Home Tip beli rumah Bank senang approve permohonan loan rumah anda berkali-kali. Jaga 8 perkara ini

Bank senang approve permohonan loan rumah anda berkali-kali. Jaga 8 perkara ini

4518
1
SHARE
Sumber gambar - KUTV
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Kalau mudahkan kerja pegawai bank, tak mustahil mereka senang-senang luluskan setiap permohonan loan rumah korang.

Bayangkan. Dah la mereka kena uruskan beratus (mungkin beribu) permohonan dalam satu hari.

Dan korang pulak, tak sediakan semua dokumen yang perlu. Dah tu, tau pulak nak cepat.

Sebelum apply loan rumah tu, Tok nak korang hadamkan dulu perkongsian sempoi Cikpuan Bella Leana ni.

Molek sangat kalau korang sediakan semua dokumen ini awal-awal. Pegawai bank pun pasti bagi layanan gred A kat korang (selain senang lulus).

4 dokumen penting anda wajib jaga

Selamat pagi.

Korang dah kemas kini loan profile dalam fail peribadi korang, sebelum memohon loan rumah kat bank?

Ini apa yang korang wajib sediakan untuk bank sebelum buat permohonan :

  1. Payslip terkini,
  2. Penyata bank terkini,
  3. Statement ASB atau Tabung Haji terkini,
  4. EPF statement.

Ini dia 4 benda yang korang perlu update setiap bulan, tanpa gagal.

Kalau korang masih terima payslip jenis carbon copy tu, sangat la dinasihatkan untuk buat copy (photocopy) korang punya payslip tu.

Bukan apa. Takut carbon copy tu boleh pudar dimamah usia.

Untuk bahagian statement ASB / Tabung Haji tu, kalau korang jenis yang memang ada buat penambahan unit (atau RM) setiap bulan, atau ada maintain ‘some’ unit (atau RM) sebagai baki terakhir, pastikan statement tu ada tunjuk dividen atau bonus semasa.

Untuk bahagian EPF pulak, baik lagi korang daftar EPF secara online untuk memudahkan korang check. Tak payah print pun takpe. Tapi kalau korang rajin nak print, lagi bagus.

“Kenapa kena check semua ni?”

Mana la tahu, ada majikan yang tak carum ke. Sedangkan, setiap bulan ada pemotongan.

Pernah ke jadi kes macam ni? Pernah beb. So, korang kena hati-hati dan check setiap kali.

KLIK UNTUK BACA : Apa yang lelaki ini buat untuk beli rumah tanpa slip gaji (walaupun bisnes tak sampai 6 bulan)?

Tingkatkan peratus loan lulus dengan sediakan 4 dokumen ini

“Ada lagi ke dokumen yang kena disediakan?”

Ada. Ni 4 lagi dokumen yang elok korang sediakan :

  1. Bonus payslip,
  2. Rental agreement,
  3. Borang EA,
  4. B/BE Form dengan resit rasmi (official receipt).

Benda ni pulak, korang kena update setiap kali dikeluarkan (untuk bonus payslip). Yang EA Form tu, mungkin setahun sekali.

Untuk bonus, ada jugak syarikat yang bagi setahun 2 kali. So, korang update je dalam profil kewangan korang.

Untuk rental agreement pulak, pastikan tenancy agreement korang tak expired. Bermakna, korang kena alert bila expiry date untuk korang punya agreement tu.

Kalau dah expired, sebaiknya korang kena update.

Borang B/BE ni, kalau dah declare tax dan perlu buat bayaran, sila kepilkan sekali dengan slip bayaran. Slip ni, perlu dihantar ke bank kalau korang nak apply loan rumah.

KLIK UNTUK BACA : Teknik power langsaikan loan rumah 6 tahun lebih awal

Apa lagi dokumen lain anda perlu sediakan?

Yang lain-lain? Senang cerita, macam ni.

Apa saja dokumen yang korang ada, yang boleh dibuktikan sebagai pendapatan, korang masukkan sekali dalam profil kewangan korang tu.

Ini bukan saja akan memudahkan kalau korang baru nak apply loan rumah kemudian hari. Tapi ini jugak berguna bila korang nak semak semula segala transaksi yang dah lama.

Jadi, siapa yang belum ada profil kewangan peribadi, dah boleh start buat. Modal bukan makan banyak mana pun. Cuma perlu sediakan ring file dan plastic holder je.

Yang dah ada, tahniah. Sila check profil kewangan peribadi korang tu sama ada updated atau outdated.

KLIK UNTUK BACA : Cara buat bank senang luluskan pinjaman rumah, walaupun tak ada slip gaji

Macam yang Cikpuan Bella jelaskan kat atas tadi, pastikan profil kewangan korang sentiasa updated.

Dan selalu ingat. Kalau korang mudahkan kerja banker, tak mustahil permohonan loan rumah korang lebih senang lulus pada masa depan.

Sila SHARE artikel ini dan panjangkan manfaat yang ada kepada kawan-kawan korang. Baru mereka tahu kenapa kena sediakan profil kewangan sebelum memohon loan.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here