PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

9 fakta pelaburan hartanah anda wajib tahu. No. #6 paling awesome

Ramai orang takut untuk mulakan pelaburan hartanah. Lagi-lagi yang baru pertama kali nak mula.

Ada sesetengah orang kata, sebab tak cukup ilmu. Ada pulak yang fikir, pelaburan hartanah hanya permainan golongan otai semata-mata.

Mungkin ramai yang lupa. Otai yang ada sekarang, bermula daripada bawah juga. Bukan terus pandai dalam pelaburan hartanah bila lahir kat dunia.

Semua ni, korang boleh belajar. Mulakan dengan 9 fakta ni supaya rasa cuak dalam diri tu berkurang bila nak bermula.

Nah, Tok jumpa ilmu best ni kat blog Your Investment Property Mag. Hadamkan laju-laju.

Fakta #1 : Lebih mudah dari apa anda fikirkan?

Betul. Nak beli hartanah, memang banyak paperwork yang korang kena sediakan. Yang ni, Tok tak sangkal.

Tapi selain daripada itu, boleh kata senang gila nak beli hartanah untuk pelaburan. Takde pun langkah-langkah yang pelik korang kena buat.

Yang penting, korang dah sedia maklum dengan proses membeli – dari proses membayar booking (atau deposit), hingga dapat kunci rumah.

Selagi kewangan korang cun-melecun, korang dah boleh mula buat kajian untuk cari hartanah pelaburan yang baik.

Lepas dah buat segala kajian yang perlu (due diligence) dalam bab valuasi harga dan kondisi hartanah, korang boleh kurangkan risiko terbeli hartanah yang takde potensi buat untung, atau hartanah yang terlebih mahal.

Fakta #2 : Pelaburan hartanah, confirm ada jaminan?

Tak macam pelaburan saham, pelaburan hartanah ada jaminan yang duit korang takkan senang-senang ‘lebur’ begitu saja.

Tok kongsikan contoh supaya korang senang nak faham.

Katakan, korang melabur RM100,000 dalam pasaran saham. Korang pun dah tahu yang pelaburan ni, takde sebarang jaminan.

Bermakna, korang tak boleh jamin pelaburan korang akan buat untung untuk tempoh 1, 3, 5, 10, atau 25 tahun akan datang. Setuju?

Korang tak boleh nak jangka pulangan pelaburan dengan mengubah kos inflasi. Selain tu jugak, korang takde sebarang jaminan yang syarikat tu akan survive dalam pasaran pada masa akan datang.

Dan kalau (katakan) portfolio korang jatuh sehingga 50%, korang akan rugi RM50,000 daripada RM100,000 yang korang laburkan.

Nah, lagi bukti yang korang takde sebarang jaminan dalam pelaburan saham.

Macam mana pulak kalau anda melabur dalam hartanah?

Kalau korang melabur RM100,000 dan bayar deposit RM25,000 untuk setiap satu hartanah yang dibeli, korang akan ada portfolio bernilai RM400,000 dan RM300,000 pinjaman daripada bank.

Selagi korang boleh sewakan setiap unit, korang boleh cover ansuran bulanan tanpa sebarang masalah. Dan korang boleh settle-kan hutang tu dalam tempoh 25 tahun.

Kalau hartanah tu tak meningkat dari segi kadar sewa dan nilai sebanyak 50% (untuk tempoh 25 tahun akan datang), korang masih boleh untung sebanyak RM200,000.

Lagipun, korang ada insuran (seperti MLTT dan MRTT) bila beli hartanah. Tak macam pelaburan saham. Kalau saham korang barai, korang akan hilang semua sekali.

Fakta #3 : Pelaburan anda dalam kawalan

Tak macam pelaburan lain, pelaburan hartanah tawarkan pelbagai jenis pilihan dalam bab meningkatkan nilai (value) dan pendapatan.

Korang jugak ada sepenuh kuasa dalam bab pembelian (di mana nak beli dan macam mana nak beli), dan bila korang nak jual sesebuah hartanah.

Betul, situasi ekonomi beri kesan secara langsung dalam peningkatan nilai sesebuah hartanah.

Cuma dalam pelaburan lain seperti saham, ini akan berikan kesan yang lebih mendadak. Itu belum campur lagi bab emosi dan berita terkini tentang sesebuah syarikat.

Fakta #4 : Hartanah adalah pelaburan yang stabil

Pelaburan saham dan mutual funds lebih tak menentu (volatile) kalau dibandingkan dengan hartanah. Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi tak menentu.

Walaupun ada ‘correction’ (pembetulan) dalam pasaran hartanah, permintaan (demand) hartanah dipacu oleh perkembangan populasi. Bermakna, peningkatan nilai akan sentiasa ada.

Korang jugak kena tahu. Kejatuhan nilai hartanah BUKAN satu kerugian, kecuali bila korang jual hartanah tu.

Kalau hartanah tu dibeli dan boleh hasilkan aliran tunai positif, korang tak perlu jual hartanah tu. Hanya perlu maintain jaga, hingga nilai hartanah tu meningkat semula.

Fakta #5 : Pelaburan yang senang nak faham?

Tak macam pelaburan saham (yang banyak jargon dan terma yang pelik-pelik belaka), pelaburan hartanah adalah antara pelaburan yang mudah untuk korang buat.

Strategi yang terlibat dalam pelaburan hartanah, lebih senang untuk kita fahamkan berbanding pelaburan lain.

Antara yang penting untuk korang ambil tahu seperti :

  • Kenaikan nilai (capital growth),
  • Aliran tunai (cash flow),
  • Keuntungan sewa (rental yield).

Untuk perkara ni, korang boleh baca artikel yang terkandung dalam blog Gila Hartanah ni. Kalau ada yang tak cukup, boleh je baca ilmu lain yang tersedia kat Google.

Memang ada banyak strategi yang kita boleh gunakan dalam pelaburan hartanah seperti flipping dan sebagainya. Tapi korang kena pastikan strategi korang simple.

Yang paling penting dalam pelaburan ni adalah kefahaman korang dalam bab pinjaman perumahan. Nak tahu lebih lanjut pasal ni? Klik sini dan baca sekarang.

Fakta #6 : Tak perlu guna duit sendiri bayar monthly instalment. Biar betul?

Antara yang ramai orang tak puas hati dengan pelaburan hartanah, adalah bab pembayaran ansuran bulanan kat bank.

Kalau korang dapat hartanah yang bagus, silap-silap korang tak perlu gunakan duit sendiri untuk bayar ansuran bulanan kat bank.

Semua ni, korang bayar guna duit sewa yang penyewa bagi. Dan pada masa yang sama, korang boleh nikmati kenaikan nilai (value) hartanah yang korang beli tu. Best, kan?

Fakta #7 : Pelaburan hartanah, pelaburan kalis inflasi?

Hartanah dengan aliran tunai (cash flow) yang bagus, susah nak terkesan semasa kemelesetan ekonomi.

Sebab apa?

Sebab hartanah tergolong sebagai satu keperluan yang setiap manusia perlu ada. Manusia perlu ada tempat berteduh, tak kira teruk mana pun kemelesetan ekonomi yang berlaku.

Mereka akan berusaha dan buat apa saja, untuk pastikan ada bumbung di atas kepala mereka. Ini adalah fakta.

Pendek kata, manusia sanggup abaikan kemahuan lain, semata-mata untuk pastikan tak kantoi bayar ansuran bulanan rumah mereka.

Fakta #8 : “24 bulan lepas beli, boleh naik nilai?” – Cik Pah

Tanpa ragu-ragu, Tok berani cakap yang pelaburan ini adalah pelaburan yang boleh dijangka.

Lagi senang nak ramal apa yang berlaku dalam pasaran hartanah berbanding pelaburan lain. Dengan hartanah yang bagus, korang boleh jangka kenaikan nilai (capital appreciation) dalam masa  paling kurang 18 ke 24 bulan selepas membeli.

Tak macam pelaburan saham, yang boleh berubah dalam masa beberapa saat saja.

Fakta #9 : 90% jutawan dalam dunia melabur dalam hartanah?

Pelaburan hartanah lebih banyak lahirkan jutawan berbanding kelas aset lain yang ada kat mukabumi ni.

Yang ni, korang boleh kaji sendiri. Berapa banyak jutawan yang lahir dengan pelaburan seperti saham, bon, komoditi, atau mutual fund?

Lepas tu, korang kaji pulak berapa banyak jutawan yang kaya-raya dengan pelaburan hartanah. Korang mesti terkejut dengan apa yang korang bakal jumpa.

Fortune Magazine mendapati yang 97% jutawan, terhasil daripada mereka yang melabur dalam hartanah.

Tok harap lepas korang habis hadamkan perkongsian ni, korang tak takut lagi nak mulakan langkah pertama melabur dalam hartanah.

Yang penting, korang kena belajar dan terus belajar. Banyak dah ilmu yang pelabur otai kongsikan dalam Facebook. Senang-senang je korang boleh cari dalam Google.

Ilmu ni bermanfaat? Sila SHARE kat kawan korang yang nak mula beli hartanah untuk tujuan pelaburan.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *