmart dekat.. sekolah depan kondo ni je.. komuter dekat .. star dekat.. nk kemudahan hape laie? klinik 1malaysia pun dkt.. area ppr batu muda.. dpn kondo ni jgk.. klinik kesihatan pun ada dekat.. apanya kemudahan yang tade ea??

  3. Tok,

    based on my reading, RUMAWIP tidak boleh disewakan kerana objective having this low cost aprtment untuk dijualkan kepada mereka yg tidak mampu membeli property (rumah) dengan harga 300k and above. dan Apartment ini hanya boleh dijual selepas 10 tahun start daripada dapat kunci..

    Tetapi location die bagus.

  4. Tok,

    Based on my ready, apartment ini tidak boleh disewakan sebab objective die untuk membeli peluang kepoda golongan belia memiliki rumah dengan harga yang rendah. Dan aprtment ini tidak boleh dijual dalam masa 10 tahun selepas dapat kunci.

    tetapi location die bagus

LEAVE A REPLY