PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

9 cara orang kaya uruskan duit mereka dan jadi lebih kaya. Tip #8 dan #9 confirm selamatkan duit kita.

Tok yakin, semua orang suka dengar nasihat yang baik pasal duit.

Lebih-lebih lagi masa ekonomi tengah gawat. Makin ramai nak tahu cara berbelanja dengan baik. Tok rasa sangat bersyukur, sebab akan bertambah ramai yang gunakan duit secara bijaksana.

Hari ini, Tok nak ajak korang tambah kebijaksanaan kita bersama-sama. Ilmu ini adalah ilmu yang bagus. Lagi cantik kalau kita kongsi dan makan sama-sama, kan?

Tak perlu terkejut kalau anda senang jadi kaya lepas amalkan tip ini.

Thomas C. Corley kongsikan 9 tip ini. Beliau telah habiskan masa lebih 5 tahun untuk duduk dan belajar daripada ramai orang kaya, tentang cara dan strategi mereka gunakan duit dengan bijak.

Tak ramai tahu strategi yang mereka gunakan. Dan tak mustahil tip ini boleh buat kita semua kaya-raya seperti mereka.

Kita boleh belajar daripada tabiat mereka ini dan terus mula aplikasikan ke dalam hidup kita tanpa segan-silu.

Tip Orang Kaya #1: Ada tabiat merekod setiap duit yang mereka guna. 

  1. Ini sikap yang tak ramai orang ada. Kita boleh perhatikan sikap ini setiap hari dengan amat mudah.
  2. Bila beli barang di kedai, berapa ramai yang ambil resit?
  3. Kalau ambil pun, berapa ramai yang simpan? Atau resit itu akhirnya menghuni tong sampah?
  4. Kalau nak jadi kaya, kita boleh mulakan dengan menanam sikap ambil tahu.
  5. Kaji setiap pergerakan duit kita setiap bulan. Sama ada di bank atau penggunaan kad kredit.
  6. Dari sini, kita akan perasan banyak benda yang kita bayar, tapi tak berapa penting untuk kita guna.
  7. Contohnya seperti yuran keahlian kelab (seperti gym atau lain-lain), langganan, atau caj rahsia untuk setiap servis yang kita sedang gunakan.

Tip Orang Kaya #2: Audit perbelanjaan mereka secara berkala. 

  1. Kos perbelanjaan kerap berubah dari masa ke semasa.
  2. Contohnya, kos untuk bayar insurans. Ia akan meningkat atau menurun dalam satu jangka masa tertentu.
  3. Mula kaji bayaran yang kita buat untuk perkara ini. Pilih kadar insurans terendah untuk rumah, kereta, dan nyawa.
  4. Periksa bayaran untuk insurans kesihatan. Mungkin kita masih bayar perkara yang tak sepatutnya. Contohnya, insurans anak-anak kita yang sudah bekerja, atau mereka sudah mula bayar insurans sendiri, atau lain-lain.
  5. Sama juga dengan kos seperti servis Internet atau Astro. Kaji perkara ini dan dapatkan kos yang terendah untuk servis-servis ini.
  6. Jika perlu, boleh potong langganan ini untuk elakkan pembaziran (Info tambahan: Orang kaya jarang tengok TV).
  7. Kita juga boleh cari dan kaji pelan telefon bimbit yang terbaik. Servis ini sentiasa bersaing dan kerap ubah pelan mereka untuk menangi hati pelanggan.

Tip Orang Kaya #3: Beli kereta terpakai yang berkualiti.

  1. Kereta baru akan hilang nilai selepas beberapa saat ia beredar dari kedai. Ini perkara yang tak dapat kita elak.
  2. Kita boleh hindarkan perkara ini dengan membeli kereta terpakai.
  3. 44% orang kaya suka beli kereta terpakai yang berkualiti. Ini berdasarkan daripada kajian yang Thomas buat.
  4. Kita boleh gunakan tip ini: Mereka akan beli kereta yang tak gunakan banyak mileage. Kita cuma perlu sediakan kos untuk selenggara kereta terpakai ini (tukar tayar, minyak hitam, dan sebagainya).
  5. Walaupun apa pun, ia masih berbaloi dan masih murah berbanding beli kereta baru.

Tip Orang Kaya #4: Mereka hargai setiap kupon diskaun. 

