85% unit terjual selepas pelancaran Eco Ardence pada September lepas

85% unit terjual selepas pelancaran Eco Ardence pada September lepas

469
3
SHARE
Sumber gambar: The Edge Property
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Shah Alam (Nov 30): Eco Development Group Bhd’s (EcoWorld) Eco Ardence di Shah Alam telah mencapai langganan sehingga 85% untuk fasa pertama sejak pelancaran pada bulan September lepas tahun ini.

Perkara ini dijelaskan oleh CEO dan juga presiden EcoWorld, Datuk Chang Khim Wah.

Eco Ardence adalah pembangunan perbandaran pegangan bebas seluas 533 ekar, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM8.58 bilion. Ia adalah usaha sama antara EcoWorld dan Cascara Sdn Bhd.

Seluruh bandar dijangka siap dalam masa 8 hingga 10 tahun.

Fasa pertama projek ini mempunyai 432 semi-D dan rumah banglo berharga RM1.3 juta, jelas Chang pada majlis perasmian di galeri jualan Eco Ardence semalam.

Sasar 100% jualan pada Oktober tahun depan

“Sambutan untuk Eco Ardence amat menggalakkan kerana ia merupakan bandar yang sesuai untuk upgraders,” kata Chang, sambil menambah yang syarikat itu akan menampung lebih ramai pembeli rumah pada masa akan datang.

Sasaran EcoWorld adalah untuk mencapai 100% jualan untuk Eco Ardence pada Oktober tahun depan, kata pengurus besar, Liew Tian Xiong.

“Terdapat 4 fasa kediaman untuk projek ini dan kami akan melancarkan fasa 2 dan 3 dalam separuh masa pertama 2017 (1H 2017) dan 2018,” jelas beliau.

Sama dengan fasa pertama Eco Ardence, fasa ke-2 terdiri daripada pembangunan semi-D serta banglo dengan harga bermula daripada RM1.3 juta hingga RM3 juta.

Ketua perancangan, pembangunan, dan perlaksanaan projek EcoWorld, Prakash Prasannan menegaskan yang syarikat itu juga sedang mempertimbangkan untuk melancarkan komponen komersial Eco Ardence dalam 1H2017, tertaluk kepada keadaan pasaran.

Akses mudah ke 4 lebuhraya utama di Lembah Klang

Sementara itu, pada majlis perasmian galeri jualan seluas 13,500 kaki persegi Eco Ardence, pengerusi EcoWorld, Tan Sri Liew Kee Sin berkata, galeri ini akan membantu pelanggan dan berikan servis yang lebih baik dan mempamerkan projek itu sepenuhnya.

Projek ini boleh diakses melalui 4 lebih raya utama – Lebuhraya Baru Lembah Klang, Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya ELITE dan Koridor Guthrie.

Melalui lebuhraya ini. Eco Ardence adalah 11KM ke Klang, 16KM ke Subang Jaya, 18KM ke Petaling Jaya, 24KM ke Damansara, 30KM ke Kuala Lumpur dan 52KM ke KLIA.


[Sumber berita asal: The Edge Property]

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY