PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Belum duduk lagi, dah bercela? 9 langkah tuntut pemaju baiki kerosakan rumah baru

Tok perati je korang ni. Nampak seronok dan teruja sangat dapat kunci rumah baru.

Tapi siapa tak suka, betul? Semua orang pasti berkongsi perasaan yang sama bila pemaju bagi VP rumah baru.

Cuma, tak semuanya indah belaka. Ada banyak je kes rumah baru yang banyak kerosakan. Ada juga yang sampai tahap teruk gila.

Apa hak korang (sebagai pembeli) untuk tangani masalah ni? Takkan korang kena keluar duit sendiri untuk baiki semua kerosakan ni?

Bagi yang serius nak tau, hadamkan sekarang perkongsian peguam hartanah Tuan Salkukhairi Abd Sukor ni.

Betulkan segala kerosakan tanpa guna duit anda walaupun satu sen?

Selalu kita dengar dalam laporan media semasa tentang kisah pembeli rumah yang teraniaya.

Ini semua sebab gara-gara sikap pemaju yang siapkan rumah secara ala kadar je.

Nampak cantik kalau dipandang dekat luar, tapi keadaan dalam rumah agak teruk dengan pelbagai kerosakan.

Korang tau tak? Kalau korang beli rumah yang dalam pembinaan (under construction, undercon) dengan pemaju, korang ada tempoh liabiliti kecatatan (defect liability period).

Atau dalam bahasa mudah, dipanggil tempoh waranti selama 24 bulan, bermula dari tarikh serahan milikan kosong (atau ayat lain, masa korang VP atau dapat kunci rumah).

Dalam tempoh masa ni, pemaju masih bertanggungjawab untuk betulkan balik kerosakan yang ada.

Dan semua kos pembaikian ni, pemaju yang akan tanggung. Bukan pakai duit korang.

Tapi, macam mana nak minta pemaju baik pulih kerosakan ni? Apa yang patut korang buat?

Korang cuma perlu ikut satu-persatu segala yang saya kongsikan dekat bawah ni:

KLIK SEKARANG UNTUK BACA: Anda beli rumah baru? Tip ini boleh selamatkan banyak duit anda. 

Langkah #1: Rangka surat rasmi kepada pemaju

Bila dah dapat kunci, periksa dulu kalau-kalau ada sebarang kerosakan dekat rumah baru korang tu.

Kalau ada terjumpa, korang boleh mulakan dengan menulis surat rasmi kepada pemaju. Senaraikan kerosakan tu satu persatu.

Kalau boleh, ambil sekali gambar kerosakan yang ada dan lampirkan sekali dengan surat rasmi tu. CC surat tu kepada peguam yang sediakan SNP korang.

Langkah #2: Boleh hantar surat rasmi dengan apa cara?

Korang boleh hantar surat tu kepada pemaju dan peguam dengan 2 cara je:

  • Hantar secara Pos Berdaftar,
  • Serah terus ke pejabat pemaju dan pejabat peguam, dan dapatkan tanda tangan dan cop akuan terima daripada mereka.

Cara yang lain selain daripada 2 ni tak dibenarkan oleh undang-undang.

Langkah #3: Berapa lama anda nak kena tunggu?

Bagi tempoh 30 hari kepada pemaju mulai dari tarikh pemaju terima surat rasmi tu untuk baiki kerosakan.

Langkah #4: Apa anda boleh buat kalau pemaju tak buat kerja?

Kalau pemaju tak baiki kerosakan dalam tempoh 30 hari, korang boleh lantik kontraktor sendiri untuk betulkan apa yang patut.

Jangan lupa dapatkan sebutharga daripada kontraktor korang terlebih dulu untuk kos baiki kerosakan dekat rumah tu.

Langkah #5: Bagi lagi peluang kepada pemaju untuk buat kerja

Serahkan secara rasmi sebutharga kontraktor tu kepada pemaju dan CC kepada peguam.

Dah selesai buat semua ni? Bagi lagi peluang dekat pemaju untuk baiki kerosakan tu dalam tempoh masa 14 hari.

KLIK SEKARANG UNTUK BACA: Pemaju tuntut penalti bayaran lewat? Ini hak yang semua pembeli rumah under construction patut tahu. 

Langkah #6: Kalau pemaju tak bergerak jugak?

Kalau pemaju masih tak baiki kerosakan selepas tempoh 14 hari tu tamat, sila arahkan kontraktor korang untuk mulakan kerja pembaikian sehingga siap.

Langkah #7: Bagi invois kerja baik pulih kepada peguam

Selepas semua siap dibaiki, sila tuntut kos pembaikian kerosakan tu daripada peguam dengan mengemukakan invois asal kerja-kerja pembaikian tadi kepada peguam.

Langkah #8: Apa yang akan jadi selepas hantar invois?

Peguam hendaklah membuat bayaran kepada kontraktor dengan memotong daripada wang pertaruhan 5%, daripada harga jual beli yang dipegang oleh peguam.

Langkah #9: Apa nak buat kalau pemaju dan peguam berdegil?

Kalau pemaju dan peguam tak bagi kerjasama, korang boleh failkan tuntutan di Tribunal Pembeli Rumah.

Walaupun semua perkara yang saya sebutkan atas tadi ada jelas ternyata dalam Perjanjian Jual Beli (SNP), saya percaya ramai yang tak tau hak mereka tentang ini.

PS: Kalau korang nak saya bantu semak kerosakan rumah, boleh PM saya dengan klik kat sini untuk maklumat lanjut. Tertakluk kepada terma dan syarat.

KLIK SEKARANG UNTUK BACA: Nak beli rumah untuk duduk sendiri? Baca sekarang panduan mudah ini. 

Sekarang, korang dah tak perlu takut-takut lagi untuk berdepan dengan pemaju kalau ada sebarang kerosakan.

Perkara biasa. Selagi tak ramai tau pasal ni, selagi tu korang dilayan secara acuh tak acuh.

Bila korang dah tau pasal ni, mesti mereka dah tak berani buat macam tu lagi. Ini hak korang. Gunakan sebaik mungkin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. walaupun liability selama 24 bulan, mereka tetap kena perbaiki dengan cepat la kan? sekiranya mereka janji akan baiki cuma kena tunggu que n x jamin bila akan perbaiki, boleh ke ikut cara mcm ni?