Home Kisah Inspirasi Wanita ini pernah berhutang $40,000 dan berjaya jadi jutawan sebelum 30 tahun....

Wanita ini pernah berhutang $40,000 dan berjaya jadi jutawan sebelum 30 tahun. Ini 7 tip personal beliau yang anda boleh gunakan segera.

11920
8
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Hidup ini tak selalunya indah.

Ada hari, kita boleh bersenang-lenang. Ada hari juga, hidup kita akan ditindih oleh pelbagai jenis masalah.

Tak perlu kita pandang masalah ini sebagai penghalang. Setiap halangan pengalaman berharga, dan pengalaman adalah cikgu yang terbaik dari ladang.

Sebab Tok sayang korang, Tok nak kongsikan cara Carol Roth uruskan masalah beliau dan akhirnya, berjaya capai status jutawan sebelum mencecah umur 30 tahun.

Semoga kisah ini jadi iktibar dan pembakar semangat korang untuk terus berjuang. Ikuti tip yang penuh bermanfaat ini.

Kisah hidup Carol yang akan buatkan anda beremosi. 

Saya berasal daripada keluarga yang sentiasa bergelumang dengan pelbagai masalah kewangan.

Hidup keluarga saya biasa-biasa saja. Ayah saya bekerja sebagai seorang jurueletrik. Mak saya pula suri rumah, yang kemudian tukar karier jadi seorang usahawan.

Walaupun dua orang tua saya ada kerjaya masing-masing, kewangan keluarga kami selalu ada masalah.

Semasa saya masih lagi remaja, mak ayah saya mula tinggal berasingan, dan akhirnya bercerai.

Penceraian ini menambah tekanan kat masalah kewangan sedia ada. Sebab ini, saya sedar yang mereka ada masalah untuk tanggung pembelajaran saya kat kolej nanti.

Saya berjaya tamatkan pengajian kat salah satu universiti terkenal dalam negara (The Wharton School of Business, University of Pennsylvania) pada tahun 1995.

Walaupun berjaya lulus dengan gred yang cemerlang (Ivy League), saya masih ditekan dengan bebanan hutang kolej sebanyak $40,000.

Masalah ini buatkan saya sedar, yang saya kena buat sesuatu untuk selesaikan hutang ini.

Saya mula tetapkan matlamat.

Dalam masa kurang 8 tahun, saya nak ubah hidup yang sarat dengan hutang ini dan jadi seorang jutawan.

Dengan 7 cara ini, saya berjaya capai matlamat dan kehidupan yang saya idamkan.

#1: Tetapkan objektif dengan jelas dan spesifik.

Ini adalah perkara yang paling utama yang ramai orang yang terlepas pandang dan terlalu ambil mudah.

Kalau tak ada matlamat, amat mudah untuk kita tersesat.

Matlamat pula perlu jelas, spesifik, dan penuh beremosi.

Bermakna, kita tetapkan satu tempoh masa yang logik dan tak terlalu mustahil untuk dicapai, beserta pelan tindakan yang perlu dibuat.

Emosi pula membantu kita dari sudut mengekalkan tenaga minda dan fizikal untuk teruskan penjuangan.

Matlamat saya adalah mencapai angka 1 juta pertama sebelum cecah umur 30 tahun.

Saya tetapkan matlamat ini sebab saya tak ada duit yang cukup untuk membantu keluarga. Dan saya dah tak sanggup hidup dalam keadaan yang selalu tak cukup duit.

Saya sedar. Kalau ada 1 juta dalam bank, saya boleh ambil lebih banyak risiko, ada kelebihan dari segi fleksibiliti dan kurangkan stres berkaitan bab kewangan.

Pengalaman selama ini benar-benar mengajar saya, dan saya jadikan sebagai sumber pembakar semangat.

Ada orang kata, matlamat saya ini mustahil untuk dibuat. Tapi bagi saya, ia masih logik untuk dicapai.

Saya ajar diri saya supaya terus-menerus bersikap positif, dan tak ambil endah pandangan negatif orang lain.

Situasi dunia sekarang yang sarat dengan teknologi, dah berjaya lahirkan sejumlah jutawan pada usia yang sangat muda. Tapi ia amat berbeza dengan situasi saya.

Tahun 1995, belum ada lagi smartphone. Bahkan saya tak berpeluang untuk membeli telefon bimbit masa itu.

Saya juga tak ada komputer. Kalau perlu guna, saya akan ke makmal komputer kat kolej untuk buat kerja.

Pendedahan kat Internet pun jadi hal juga. Saya hanya mula gunakan Internet semasa mula bekerja lepas habis belajar.

Saya latih diri supaya tak pandang semua masalah ini sebagai halangan. Sebab saya cukup jelas dengan matlamat yang saya nak capai.

Dengan matlamat yang jelas dan spesifik, ia jadi penanda aras (benchmark) untuk saya lakukan perkara yang perlu. Berputus asa bukan salah satu pilihan.

#2: Sambar peluang kerja (dan tawaran gaji) yang terbaik.

Langkah seterusnya adalah mencari kerja yang berikan bayaran gaji yang lumayan.

Pada masa yang sama, ia bantu membina skil yang boleh saya manfaatkan untuk jangka masa panjang.

Saya pilih untuk bekerja dalam industri kewangan korporat (perbankan dan pelaburan). Banyak yang saya belajar sewaktu bekerja dalam industri ini.

Untuk tahun pertama, saya dibayar sebanyak $85,000 (dan ini adalah satu jumlah yang sangat baik). Dan ia tak berhenti setakat itu saja.

Ia berkembang dan mencapai jumlah 6 angka pada tahun berikutnya.

Saya bukan sekadar memiilih karier yang betul saja. Saya juga memilih untuk bernaung kat bawah syarikat yang baik dalam industri.

Kalau ikutkan hati, nak saja saya bekerja dengan syarikat seperti Goldman Sachs. Dah tentu gaji saya lebih banyak. Tapi saya tak pilih jalan mudah ini.

Sebab saya sedar, jalan mudah bukan satu jawapan.

Jadi, saya pilih untuk bekerja kat sebuah boutique firm yang amalkan persekitaran dan sistem meritokrasi (dalam bahasa mudah, sistem yang menyanjung seseorang kerana kebolehan, bukan atas sebab keturunan atau kekayaan).

Banyak pengalaman dan ilmu berguna yang saya boleh dapatkan dengan bekerja dalam syarikat ini. Dan ia jelas tak buatkan saya rugi.

#3: Sentiasa bekerja keras.

Bila dah berjaya dapatkan kerja, saya letakkan 100% fokus kat karier.

Pendek kata, saya bekerja macam orang gila.

Setiap minggu, saya akan bekerja 16 hingga 18 jam setiap hari. Kadang-kala, hari minggu pun saya akan bekerja.

Dan saya kerap bekerja hingga larut malam. Saya tak kisah, sebab saya tahu ini yang perlu saya buat untuk capai matlamat saya.

Hidup ini terlalu pendek untuk kita bazirkan begitu saja. Selagi ada peluang, saya akan bekerja dan terus belajar tanpa kenal erti penat.

#4: Kerap promosikan diri sendiri.

Rugi kalau kita biarkan segala usaha dan kerja keras kita tak mendapat perhatian yang wajar.

Semasa bekerja, saya kerap ingatkan tim dan pihak atasan tentang segala kerja yang dibuat. Saya juga sentiasa kongsikan jangkaan yang saya nak capai bila jalankan sesuatu tugasan.

Saya tak ambil mudah dan kerap berkomunikasi dengan mereka, supaya segala hasil kerja saya mendapat perhatian mereka.

Bila dapat tugasan yang lebih mencabar, saya akan bertanya dulu sebelum ambil sesuatu tindakan. Dan ini adalah salah satu sebab saya boleh naik pangkat dengan cepat.

Ya, saya orang yang suka promosikan diri sendiri. Biar apa orang lain nak kata, janji saya boleh buat duit lebih banyak dengan cepat.

Ini berjaya tingkatkan pendapatan saya dalam masa yang singkat.

Nak tahu tak?

Saya naik pangkat menjadi Naib Presiden syarikat pada umur semuda 25 tahun. Dan ini adalah satu perkara yang baik.

Saya berjaya kurangkan tempoh untuk capai matlamat saya kesan daripada ini.

#5: Kawal perbelanjaan dengan ketat.

Ada pepatah yang keluar daripada mulut ayah saya, yang tak akan saya lupakan sampai bila-bila:

“Amalkan gaya hidup berjimat, dan hidup kamu pasti selamat”.

Gaya hidup yang berlebih boleh jadi sebab seseorang itu jatuh miskin.

Contohnya, bukan kita tak boleh pakai baju yang tak berjenama. Kenapa kena pilih pakai pakaian yang harga menggila, padahal ia cuma baju saja?

Kalau mampu, lain cerita.

Saya hanya menyewa rumah konsep studio. Padahal, ramai kawan sekerja saya yang menyewa rumah yang ada 2 dan 3 bilik tidur.

Buat apa bayar sewa rumah yang banyak? Saya pula tak selalu ada kat rumah sebab selalu ada kat pejabat. Buat rugi duit saja.

Bab perabot pula, saya hanya gunakan kreativiti. Meja kat sisi katil, saya hanya gunakan kotak kadbod yang dibentang kain sebagai alas.

Saya tak melanggan kabel televisyen. Saya hanya gunakan khidmat bas untuk ke tempat kerja.

Saya selalu makan kat pejabat. Bila nak keluar pula, saya akan tetapkan bajet khas dan ikut bajet itu supaya tak terlebih berbelanja.

Gaya hidup ini banyak jimatkan duit saya dengan banyak. Gaji saya tak banyak terusik. Jadi, boleh saya capai 1 juta pertama saya dengan cepat.

#6: Langsaikan hutang secepat mungkin.

Kadar bunga (interest rate) pada masa dulu agak tinggi berbanding sekarang. Saya tak boleh ingat dengan tepat, tapi ia sekitar 6 hingga 9% (tak silap saya).

Hutang boleh jadi beban kalau tak selesaikan dengan cepat. Ia akan disimpan sebagai rekod kewangan peribadi dan ini adalah salah satu sebab pihak bank susah nak berikan pinjaman.

Dan tambahan pula, selagi tak selesaikan hutang, selagi itu ia akan kacau usaha kita menyimpan duit untuk buat sebarang pelaburan.

Masa dah mula bekerja, saya gunakan gaji saya untuk langsaikan hutang pinjaman kolej secepat mungkin. Saya buat ini lepas selesai buat bajet setiap bulan.

Pendekkan cerita. Saya berjaya lenyapkan hutang (berjumlah $40,000) ini pada Disember 1996, setahun setengah lepas tamatkan pengajian tinggi.

#7: Lebihkan fokus kat masa depan daripada masalah sedia ada.

Tak semua perkara akan berjalan lancar sepanjang perjalanan kita menuju ke puncak kejayaan.

Salah satu pengalaman buruk saya adalah pinjamkan $40,000 kat seorang yang rapat dengan keluarga saya (kalau tak silap, sekitar tahun 1997).

Dan ia berlaku semasa saya mula nak menyimpan untuk tujuan pelaburan.

Nak jadi cerita, orang ini hilangkan diri dan saya hanya dapat bayaran yang sikit saja. Lebih kurang sebahagian daripada jumlah yang saya bagi pinjam.

Tapi, saya tak biarkan perkara ini mengganggu fokus saya. Rugi kalau biarkan masalah ini menghantui hidup saya.

Lebih baik lagi saya tumpukan perhatian kat masa depan dan kat perkara yang boleh saya kawal.

Dengan gaya fikir (mindset) ini, saya berjaya juga mencapai matlamat saya.

Saya berjaya capai status jutawan dan lebih baik lagi, saya berjaya kumpul lebih daripada 1 juta dalam akaun bank.

Bersikap fleksibel dalam apa jua situasi yang menyerang.

Saya akui, ini adalah salah satu sebab yang buatkan saya berjaya mencapai status jutawan.

Ada masa, pelan tindakan kita tak boleh sesuai dipakai. Kalau teruskan juga, ia mungkin berpotensi leburkan impian kita.

Jadi, sentiasa bertindak mengikut keadaan semasa dan buat keputusan dengan sebaik mungkin.

Pelan tindakan berfungsi sebagai petunjuk jalan saja. Hakikatnya, ada macam-macam lagi jalan yang bawa kita menuju matlamat yang sama.

Tak perlu susah hati kalau strategi pertama tak berjaya. Masih ada lagi 2, 3, dan seterusnya.

Yang penting, jangan mudah berputus asa.

Formula ini, semua orang boleh guna. Tak kira apa jenis matlamat yang kita nak capai. Tak ada siapa yang tak berhak untuk jadi kaya.

Tok boleh cakap, dunia sekarang semakin sukar untuk orang muda tempuh.

Tapi, sampai bila kita nak biarkan nasib mengawal kita?

Kalau tak mulakan sekarang, memang lambat kita nak berjaya. Masa bukan kawan baik kita. Ingat ini selalu ya.

Tak bermakna korang tak ada peluang nak jadi kaya-raya. Selagi ada usaha, korang pasti boleh berjaya.

Tumpukan perhatian dan buka minda. Buat apa yang perlu, tabahkan diri dan kuatkan semangat. In Shaa Allah, korang boleh dapat.

8 COMMENTS

  1. Memang bagus nasihat nasihat dalam article ini. Dulu saya lepas habis study trus acah2 nak jadi jutawan, nak beli ferrari la, lambo la. Siapa tak nak kan?

    Tapi silap i is i x jaga financial saya. X sampai hujung bulan confirm habis semua gaji saya. X pernah ada saving. Kaalau terasa ada duit extra, asyik nak beli baju glam sikit or makan 5 star la konon n nak enjoy sana sini. Member ajak keluar malam lepak club pun always on jer.

    Byk lg silap. Join mlm, leader suruh buat loan beli barang, sampai skrg x terjual. And yg lagi sakit nye loan x bayar, always cakap dalam hati “xpe, lepas u dapat downline adelah duit cket, bulan ni confirm dapat punye, leader akan tolong”. Tp lepas satu tahun.. u know lah citer dia. Janji kosong jer. Tapi x ape, i always percaya everything happens for a reason.

    That time memang down giler. Hutang ptptn x bayar, hutang bank pun x bayar sampai nak kene block number bank (lawak la haha) so total hutang saya dah lebih 20k dah sbb interest tu. Then i google2 balik, kalau dah cecah 30k akan kene declare bangkrucy. Mampos i. Xnak la. Malu giler la nak facing parent i.

    So lepas tu i betul2 decide nak tukar kehidupan saya. Senang citer, focus satu benda jer. Nak langsaikan hutang.

    So apa i buat? Nasib baik la i ni berbidang dlam online marketing, x lagi expert, (kalau dah expert i dah goyang kaki driving ferrari) tapi cukup skill lah nak tolong usahawan lain majukan bisnes dari 4 angka ke 5 angka sebulan. Itu i confident giler. Sbb dah pernah buat banyak kali dah. So normally target i tolong 2 usahawan jer dalam masa sebulan. Average 3k la dapat dari situ. Mentor i cakap xyah charge banyak, yg penting deal untuk dapatkan profit sharing selama yg boleh. So commitment untuk tolong seumur hidup tu memang ada. Tapi saya mmg suka tolong majukan bisnes usahawan local, suka tengok diorang grow. Happy dan terharu tgk diorang maju.

    Itu cara i dapat kan income. Main projek la. Lain lain joint venture sbb focus itu penting. So target i, dedicate 2k untuk bayar 20k punye hutang. Ni citer nye dalam 2016. March baru mula sbb nak ikut plan, kena make sure yg income tu stabil, n customer tu ada selalu.

    2k bayar2 sampai hujung tahun ni adalah bayar dlm 10 bulan mcm tu. Lebihan hutang yg x terbayar, pandai2 la cari cara untuk naikkan quota tolong 2 usahawan kepada 3 or 4 dalam masa sebulan.

    Tapi kenapa i komen kat sini dah bukan blog saya? Sbb i suka advice tok penghulu ni, coz i nak biasakan diri baca n menulis dalam bahasa melayu, dan advice dia mmg localised, meaning i xyah lah nak baca mat salleh dari usa punye tips untuk beli rumah kat malaysia ni.

    Yg best nye, lepas i biasakan diri bayar 2k hutang, dah hidup dgn 1k jer, (bayar rental n makan n transport), sebaik habisnye bayar hutang, i dah boleh start bayar 2k untuk rumah plak hehe. Hopefully dalam masa tu pun dah cukup menimba ilmu untuk beli rumah untuk surprise bakal bini i. Teruskan usaha tok guru tau!

    • mohon hubungi saya boleh…saya juga untuk belajar bisnes on line untuk bayar hutang.

      terimakasih.

    • Saudara..
      salam kenal…saya ajib dr melaka boleh ke sy belajar cara utk buat biz online atau online marketing? Memang serious nak belajar sebab xnak dah jadi org biasa2 mohon boleh jd mentor sy my numb 01135468537

    • Assalam Irwin,
      Mohon jasabaik Irwin hubungi saya di talian 012-4486725.. Berminat sangat nak belajar ilmu bisnes online untuk selesaikan hutang yang bertimbun supaya hidup lebih tenteram tanpa hutang.. Tq

  2. Tok, menangis saya baca cerita ni tok.

    Sangat menyentuh emosi saya. Pemuda sekarang (termasuk saya sekali) kadang-kadang banyak beri alasan bila hadapi masalah.

    Sikap ni memang harus diubah, betul tak tok?

  3. bagusnya…
    saya yang paling trok saya rasa. saya tak malu nak share…tapi nak juga minta tolong dari adik Irwin. macamana kamu tolong orang jadi usahwan tu?
    panggil saya ibu jer….ibu juga terjebak dengan kes emas dan hartanah yang mebuatkan hutang ibu ni dah boleh tenggelamkan ibu. mohon share lah ilmu nak buat usahawan online…sudi tak banu ibu supaya ibu juga boleh selesaikan hutang ibu sebelum menutup mata…
    terimakasih anak2….

  4. mohon jasabaik nak Irwin hubungi saya. saya juga nak belajar ilmu online bisnes tu untuk tujuan yang serupa…selesaikan hutang yang dah menggunung tinggi akibat tertipu dengan progaram emas dan hartanah yang menjanjikan pulangan yang lumayan.

    terima kaaasih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here