  1. Terkejut? Kajian Thomas selama 5 tahun buktikan perkara ini.
  2. Ini adalah tabiat yang jimatkan penggunaan duit yang amat berkesan.
  3. 30% orang kaya akan gunakan kupon untuk beli makanan harian mereka.
  4. Ini jelas tunjukkan mereka amat berhati-hati semasa berbelanja (dan ini tak bermakna mereka tak ada duit).
  5. Kenapa kena bayar lebih untuk makanan atau lain-lain benda, jika ada kupon diskaun yang boleh diguna?

Tip Orang Kaya #5: Tak guna lebih 30% daripada gaji mereka untuk bayar kos rumah.

  1. Ramai yang sukar nak percaya perkara ini, tapi ia adalah hakikat yang terpaksa mereka telan.
  2. Bukan semua orang kaya akan pilih untuk duduk di rumah banglo atau “mansion”. 
  3. Kajian Thomas jadi bukti yang 64% lebih suka duduk di rumah yang sederhana, asalkan ia selesa dan boleh tampung bilangan ahli keluarga mereka.

Tip Orang Kaya #6: Ada tabiat tawar-menawar. 

  1. Ramai yang lebih rela bayar lebih untuk barangan yang dibeli.  Ini adalah tabiat orang miskin.
  2. “Padahal, kita boleh sahaja tawar-menawar untuk dapatkan harga yang lebih murah,” jelas Thomas.
  3. Orang yang ada tabiat ini boleh jadi kaya dengan mudah. Tawar-menawar adalah tabiat orang kaya yang boleh kita amalkan selalu (tapi tengok tempat. Takkan kat supermarket seperti MYDIN atau TESCO nak tawar-menawar juga?)

Tip Orang Kaya #7: Mereka tak gunakan kad kredit yang tak ada kelebihan.

  1. Ada banyak program kad kredit yang beri kelebihan kepada pelanggan mereka.
  2. Biasanya, program ini akan berikan ganjaran berupa poin.
  3. Poin ini boleh ditukar kepada produk percuma atau lain-lain, bergantung kepada tawwaran dari pihak bank.
  4. Sebagai contoh, American Express berikan sehingga 88% pulangan untuk setiap perbelanjaan yang gunakan kad kredit ini.
  5. Contoh lain seperti Barnes and Noble. Poin yang dikumpul boleh ditukar kepada kad hadiah (gift card) secara percuma, 100% tanpa sebarang caj tambahan.

Tip Orang Kaya #8: Ada objektif yang jelas kenapa mereka simpan duit. 

  1. Mereka ada satu jenis tabiat, iaitu simpan duit dalam pelbagai jenis akaun atau lain-lain bank.
  2. Untuk ini, mereka biasanya akan asingkan duit dalam satu jumlah yang besar.
  3. Kemudian, mereka akan bahagikan sesebuah jumlah ke dalam setiap akaun yang ada.
  4. Sebagai contoh, katakan kita mampu asingkan 10% daripada pendapatan kita setiap bulan.
  5. Kita boleh ambil 5% dan simpan sebagai duit persaraan kita, 2% untuk perbelanjaan, 1.5% sebagai persediaan untuk sebarang kecemasan, dan lebihan 1.5% untuk modal pusingan bisnes (ini hanya sekadar contoh sahaja).

Tip Orang Kaya #9: Mereka simpan duit secara automatik. 

  1. Kata kunci untuk perkara ini adalah: Perlaksanaan.
  2. Kita boleh setkan agar setiap jumlah tertentu disalurkan terus ke setiap akaun secara automatik.
  3. Jumlah ini akan ditolak daripada pendapatan (gaji) bersih kita setiap bulan.
  4. Dengan cara ini, kita tak perlu simpan duit secara manual.
  5. Ia juga memaksa kita berbelanja dengan cermat, sebab kita simpan duit dahulu dan belanja baki duit yang tinggal.

Kalau mulakan sekarang, lagi cepat anda boleh jadi kaya.

Uruskan duit adalah sebuah proses. Mencipta kekayaan juga adalah sebuah proses. Dua perkara penting ini sebagai penentu sama ada kita bakal jadi kaya, atau sebaliknya.

Kalau tak amalkan tabiat orang kaya yang baru kita belajar ini, Tok boleh jamin sampai ke sudah kita semua susah nak jadi kaya.

Kalau ada impian nak jadi kaya, kena korbankan banyak masa.

Pada masa yang sama, bina disiplin yang tinggi dalam bab menyimpan duit.

Tok yakin korang boleh buat sampai jadi. In Shaa Allah, Tok sentiasa doakan yang terbaik untuk korang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *